c Ann anak Banjar

Thursday, September 26, 2013

Assalamualaikum dan  Salam Jumaat

Aku mengambil iktibar dengan kejadian beberapa hari ini. Sungguh! Ketenangan itu sukar dicari dengan hati yang gundah.

Sejak kebelakangan ini, aku terasa seperti hilang dri sendiri. Mana Nadia yang dahulu? Kenapa aku terasa diri sendiri sangat susah diatur,diurus! Aku sangat benci dengan apa yang aku buat sekarang ini.

Astagfirullahalazim…

Di pagi Jumaat yang tenang, penghulu segala hari dan hari kebaikan, akhirnya aku mendapat semula ketenangan yang agak hilang beberapa hari ini. Syukur Alhamdulillah..Dugaan Allah.
Aku terpandang dua beradik berjalan kaki ketika aku dan bapa mahu menghantar adik-adik ke sekolah. Kami ingin berhenti dan mengambil mereka.Tetapi laluan bapa dan mereka agak jauh kerana mereka berada di seberang jalan. Tersentuh hati ku ketika melihat kakaknya memimpin tangan adiknya dan tetap berjalan tanpa melihatkan wajah malas,sugul dan merungut untuk ke sekolah!

“Kanak-kanak” bisik hati ku.

Andai dapat diputarkan masa, zaman kanak-kanak itulah yang aku inginkan. Zaman kanak-kanak itu zaman semuanya belum dihitung.Zaman itulah zaman tiadanya derhaka kepada kedua ibu bapa mahupun orang-orang yang kita sayang. Zaman yang tidak mengenal erti kecil hati,sakit hati, dendam, permusuhan dan segala masalah masih berada di paras lutut, mungkin sahaja berada ditapak kaki dan tidak sampai ke akal untuk difikirkan setiap waktu, setiap saat dan setiap hembusan nafas sekalipun!

Masya-Allah, hebatnya pengaturan Allah..Allah Maha Hebat!

Perasaan dewasa langsung tidak sama dengan perasaan ketika kecil . Semakin hari, keterbukaan dan keterdewasaan kian menyemai dalam diri dan aku perlu kuat kerana aku bukan budak kecil lagi. Ya, impian untuk kembali ke zaman kanak-kanak itu kan MUSTAHIL!
Mustahil sama sekali…

Berapa banyak pun kaki melangkah, jatuh bangun semula, terjatuh lagi, bangun lagi dan begitulah seterusnya, siapa yang tahu?
Muhasabah di pagi Jumaat tadi, membuatkan aku mendapat kewarasan semula.hahaha…

Rupanya, aku gila sebentar!
Kewarasan yang ku dapat kembali dengan mem’publish’ entry kali ini kerana aku tahu, aku juga manusia biasa yang akan datang dengan sendirinya pelbagai gundah-gulana dan aku juga masih layak menrasa kegembiraan semula.

Semuanya bermula dengan diri sendiri dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah dan sebaik-baik ujian, adalah ujian Allah!


Sunday, September 15, 2013

‎!!! Gambaran Hari Kiamat!!!

Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaghfirullah!!!


JANJI ALLAH YANG PASTI


- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


YANG BURUK DATANG DARI KITA SENDIRI
YANG BAIK ITU SESUNGGUHNYA DATANG DARI ALLAH


Thursday, September 12, 2013

Al-Fatihah Mama..

Assalamualaikum...

Sebenarnya, 12 September setiap tahun, aku akan menghitung berapa lama sudah mama terpisah dari kami, dari keluarga dan setiap tahun ini jugalah rasa sedih yang sama aku tanggung dan hanya dapat aku luahkan sendirian bersama sekeping doa yang tidak putus-putus aku kirimkan kepada insan yang melahirkan aku ini.

Aku tahu, bukan aku seorang yang terasa kehilangan mama, kami (bapa,kakak,abang dan aku) juga orang tua mama, (nenek dan kaik) sangat terasa kehilangan mama. Takdirnya, mama lagi disayang Allah tanpa sempat aku melihat dan mengenal mama macam kakak dan abang. Sekecil mana pun, masa tu aku memang tidak tahu apa-apa pasal mama.

Aku diberi peluang melihat mama daripada gambar-gambar yang ditinggalkan. Mama sangat suka bergambar dan inilah sahaja cara aku mengenal mama (daripada cerita nenek,kaik dan bapa serta kawan-kawan mama yang masih ada).

Terima Kasih ma, lahirkan kami ke dunia. In Shaa Allah, kami jadi anak yang baik dan jaga nenek,kaik,bapa baik-baik. Kami tahu, ini orang-orang yang mama sayang.

Sambut kami di akhirat nanti ma.Kami mahu mama tersenyum bila sampai masanya.

Terasa diri sendiri tanpa mama, kami tahu ada orang yang sama dengan kami dan mungkin mereka juga sedih seperti kami. Air mata ni ma, gugur sebab terlalu rindukan mama. Kalau kami tidak berbuat baik, pasti mama yang sedih. In Shaa Allah ma,kesedihan mama tidak akan ada. Doakan kami ma sepanjang kami hidup kerana kami tahu, mama selalu melihat kami.

"Ya Allah, jagalah mama kami Ya Allah..aamiin"

Mama, berbahagia ya di sana...


Sunday, September 8, 2013

Blog Address Aku Berubah

Assalamualaikum dan Salam Tengahari kepada pengunjung blog ini


Bagi yang beragama Islam, anda sudah menunaikan solat Zohor?

Hahaha,jawab dalam hati masing-masing sudah..Biar Allah yang tahu kan?

Hari ini, dengan cuaca yang kurang menentu dan laporan banjir di Sabah terutamanya area Kota Kinabalu semakin memenuhi "notification" facebook ku. Oh!Dasyat jugak kalau Sabah banjir..

Kawan ku pula, pagi-pagi sudah meringankan tangannya mendail nombor  ku dan memberitahu dengan kurang cerianya bahawa sekolahnya mengambil cuti terdesak akibat laluan utama ke sana telah dipenuhi dengan air.Tapi, cuti tu akan berganti..Oh!Patutlah suaranya tadi kurang ceria..hahahaha..apa nak dibuat sudah.takdir!

Ok, tidak tahu untuk berbuat apa hari ini, blog ni pun ditatap hampir dua jam tanpa penambahan, adakah aku mengkhayal di blog sendiri?hahaha..nampaknya, ada satu lagi kegunaan blog ini kepada aku, iaitu ruang khayal.hahaha..aku pun meneliti setiap inci blog ini dan terpandang blog 'address' ku yang kurang menarik.

Daripada nadianedz.blogspot.com telah ditukar kepada ceritasementara.blogspot.com

Jadi, dipendekkan cerita,sekiranya ada sesiapa yang mahu berkunjung ke blog ku (kalau ada lah), bolehlah menggunakan http://ceritasementara.blogspot.com di enjin carian anda!

* Cuma mahu memberitahu saja.hahaha

Bha, bubye (*_*)Y

Monday, September 2, 2013

Happy Birthday to My Blog

Assalamualaikum saudara saya semua..

Hahahaha...

Hari ni genaplah usia blog "Macam-macam kisah saya" 3 tahun..

"hah?baru 3 tahun?Errrrkkkkk"

Alhamdulillah, walaupun blog ini agak kurang menarik dan saya pula sebagai "owner" nya, yang jarang-jarang dapat "touch-up" ni blog, saya masih bersyukur kerana adakalanya, saya masih dapat menulis sedikit-demi sedikit di blog ini..

Walaupun blog ini tidak se "GAH" blog lain yang saya lihat dan kunjungi, blog ini tetap memberikan saya satu ruang yang saya perlukan dan ianya adalah daripada saya sendiri.."Skemanya diri ku ini" bisik ku di dalam hati...

Aku ingat lagi, mula-mula aku mau "create" ni blog, aku langsung ndak tahu macamna mau buat..hahahaha
Kasihannya.

Masa tu aku jadik pelajar UMS baru setahun dan sebulan lebih dan..... baru memiliki sebuah "Lappy". Perasaan teruja sangat sehinggalah aku berjaya memiliki satu blog juga. Sekurang-kurangnya ada yang aku ingat.hahaha

Walaupun senarai member tersangatlah sikit, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada senarai rakan yang tertera di dalam blog ini.Penambahan rakan sangat diharapkan dan sebarang peninggalan komen sangat dialu-alukan..

Akhir sekali, kepada pengunjung-pengunjung yang tersangatlah baik hati kerana mempunyai masa untuk membacar setiap butir dan isi perut blog ini. Kepada sesiapa yang memegang status ingin mengintai atau saja ingin tahu perkembangan, saya tidak kisah.asalkan JANGAN MELAKUKAN SEBARANG BENTUK PENCABULAN!