c Ann anak Banjar

Sunday, November 25, 2012

Lama benar rasanya tidak melihat blog sendiri. Sehingga diri sendiri terasa kebosanan menatap blog yang langsung tiada cerita baru ini. Almaklumlah, aku sendiri tidak punya masa yang panjang untuk meneliti, dan bercerita di dalam ruangan sendiri. Alhamdulillah, 'appointment' diri sendiri kian menghampiri penghujungnya dan sekarang ini tiba masa aku mengambil rehat yang agak lama. Sekarang ini, aku ingin berkongsikan tentang hari aku dirai-kan dan hari aku mendapat status "Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Kreatif".

(Sebelum Aku Masuk Ke Dalam Dewan Canselori)
Masa ni, aku memang gementar..Rasa mahu 'terkencing' saja setiap masa.huhu.Tapi, aku faham,semua orang akan mengalami bersama ku. Anis (My Bestfriend), sempat mahu aku bergambar..Masa ni, yang tergantung di kepala tu masih sebelah kiri (tandanya belom lagi graduat)..


(Selepas aku menerima Skrol Ijazah)
Masa ni pulak, sebaik jak aku keluar dari pintu, aku terus mencari dimana keluarga ku yang datang sedang menunggu. Dari kejauhan aku lihat jak mereka, aku pun p la salam durang. Honestly, aku terharu sangat bila aku nampak, bapa ku mahu menangis dan saat itu sempat kawan baik ku rakamkan.Ha..kalau diamati,memang gambar ni, nampak sangat bapak ku mau nangis..hehehehe.....Thanks To Allah..Engkau sahaja yang mengetahui perasaan ku ketika itu...


My Bestfriend, Penasihat, Guru, & Pembebel saya..( Hehehehe)
Dia ni yang selalu saya susahkan semenjak kenal dia melalui seorang kawan dan kami mulai rapat. Susah senang kami kongsi bersama 5 yang lain..Tapi, saya agak kecewa dan malu, ada yang langsung tidak mengenang dia..Tapi xpa, dengan kejayaan saya pada hari ini, itu baru permulaan katanya..(Dia tidak jemu mengingatkan saya)
Terima Kasih Anis!


Bersama Kawan Satu Kos ( Zairul Azurin)

Okeh, yang ni pulak, antara kawan lelaki yang satu kos aku rapat. Yang lain, tak ku jumpa pada hari konvo ni.. ( Budi, Husni, Yap, Jef, & yang lain ) masing-masing sibuk dengan keluarga masing-masing.. Dia ni pun kebetulan terjumpa..Dia kalau mau cita, memang aku tak cukup cerita.Banyak yang aku buat dia kecik hati..hahaha..kami pernah gaduh besar sebab masing-masing 'stress' dengan projek sekolah yang mau disiapkan...Aku ingat lagi tu! Hahaha...Minta Maaf la dengan ko Zairul...Jauh dah dia balik Kelantan..Bubye....


My Lovely Friend (Sayang Kamu)
All the Best untuk diorang berdua ni..Banyak suda yang kita kongsi sama-sama...Hanya pelu simpan dan ingat sahaja kan? Apapun, diorang berdua ni yang memperlihatkan bahawa dorang menerima kekurangan ku seadanya..Tidak mudah meleting bila aku buat salah dan 'always' memaafkan aku kalau aku terbuat silap..Yang paling best, langsung tidak menghukum orang yang sensitif macam aku...Thanks Siti, Sahara!
(Thanks Allah)
Akhirnya, aku merasa untuk meraihkan apa yang sedikit aku usahakan di dalam hidup...Meskipun akan menjadi kertas, apabila dilakarkan ilmu di atasnya, aku mampu diguna oleh sesiapapun...Tetapi, aku masih ingat pesan seorang guru bagi ku, "Jangan Kau Sombong, Jangan Kau Bongkak. Dengan nadanya ketika itu, aku masih mengingatinya.. Terima Kasih Cikgu "DON"..Ketika itu, kurang ku fahami maksudnya, In Shaa Allah, ia sangat berguna bila ku semakin memahaminya...