c Ann anak Banjar

Saturday, October 16, 2010

~Hati tidak dijaga baik,apa jadinya?

Assaamualaikum Semua..

Ni tyme aku sudah bergelar student UMS.

Kelas ni dalam jadual ku setiap malam Khamis dan memang kelas ni jak la yang menyebabkan aku keluar pada malam hari dengan setiap mood yang selalunya begitu-gitu sahaja.Every week, pensyarah tu akan soal kami dengan bermacam-macam soalan yang menarik samada dari segi agama,sosial mahupun kehidupan sehari-hari.
 

Dipendekkan cerita,pada satu malam dimana kelas ini berlangsung, kami disuruh menjawab satu soalan yang begitu berkesan di fikiran ku sampai sekarang..
 

Bunyi soalan tu lebih kurang begini 

“Jika anda percaya akan kewujudan Tuhan, dimana Tuhan anda sekarang?” Maka sunyi senyap tadi pun bertukar menjadi haru-biru yang sekelip mata terjadi menandakan soalan itu betul2 menyentap fikiran para pelajar yang ada bersama ku malam itu..Sekaligus aku pun membuat la bunyi-bunyi yang kunun-kunun berfikir.

Tidak disangka,masa 10 minit yang diberi oleh pensyarah tu,telah dipendekkan oleh seorang budak yang ntah berasal dari mana tapi melalui percakapannya menunjukkan dia seorang yang berasal dari semenanjung.Dia pun menjawab “Prof,Tuhan itu ada dimana-mana.”.laluuuuuuuu..menyelit pulak beberapa suara mengatakan pelbagai jawapan yang sempat aku dengar dan ingat adalah. “Tuhan ada di atas kita..ada juga yang cakap.
Tuhan Ada di arasyi dan semua itu mengundang senyuman Prof kami yang tidak dapat ku baca fikirannya itu.Lalu..pensyarah itu menjawab...Jadi,Tuhan kamu ada disebelah kamu?Tuhan kamu ada di atas kepala kamu?ya???????..(wow!)Tatkala itu aku turut mendengar budak disekeliling ku merungut ntah butirnya apa tapi lebih kurang macam memprotes apa yang sedang dibalas oleh prnsyarah tu.

ASTAGFIRULLAHALAZAIM..

 
Detik hati ku..
aku pun sempat menekan Handphone, lalu text mesej kepada seseorang  yang selalu aku jadikan rujukan ataupun membuat pertanyaan dalam hidup ku, guru mengaji ku. Imam Husaini, setelah ku tanyakan kepada guruku, jawapan yang aku terima seperti,Tuhan itu ada dekat dengan kita apabila hati kita memikirkannya dan mempercayainya dengan hati. Jika difikirkan kewujudanNya sehingga terkeluar daripada hati kita(sampai kita paksa juga menjawab dengan bermacam-macam tempat) maka,kita akan gila..

Supaya kami ndak memikirkannya sehingga timbul berbagai jawapan yang bermacam-macam dam memperlihatkan bahawa hati kami sudah hilang sedikit memikirkanNya di dalam hati. Jadi, hati amat penting untuk dijaga. Allah sentiasa ada dekat dengan orang yang meletakkanNya di hati yang dihiasi dengan taman Zikrullah..


Nauzubillah..menjaga hati demi kehidupan...moga-moga aku tidak terpesong..amin....
walaupun pensyarah tidak menjawab kembali di manakah Tuhan,aku tau yang lecture tu sedang menyedarkan aku dan kami..tp sampai ke hari ini,aku tidak mengetahui sberapa banyak yang boleh menerima soalan pensyarah tu dengan baik ataupun sebaliknya...
Allhualam..





Sunday, October 3, 2010

akan ku ingat demi sayangkan dia



kita yang memerlukan seseorang di dalam hidup merupakan seseorang yang telah menrima hidup..
namun,janganlah hanya kerana hidup..kita menolak apa yang layak dilakukan untuk hidup..
renung dan fikirkan..

~Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

~ Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

~ Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

~ Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNYA.

~ Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

~ Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

~ Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

~ Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

~ Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

~ Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.


~ Jangan menjadi perigi mencari timba~
(MAHAGURU)