c Ann anak Banjar

Saturday, December 15, 2012

"Filem Istanbul Aku Datang Memang Best"

Hari ini, awan mendung menemani selangkah demi selangkah yang ku atur perlahan untuk meneruskan kehidupan biasa di kampung kelahiran ku. Selepas dapat menonton Filem Istanbul Aku Datang, setelah hampir sebulan sudah ianya ditayangkan, kesempatan beginilah yang aku guna untuk bersendiri dan memahami apa yang sedang ditumpahkan oleh pengarah ataupun pencipta sesebuah filem di dalam filem mereka ini. Urm, inipun aku baru dapat "download". Setelah meneliti dan memahami, aku suka filem sebegini.Ianya tidak terlalu berat dan tidak memberatkan emosi penonton untuk merasai apa yang sedang berlaku dilayar itu.Pendek kata, "ok la"...hahaha.


Lebih-lebih lagi, watak utama telah dipegang oleh Lisa Surihani, antara pelakon kegemaran ku. Senang jak air mata ku jatuh bila masuk ke babak Lisa Surihani mengetahui yang Azad(Tomok) menipunya sedangkan masa itu, dia yang beriya-iya mahu menjelaskan apa yang terjadi dan menjadi salah faham kepada Azad (Tomok). Well, cerita ni membuatkan aku berasa bahawa, kebenaran tu, selalu akan hadir di saat-saat yang tepat..hehe..cerita ni,walaupun cerita yang memaparkan nilai-nilai cinta antara seorang gadis kepada seorang pemuda, namun ianya agak berlainan dan ianya aku anggap cerita yang berjaya.huhu..

                   

Inilah wajah-wajah penting yang terdapat di dalam filem ini..Aku rasa, semua orang Malaysia kenal mereka ini..huhuhu...So, aku berharap sangat filem Malaysia berjaya bukan sahaja di mata peminat tetapi di dalam hati sekali..Lagi Baik!!!Entry aku kali ini mungkin agak membosankan kerana aku bercerita tentang filem yang sudah ramai meminatinya..Tapi,aku tak kisah..hehehe..Ok..Bubye..
P/S: Kepada sesiapa yang belom melihatnya, silalah menontonnya secepat mungkin..kerana ianya best!