c Ann anak Banjar

Thursday, November 10, 2011

Sami Yusuf _ You Came To Me


Assalamualaikum semua...
Aku sarankan anda dengar ni lagu....InsyaAllah ada rasa satu ketenangan yang datang...Penyanyi yang bersuara lembut dan syahdu ni takkan korang tak kenal kan? Dialah Sami Yusuf, penyanyi seangkatan dengan Maher Zain....Lagu-lagu Sami Yusuf ni banyak merungkai sesebuah perasaan terhadap kehidupan dan membuatkan kita berfikir sejenak tentang kehidupan.... Ni la salah satu lagu yang menjadi kegemaran ku...Dengarlah..Luangkanlah masa korang untuk dengar sekejap...@_@Y....

Tuesday, November 1, 2011


Berpijak Di Dunia Nyata

Selalunya kita memerlukan tempat untuk berpaut kukuh bagai daun dengan tangkainya,
begitu juga ku harap dalam kehidupan ini.
Kisah kanak-kanak yang terlalu bahagia ingin aku kecapi di zaman remaja ku. Tapi aku akui semuanya tidak mungkin berulang macam yang kita impikan. Tuhan itu Maha Mengetahui..sekalipun sekecil kuman rasa di hati. Aku punya impian yang sangat besar. Walaupun aku bukan hidup di dalam kesenangan, aku pernah merasa apa itu bahagia. Sangat bahagia. Susah mahu aku gambarkan tersenyum sendiri bila mengenangkan. 

Sumpah aku tak pernah lupa senyum insan yang aku sayang..Aku tidak pernah merungut selepas aku tahu bahawa murninya hati orang yang patut aku sayang.




Aku pernah melihat dunia ini sedang melalui manusia di dalamnya dengan pelbagai ragam. 
Dunia oh Dunia. Engkau tidak merungut sekelumit pun dengan pelbagai ragam manusia yang sedang ko kandung. Ahh…hebatnya perasaan itu ketika aku diberi rasa ingin melaluinya.
Satu hari aku mencuba untuk tidur semahu-mahunya..aku fikir mungkin dunia tidak menemani ku selepas aku buka mata. 

Uh…aku terlalu mencabar dunia..aku pernah berjalan di khalayak ramai dengan memakai sebelah saja selipar. Beberapa saat kemudian, orang yang melalui ku, melihat dan mempamerkan muka hairan kerana aku berpakaian lengkap tetapi tidak memakai selipar pada sebelah kaki ku. 
Manusia memandang aku gila mungkin. Manusia, manusia, 

cis,aku pun manusia juga.haha…ntahlah, dalam hati setiap orang, 
tiada siapa yang dapat faham..susah…
Kita kembali kepada Yang Satu itu>
aku kecik,di dunia ciptaanNya..