c Ann anak Banjar

Friday, June 8, 2012



-Pengemis Muda-
_Aku Kecik Di Dunianya_
Selalu kita lihat pengemis berjalan-jalan mencari hasil daripada belas kasihan orang ramai.     Tetapi, bukan semudah itu sahaja. Kalau berjumpa dengan orang yang luur, maka duit yang   diberikan menjadi lah rezeki mereka. Tetapi, kalau berjumpa dengan orang yang suka mencaci lebih-lebih, macam-macamlah rezeki kalau begitu. Kadang-kadang, kalau kita berjalan, terutamanya di tempat-tempat makan, mesti ada pengemis. Yang membuatkan aku hairan, bukan sekadar ibu bapa, malah anak yang baru menjengah dunia pun turut hadir. Aku jalan di tepi-tepi laluan jalanraya menuju ke Plaza Alam Sentral, aku sempat melihat pengemis-pengemis muda ini berkeliaran. Di suatu sudut yang lain, emak dorang duduk bersama adik yang masih kecil. Dengan cuaca yang panas, pengemis muda ini berusaha meminta dengan orang yang lalu-lalang. Mungkin dahaga dan mungkin ingin mengisi perut yang lapar. Jauh disudut hatiku, aku bersyukur dilahirkan di dalam keluarga yang cukup bahagia walaupun aku tidak merasa belaian seorang ibu daripada kecil. Pengemis muda ini akan memungut apa sahaja yang mereka nampak. Makanan yang dibuang, pakaian yang dibuang, permainan budak-budak yang dibuang. Bagaimana agaknya rumah mereka? Ada sesetengah pihak mengatakan dengan aku, rumah mereka jauh lebih mewah daripada kita..Macamana? Mereka sanggup berlapar? Sanggup berpakaian compang-comping? Tetapi rumah tersergam mewah? Kenapa tidak duduk sahaja berdingin? Makan KFC? Makan McdonalD? Aku terfikir, mengapa begitu mahu merendahkan martabat diri kalau sudah berharta? Sudah kaya? Apa tidak mempunyai rasa malu? Huh, keluhan berat untuk pengemis-pengemis muda. Mereka tidak mahu maju dengan pendidikan jika mereka benar-benar mampu? Mengapa mahu meniarap di sampah dan tidak mahu duduk di bangku sekolah? Apakah status mereka daripada negara luar tidak layak? Mungkinlah kan...Kehidupan ini bila difikir, macam-macam yang kita mampu nampak, tetapi belum tahu merasa nya. Seperti dalam filem KL Gangster, ada satu babak, Edy Putera memasukkan duit ke dalam poket kanak-kanak yang tidur di tepi-tepi kaki lima. Gangster pun punya hati dan perasaan. Luluh hati tengok pengemis muda ini berkeliaran tanpa menghiraukan kehidupan yang panjang. Buntu....Allah sahaja yang Maha Mengetahui.....Allahualam.