c Ann anak Banjar

Monday, May 21, 2012

_Setelah 5 Tahun, Akhirnya Kami Berjumpa_

Ku katakan dengan Indah, hati ku Gumbira.
haha..kali ni aku mau kongsi entri tentang seorang sahabat yang menjadik adik kepada ku. Yalah..tapi lau Cu Oll mau tau, sudah 5 tahun aku ndak bertemu, bersemuka, bercerita dengan dia. Kenapa? Kami terpisah after PLKN yang menjadi tempat  kami bertemu pada mulanya. Kami ada 3 orang, yang sangat rapat gila-gila. Aku (Sys), Baya (Kurus) n dia ni LehaQ. Aku dengan Baya dah anggap dia AdeQ. Kemesraan kami tak dapat dibayangkan lah tyme PLKN. Walaupun p kawad, kalu satu dah lambat, yang dua lagi buat tak tau jak…Ketua da teriak2 bagai mau keluar anak tekak, kami 3 senyum2 saja. Bab nangis2 ni, ndak payah ceritalah. Baya selalu jadi ratu.haha..Lau cool ni, C Adeq ni la pemenangnya.Aku? hahaha..aku sayang dorang. Aku terpisah ‘dorm’ dengan dorang, tapi aktiviti kami tetap berjalan bersama-sama. Selalu pakat pakai baju kaler sama.Huh, rindu aku kenangan yang ndak dapat diulang semula. Harap dorang ndaklah lupa dengan aku one day nanti. Dorang ni suka teriak2 aku tyme mau p mana-mana dalam kem dulu.alaaa..dorm sebelah jak tapi suara dorang dua mcm ak jauh 2 kilometer.haha..and, yang buat aku gembira sekarang ni, setelah 5 tahun, aku dapat jumpa semula c Adeq (Lehaq) ni. Rasa nak menitis jak bha air mata. Tengok dia kurus daripada 5 tahun lalu. Penat sangat mikir undang-undang tu ka Deq? Tu pun, dia ble cakap lagi yang dia gemok..Pandai jugak dia cakap balik, “tak cukup kurus ka lagi”..haha..Kesingkatan masa tu buatkan aku happy walaupun sebentar. Aku busy sampai aku tak hantar dia kuar mau balik kediaman. Tuhan hantar aku ikut p program teater di UKM tu sebab tau,yang kami akan jumpa.Thank You Allah.. Tapi aku ni memang dasar pelupa..Rupanya aku ndak bagitau dia yang aku ada di sekitarnya semenjak Februari g. Adoh..Bukan lupa Deq, bingung bha sys mu ni.hahaApapun, dapat nengok dia, rasa kembali kegembiraan 5 tahun lalu. So, dia sempat take pic kami bersama. Lau tgk profil fb dia, dia letak gambar tu.haha..Thanks AdeQ. Ada rezeki, aku mahu jak kumpul ramai2 dengan Baya atau dengan member2 lain.Tapi, aku ndak dapat upload gambar Baya di sini.In shaa Allah...nanti ada, aku tambah untuk entri kami bertiga sekali.


Wednesday, May 16, 2012




     Inilah yang dikatakan ‘Catatan Ku’

Aku mau kongsi cerita kali ini pasal ‘KENTRONG’. Penah dengar kah?Bha, aku mau cerita serba-sedikit yang aku tahu la ya. Kentrong ni merupakan alat muzik tradisional kaum Jawa yang berada disekitar Klang, Selangor. Oleh kerana aku bingung mau pilih mini projek tuk Latihan Ilmiah ni, aku pun amik keputusan tuk kaji Kesenian Kentrong ni di bawah Program Perantisan oleh Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Selangor..Aku bagitaulah dulu,program ni bertujuan untuk mencari perantis a.k.a pelapis baru untuk bidang kesenian ni..Bagus ba kan JKKN ni, buat program yang membina dan menyelamatkan ‘khazanah’ berharga. Kentrong ni ala-ala kompang pun ada, rebana pun ada.Tapi ianya dipanggil Kentrong ataupun Jawanya, Kentrongan. Sejarah awal yang memperkatakan muzik ini telah dibawa oleh pedagang dan penghijrahan imigran yang berasal dari Indonesia iaitu dari Jawa Tengah. Muzik Kenterong ini telah muncul seawal tahun 1901. Perkataan Kenterong itu sendiri merujuk kepada tempat asal irama muzik itu mula diperkenalkan iaitu di Daerah Kendal di Jawa Tengah. Perkataan ‘KEN’  merujuk kepada Kendal dan ‘TRONG’  merujuk kepada ketuk tong, maka diringkaskan menjadi Kentrong. 
            Sinonim dengan masyarakat Melayu berketurunan Jawa, muzik ini banyak memainkan lagu-lagu tradisi yang bait-bait liriknya ditulis dalam Bahasa Jawi dan bertulisan Jawi yang agak sukar difahami oleh generasi muda pada masa kini. Menurut Tuan Haji Anuar Bin Haji Rais, generasi ketiga Kumpulan ini, lagu-lagu yang berpandukan kepada kitab Berzanji banyak mempengaruhi muzik tradisional ini. Kumpulan Kenterong Seni Warisan dari Kampung Meru Barat, Klang Selangor merupakan kumpulan muzik tradisional Kenterong ini yang masih lagi bergiat aktif. Kumpulan ini akan membuat persembahan sama ada dalam majlis perkahwinan ataupun majlis-majlis yang menjemput mereka untuk mengadakan persembahan. Kumpulan ini juga menerima jemputan mengadakan persembahan di dalam seminar-seminar di sekitar Lembah Klang dan dari luar negeri Selangor ini sendiri. Pencapaian kumpulan ini sangat besar untuk memperkenalkan seni muzik tradisional ini. Kumpulan ini dianggotai oleh lebih kurang 12 orang ahli yang telah berdaftar. Jika diteleti melalui usia-usia mereka yang menjadi ahli, di antara 35 tahun sehingga 70 tahun, ahli kumpulan ini meletakkan kebimbangan tiada perantis baharu. Kumpulan yang diketuai oleh Tuan Haji Anuar Bin Haji Rais merupakan generasi ketiga yang mewarisi kesenian muzik tradisional ini dengan penglibatan anaknya sebagai waris generasi yang keempat iaitu Encik Zamri Bin Anuar.
            Kenterong mempunyai 6 buah peralatan gendang yang terdiri daripada Jidor, Kempor, Gendang, Kempol, Kempeleng, dan Ecek-ecek. Alat muzik Kenterong ini mempunyai pelbagai saiz dan setiap satunya mempunyai pelbagai bunyi yang berlainan. Kesemua alat muzik ini berasaskan genjdang dan tiada satu pun alat muzik ini yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Selain itu, terdapat juga tambahan alat muzik iaitu Tamborin untuk menambahkan lagi keceriaan di dalam persembahan. Dalang ataupun lebih dikenali sebagai Ketua Kenterong akan mendendangkan lagu mengikut rentak yang berbeza-beza seperti irama Jawa Asli, Langgam, Masri, Nasyid dan sebagainya. Lagu-lagu moden juga terselit di dalam persembahan dan mengalami pembaharuan dari segi persembahan jika diminta oleh pihak yang berkenaan. Sejajar dengan itu, muzik ini memerlukan satu anjakan paradigma bagi menepati citarasa masyarakat kini sekaligus membuatkan bidang muzik lama ini tidak dilupakan seperti “Angin yang berlalu”, rasa sejuknya tapi dinikmati sekejap sahaja.

Sebenarnya banyak lagi maklumat yang aku mahu masukkan tapi rasanya semua tu nanti u oll boleh tengok bila aku da siapkan Power Point nya..hehehehe..sekarang ni banyak lagi kerja yang aku tangguhkan. Sebelum tu, aku mau kamu tengok gambar yang diatas tu. Semuanya generasi tua-tua.Jadi, kepada remaja-remaja diluar sana, ada kebaikannya mewarisi kesenian begini. Apa pun, semuanya mesti siap b4 Julai..Aku ndak sabar da mahu balik Sabah...hahahahaha..




                                               




                                                                      



_Merantau Buat Aku Terasa Sangat Diduga_
By: Nadia Othman



Tuesday, May 15, 2012

HandPhone Rusak!!!!!


Ya Allah….Besarnya dugaan yang mendatang. Benar dan sungguh-sungguh benar, benda yang kita biasa buat, akan jadi sesuatu yang hilang dan ibarat kita punya langkah tak stabil.Mau dipendekkan cerita, aku punya satu ‘handphone’ a.k.a telefon bimbit kesayangan dan aku percaya semua orang pun memiliki satu benda kesayangan..Selain anak patung Brownie dan Junior, handphone ni salah satu benda kesayangan ku lah..Walaupun hp ni dah berkhidmat lama dengan aku, keserasian tu terasa. Bila dia buat hal,macam skrin tiba-tiba putih dan tak mahu sudah hidup, aku betul rasa sedihlah..yalah,dala jauh daripada keluarga,kalo hp ku buat hal,maka akan terputuslah sementara hubungan ku komunikasi ku bersama nenek ku d kampung, family ku, dan kawan-kawan yang selalu kontek-kontek dengan aku. Apalagi si..tuuuu..hahahaha..faham-faham sajalah..3 hari aku tanpa hp ditangan, tidur malam ku terus jadi sangat awal..bangun pagi ku tiada bunyi jam loceng dah..selama dia bersama ku, walaupun ku tinggal-tinggalkan(kalo ada urusanlah), sekarang dia dah ndak mahu hidup,mencari sangat.hahahaha...Akhirnya,aku terpaksa berdiam dan merindui hp itu. Mungkin nanti dia dapat diperbaiki ataupun, dia mempunyai madu dan dia terpaksa bersara..So,korang jagalah hp korang baik2 ya..Cerita ni sekadar mahu memberitahu anda semua “JANGAN BANTING HP ANDA BILA ANDA MARAH”...Sila bagi kepada saya..kan lebih baik..hahahahaha..Peace No War>>>