c Ann anak Banjar

Monday, June 13, 2016


ASSALAMUALAIKUM YA RAMADHAN



Hari ni barulah berpeluang meninjau blog yang terlalu lama menyepi. Tapi, aku harap semuanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. 

Beberapa hari ini aku terlalu berperang dengan mata yang sentiasa mengantuk dan badan yang selalu mahu minta duduk sahaja. Mungkin salah cara dalam pengambilan makanan. Alhamdulillah, sunat Tarawih masih berjalan seperti biasa. Kalau dah terbuat sikit-sikit benda sunat ni, kelapangan dada untuk meneruskan kehidupan semakin "up". Syukur dengan Yang Maha Memberi.

Cerita pasal ramadhan, kali ini aku belum lagi berkunjung ke bazaar ramadhan. Selepas habis waktu bekerja aku terus pulang rumah dan menunggu apa lauk yang akan disediakan oleh ibu. Kadang-kadang aku bantu juga ibu sediakan apap yang patutlah...(macam buat air bandung, sedia piring sama gelas)..hahaha...Yang selebihnya aku pi tengok "Oggy N Cockroaches" la, pi tengok "Mr. Bean " la..hehehe..Dah macam adik-adik yang tengah lemah tu. Aku pun ikut sekali dilautan hamparan keindahan depan tv. Bakal-bakal mak mertua yang ada diluar sana, Jangan risau, penyakit saya yang macam diatas tu ndak selalu begitu. Acah-acah saja tu. Jangan reject aku jadi menantu!hahaha.

Perasaan dipanggil untuk pulang bercuti, aku kira pakai jari (Jari kaki + tangan) wah..ndak lama lagi ujar ku dalam hati. Sabar ya nek. Ann tau nenek balik-balik tesedak di hp masa bercakap tu, nenek tahan hati sedih  mau cakap, "bila ko pulang? " Nek.. Ann pun rindu juga. Jaga kesihatan ya.

Banyak juga isu-isu bahaya yang aku dengar semenjak ramadhan ke-9 ni. Ada kes tembak la, ada kes curi hp pelanggan la. Hari ni pulak aku dengar ada kes cubaan rompak di KKIA, cubaan melarikan kereta orang yang tengah drop ibu di balai perlepasan. Apapun, kepada manusia-manusia di luar sana, sentiasalah berhati-hati. Syaitan memang dah dikunci tetapi hawa nafsu kita ni masih perlu dijaga. Peringatan untuk diri sendiri juga. 

" Aku sambut Ramadhan di Kota Kinabalu "