c Ann anak Banjar

Thursday, September 26, 2013

Assalamualaikum dan  Salam Jumaat

Aku mengambil iktibar dengan kejadian beberapa hari ini. Sungguh! Ketenangan itu sukar dicari dengan hati yang gundah.

Sejak kebelakangan ini, aku terasa seperti hilang dri sendiri. Mana Nadia yang dahulu? Kenapa aku terasa diri sendiri sangat susah diatur,diurus! Aku sangat benci dengan apa yang aku buat sekarang ini.

Astagfirullahalazim…

Di pagi Jumaat yang tenang, penghulu segala hari dan hari kebaikan, akhirnya aku mendapat semula ketenangan yang agak hilang beberapa hari ini. Syukur Alhamdulillah..Dugaan Allah.
Aku terpandang dua beradik berjalan kaki ketika aku dan bapa mahu menghantar adik-adik ke sekolah. Kami ingin berhenti dan mengambil mereka.Tetapi laluan bapa dan mereka agak jauh kerana mereka berada di seberang jalan. Tersentuh hati ku ketika melihat kakaknya memimpin tangan adiknya dan tetap berjalan tanpa melihatkan wajah malas,sugul dan merungut untuk ke sekolah!

“Kanak-kanak” bisik hati ku.

Andai dapat diputarkan masa, zaman kanak-kanak itulah yang aku inginkan. Zaman kanak-kanak itu zaman semuanya belum dihitung.Zaman itulah zaman tiadanya derhaka kepada kedua ibu bapa mahupun orang-orang yang kita sayang. Zaman yang tidak mengenal erti kecil hati,sakit hati, dendam, permusuhan dan segala masalah masih berada di paras lutut, mungkin sahaja berada ditapak kaki dan tidak sampai ke akal untuk difikirkan setiap waktu, setiap saat dan setiap hembusan nafas sekalipun!

Masya-Allah, hebatnya pengaturan Allah..Allah Maha Hebat!

Perasaan dewasa langsung tidak sama dengan perasaan ketika kecil . Semakin hari, keterbukaan dan keterdewasaan kian menyemai dalam diri dan aku perlu kuat kerana aku bukan budak kecil lagi. Ya, impian untuk kembali ke zaman kanak-kanak itu kan MUSTAHIL!
Mustahil sama sekali…

Berapa banyak pun kaki melangkah, jatuh bangun semula, terjatuh lagi, bangun lagi dan begitulah seterusnya, siapa yang tahu?
Muhasabah di pagi Jumaat tadi, membuatkan aku mendapat kewarasan semula.hahaha…

Rupanya, aku gila sebentar!
Kewarasan yang ku dapat kembali dengan mem’publish’ entry kali ini kerana aku tahu, aku juga manusia biasa yang akan datang dengan sendirinya pelbagai gundah-gulana dan aku juga masih layak menrasa kegembiraan semula.

Semuanya bermula dengan diri sendiri dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah dan sebaik-baik ujian, adalah ujian Allah!


Sunday, September 15, 2013

‎!!! Gambaran Hari Kiamat!!!

Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaghfirullah!!!


JANJI ALLAH YANG PASTI


- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


YANG BURUK DATANG DARI KITA SENDIRI
YANG BAIK ITU SESUNGGUHNYA DATANG DARI ALLAH


Thursday, September 12, 2013

Al-Fatihah Mama..

Assalamualaikum...

Sebenarnya, 12 September setiap tahun, aku akan menghitung berapa lama sudah mama terpisah dari kami, dari keluarga dan setiap tahun ini jugalah rasa sedih yang sama aku tanggung dan hanya dapat aku luahkan sendirian bersama sekeping doa yang tidak putus-putus aku kirimkan kepada insan yang melahirkan aku ini.

Aku tahu, bukan aku seorang yang terasa kehilangan mama, kami (bapa,kakak,abang dan aku) juga orang tua mama, (nenek dan kaik) sangat terasa kehilangan mama. Takdirnya, mama lagi disayang Allah tanpa sempat aku melihat dan mengenal mama macam kakak dan abang. Sekecil mana pun, masa tu aku memang tidak tahu apa-apa pasal mama.

Aku diberi peluang melihat mama daripada gambar-gambar yang ditinggalkan. Mama sangat suka bergambar dan inilah sahaja cara aku mengenal mama (daripada cerita nenek,kaik dan bapa serta kawan-kawan mama yang masih ada).

Terima Kasih ma, lahirkan kami ke dunia. In Shaa Allah, kami jadi anak yang baik dan jaga nenek,kaik,bapa baik-baik. Kami tahu, ini orang-orang yang mama sayang.

Sambut kami di akhirat nanti ma.Kami mahu mama tersenyum bila sampai masanya.

Terasa diri sendiri tanpa mama, kami tahu ada orang yang sama dengan kami dan mungkin mereka juga sedih seperti kami. Air mata ni ma, gugur sebab terlalu rindukan mama. Kalau kami tidak berbuat baik, pasti mama yang sedih. In Shaa Allah ma,kesedihan mama tidak akan ada. Doakan kami ma sepanjang kami hidup kerana kami tahu, mama selalu melihat kami.

"Ya Allah, jagalah mama kami Ya Allah..aamiin"

Mama, berbahagia ya di sana...


Sunday, September 8, 2013

Blog Address Aku Berubah

Assalamualaikum dan Salam Tengahari kepada pengunjung blog ini


Bagi yang beragama Islam, anda sudah menunaikan solat Zohor?

Hahaha,jawab dalam hati masing-masing sudah..Biar Allah yang tahu kan?

Hari ini, dengan cuaca yang kurang menentu dan laporan banjir di Sabah terutamanya area Kota Kinabalu semakin memenuhi "notification" facebook ku. Oh!Dasyat jugak kalau Sabah banjir..

Kawan ku pula, pagi-pagi sudah meringankan tangannya mendail nombor  ku dan memberitahu dengan kurang cerianya bahawa sekolahnya mengambil cuti terdesak akibat laluan utama ke sana telah dipenuhi dengan air.Tapi, cuti tu akan berganti..Oh!Patutlah suaranya tadi kurang ceria..hahahaha..apa nak dibuat sudah.takdir!

Ok, tidak tahu untuk berbuat apa hari ini, blog ni pun ditatap hampir dua jam tanpa penambahan, adakah aku mengkhayal di blog sendiri?hahaha..nampaknya, ada satu lagi kegunaan blog ini kepada aku, iaitu ruang khayal.hahaha..aku pun meneliti setiap inci blog ini dan terpandang blog 'address' ku yang kurang menarik.

Daripada nadianedz.blogspot.com telah ditukar kepada ceritasementara.blogspot.com

Jadi, dipendekkan cerita,sekiranya ada sesiapa yang mahu berkunjung ke blog ku (kalau ada lah), bolehlah menggunakan http://ceritasementara.blogspot.com di enjin carian anda!

* Cuma mahu memberitahu saja.hahaha

Bha, bubye (*_*)Y

Monday, September 2, 2013

Happy Birthday to My Blog

Assalamualaikum saudara saya semua..

Hahahaha...

Hari ni genaplah usia blog "Macam-macam kisah saya" 3 tahun..

"hah?baru 3 tahun?Errrrkkkkk"

Alhamdulillah, walaupun blog ini agak kurang menarik dan saya pula sebagai "owner" nya, yang jarang-jarang dapat "touch-up" ni blog, saya masih bersyukur kerana adakalanya, saya masih dapat menulis sedikit-demi sedikit di blog ini..

Walaupun blog ini tidak se "GAH" blog lain yang saya lihat dan kunjungi, blog ini tetap memberikan saya satu ruang yang saya perlukan dan ianya adalah daripada saya sendiri.."Skemanya diri ku ini" bisik ku di dalam hati...

Aku ingat lagi, mula-mula aku mau "create" ni blog, aku langsung ndak tahu macamna mau buat..hahahaha
Kasihannya.

Masa tu aku jadik pelajar UMS baru setahun dan sebulan lebih dan..... baru memiliki sebuah "Lappy". Perasaan teruja sangat sehinggalah aku berjaya memiliki satu blog juga. Sekurang-kurangnya ada yang aku ingat.hahaha

Walaupun senarai member tersangatlah sikit, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada senarai rakan yang tertera di dalam blog ini.Penambahan rakan sangat diharapkan dan sebarang peninggalan komen sangat dialu-alukan..

Akhir sekali, kepada pengunjung-pengunjung yang tersangatlah baik hati kerana mempunyai masa untuk membacar setiap butir dan isi perut blog ini. Kepada sesiapa yang memegang status ingin mengintai atau saja ingin tahu perkembangan, saya tidak kisah.asalkan JANGAN MELAKUKAN SEBARANG BENTUK PENCABULAN!









Wednesday, August 28, 2013

I CARE ABOUT "MERDEKA"







MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Hanya lebih kurang 2 hari sahaja lagi, satu fasa kemerdekaan mencapai usia wajibnya untuk dihitumg dan diperingati oleh rakyat Malaysia ,macam saya, macam kita, macam kamu semua!

Wah, andai Aidilfitri itu hari syukurnya kita, biarlah merdeka ini mejadi hari teruja kita kerana tanpa hari merdeka, tiadalah rakyat Malaysia..hahahaha....

Jom kita tambah sedikit, mengimbas semula apa yang beertinya Merdeka kepada Malaysia!


Setelah 56 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui. Rakyat menikmati agihan kestabilan politik, kemewahan ekonomi dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus memacu rakyat untuk menjadi bangsa yang moden, beradab dan dihormati. Malaysia harum di pentas dunia sebagai sebuah negara membangun yang maju dan stabil.

Beberapa mercu tanda seperti projek pengeluaran kereta nasional pertama Proton Saga yang merintis industri permotoran negara, pembinaan Menara Berkembar Kuala Lumpur yang pernah diiktiraf sebagai di Menara Tertinggi Di Dunia, pembinaan Litar Antarabangsa Sepang yang berjaya menaikkan imej negara khususnya dalam penganjuran sukan lumba kereta Formula One selain mengangkat nama Petronas dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang permotoran dan pelbagai lagi mercu tanda dan kejayaan yang dicapai menjadi produk kebanggaan rakyat Malaysia.

Persediaan menghadapi badai langit terbuka telah dilakukan dengan penubuhan Koridor Raya MultiMedia (Multimedia Super Corridor) agar setanding dengan Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Pencapaian rakyat Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila sekumpulan pendaki berjaya menawan puncak Everest pada 15 Mei 1997, berenang merentasi selat Inggeris pada 3 Ogos 2003, ekspedisi penerjunan di kutub utara pada 2003 dan ekspedisi solo menawan benua Anrtartika pada 2004. Pada 10 Oktober 2007, angkasawan Malaysia yang pertama telah dihantar ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS).


Suara Malaysia didengar di persada antarabangsa apabila suatu ketika, Malaysia mempelopori usaha menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan. Keamanan yang dicapai oleh negara dipohon oleh PBB untuk membawa misi tersebut di negara-negara seperti Congo (1960-1963), Somalia (1993-1994), Bosnia (1993-1998), Kampuchea (1991-1994), Angola (1991) dan Timor Leste (2006). Segala pencapaian cemerlang negara adalah cetusan pemimpin dan aspirasi rakyat yang digembeling bersama untuk menjadi Malaysia benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kini segala usaha yang digarap oleh seluruh lapisan rakyat menjadi hadiah yang amat berharga untuk sambutan 56 Tahun Kemerdekaan Malaysia. Menghadapi alaf baru yang penuh cabaran, rakyat Malaysia seharusnya lebih berwaspada. Biarpun suatu ketika dahulu, rakyat digembar-gemburkan dengan penjajahan bentuk baru melalui pengaruh pemikiran, ekonomi, sosial, adat dan budaya, ternyata, kini, penjajahan ke atas negara lemah dan mundur yang suatu ketika dahulu telah lama ditinggalkan oleh manusia bertamadun, kini kembali semula dalam bentuk dan alasan baru.

Kita juga dikepung oleh ledakan teknologi komunikasi maklumat dan era globalisasi yang menuntut lebih pengorbanan dan tanggungjawab daripada rakyat untuk terus mempertahankan kemerdekaan sedia ada. Dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan kepada seluruh rakyat menuntut kita supaya lebih peka dengan persekitaran yang berlaku. Justeru, konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan akan menjadi wadah untuk rakyat membangunkan negara dengan penuh keimanan kepada tuhan, berilmu, kehidupan yang harmoni, agihan kekayaan yang adil, bertamadun dan beretika.

Ketika arus kesedaran mengenai kemerdekaan kuat bergelora, Inggeris bimbang sekiranya orang Melayu mengalihkan sokongan mereka kepada parti berhaluan kiri seperti Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya (PKM). Oleh itu, apabila Parti Perikatan, UMNO dan MCA begitu kuat mendesak mengadakan pilihanraya, Inggeris akhirnya tunduk menunaikan tuntutan dan tekanan mereka.

Pilihanraya Persekutuan pertama pada 27 Julai 1955 telah diadakan. Beberapa parti seperti UMNO, MCA, MIC, Parti Negara, PAS, Parti Buruh telah ikut serta dalam merebut 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Bagi menunjukkan komitmen ke arah kemerdekaan sejagat, UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihanraya tersebut.

Hasilnya mereka berjaya menguasai 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Ia menjadi asas kepada persefahaman untuk memenuhi tuntutan Inggeris bahawa kemerdekaan boleh dicapai dengan adanya kerjasama dan saling bertolak ansur antara kaum di Tanah Melayu. Manifestasi Perikatan ialah menjanjikan kemerdekaan dalam masa empat tahun.

Pada 1Ogos 1955, Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama yang dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India. Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri dan Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri. Antara barisan ahli yang lain ialah Datuk Abdul Razak Hussain, Dr. Ismail Datuk Abdul Rahman, En. H.S. Lee, En. Abd. Aziz Ishak, En. Baba Leong Yew Koh, En. Sardon Haji Jubir, Tun V.T. Sambathan, En. Sulaiman Datuk Abd. Rahman dan En. Bba Ong Yok Lin. Mereka mengangkat sumpah jawatan pada 9 Ogos 1955.

Selain memenuhi syarat persefahaman antara kaum, Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis untuk mendapatkan kemerdekaan. Inggeris berjanji selagi ancaman komunis tidak ditangani, kemerdekaan mungkin lewat diberikan. Bagi menyahut cabaran tersebut, Tunku memilih cara diplomasi dengan mengadakan Rundingan Baling pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Melaya (PKM). Tindakan tersebut telah mencemaskan Inggeris yang selama ini berhadapan dengan PKM secara kekerasan.

Kebimbangan Inggeris memberikan kesan mempercepatkan lagi proses pemberian kemerdekaan. Ia memperlihatkan kebijaksanaan siasah Tunku Abdul Rahman. Sementara di pihak PKM, mereka menolak dengan angkuh permintaan Tunku untuk membubarkan partinya malah terus memilih untuk meneruskan penentangan bersenjata yang ternyata telah banyak membawa kesengsaraan khususnya kepada penduduk luar Bandar dan menggugat keselamatan dan ekonomi negara.

Pada 18 Januari - 6 Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Rombongan tersebut turut disertai oleh beberapa pemimpin Parti Perikatan; Dato' Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S. Lee, Tuan T.H. Tan dan Encik Bahaman Shamsudin dan wakil Raja-Raja Melayu; Dato' Panglima Bukit Gantang, Dato' Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato Mohd. Seth. Pada 8 Februari 1956, Perjanjian Merdeka telah dimetrai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Sekembali dari London, Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956 dan disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seluruh rakyat.

Selaras dengan persediaan menyambut kelahiran sebuah negara yang baru merdeka, sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan Reid telah dibentuk pada 21 Mac 1956 untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di depan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur lantas bendera Persekutuan Tanah Melayu mengambl alih dan terus berkibar megah.

Pada keesokan harinya, gema merdeka sebanyak tujuh kali memenuhi segenap pelosok Stadium Merdeka, Kuala Lumpur apabila upacara pengisytiharan kemerdekaan dibuat oleh Tunku Abdul Rahman. Hasil perjuangan seluruh orang Melayu dan gabungan beberapa kaum lain, akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu berjaya merungkai rantai penjajahan yang sekian lama membelenggu peribuminya.

Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di depan Persatuan Wartawan Asing di sebuah hotel di Singapura pada 27 Mei 1961, menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Sarawak, dan Sabah. Antara lain, ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri.

Untuk memberikan kebebasan dan keadilan kepada semua pihak, pada 17 Januari 1962 sebuah suruhanjaya yang akan meninjau pandangan penduduk negeri-negeri tersebut telah diumumkan dan dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya itu dianggotai oleh 5 orang ahli, dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir David Watherston, sementara wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

Sepanjang Februari-April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada parti-pati politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Secara keseluruhan, lebih lapan puluh peratus bersetuju dengan gagasan tersebut dan pada 21 Jun 1962, laporan tersebut telah diserahkan kepada kerajaan British.

Kata sepakat telah dicapai antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut berlangsung selama 2 minggu. Pada 9 Julai 1963, satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kerajaan British telah diwakili oleh Perdana Menteri Encik Harold Macmillan, Encik Ducan Sandys dan Lord Landsdowne.

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula telah diwakili oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Encik Tan Siew Sin, Datuk V.T. Sambanthan, Datuk Ong Yoke Lin dan Dr. Lim Swee Aun. Sabah pula telah diwakili oleh Datuk Mustapha bin Datuk Harun, Encik Donald A. Stephen, Encik W.K.H. Jones, Encik Khoo Siak Chiew, Encik W.S. Holley dan Encik G.D. Sundang. Wakil-wakil dari negeri Sarawak pula terdiri daripada Encik P.E.H. Pike, Temenggung Jugah, Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, Encik Ling Beng Siew dan Datuk Abang Haji Openg. Sementara Singapura telah diwakili oleh Encik Lee Kuan Yew dan Encik Goh Keng Swee. Kedua-dua negara bersetuju mengeluarkan kenyataan bersama pada 12hb Julai 1963 iaitu Kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura kepada Kerajaan Malaysia dan Malaysia akan wujud pada 31hb Ogos, 1963.

Ketika ura-ura pembentukan Malaysia menjadi kenyataan, Filipina dan Indonesia menentang keras gagasan tersebut. Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayahnya manakala Indonesia yang mempunyai perancangan mewujudkan Indonesia Raya telah cuba menggagalkan usaha tersebut dengan lebih keras lagi dengan mengisytiharkan Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Tentera Indonesia dihantar menyusup sempadan Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak serta Johor.

Cabaran getir yang dihadapi ini tidak mematahkan semangat pemimpin dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah untuk melihat satu negara bersatu. Walaupun perancangan sebenar pengisytiharan akan dibuat pada 31 Ogos 1963, majlis tersebut terpaksa ditangguhkan. Lawrance Michelmore selaku wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi mengadakan tinjuan pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak. Pada 14 September 1963, laporan telah dikeluarkan yang mengesahkan majoroti penduduk negeri tersebut menyokong penyertaaan dalam Persekutuan Tanah Melayu. Justeru, pada 16 September 1963, gagasan tersebut telah menjadi kenyataan dan lahirlah sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malaysia.

Pengisytiharan tersebut dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Upacara membaca deklarasi penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, dan Sabah. Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negeri yang baru di dalam Persekutuan Malaysia iaitu En. Lee Kuan Yew, En. Donald Stephens dan En. Stephen Kalong Ningkan. Bagaimanapun, penyertaan Singapura hanya mampu bertahan selama dua tahun apabila terpaksa berpisah pada 1965...




INFO AKAN DITAMBAH.....

* Kawan saya seorang cikgu dan telah berlaku di sekolahnya, rakan seperguruannya sendiri telah lupa info-info penting mengenai kemerdekaan. Kemerdekaan ni memang sangat penting tetapi kita selalu juga terlupa termasuklah aku sendiri. Yang aku tahu, MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN itu mesti ada juga agenda bersama rakan-rakan..

*Kepada pembaca, maaflah jika terlalu merujuk bahan bulat-bulat kerana aku terlalu mengejar masa mahu 'publish' sementara ruang yang ada dihadapan ku tengah kosong...

APA YANG PENTING ANDA SEMPAT-SEMPATKANLAH DIRI UNTUK MEMBACA!INI MASIH TETAP SEBAGAI SATU ILMU...!

*Jom kita perbanyakkan mengimbas semula tentang kemerdekaan agar kita punya satu sejarah yang sama demi negara tercinta..


Rujukan : Malaysia merdeka


Sunday, August 4, 2013

Ramadhan Yang Mengubah Aku Menjadi Lebih Tabah

Benar kata orang, kalau kita tidak ditimpa musibah, kita akan lupa bahawa diri kita perlu diberi perhatian juga. Hakikatnya, baru kita sedari, diri kita kan berserah kepada Pencipta. Sebelum ini, mahu melangkah kemana pun jua, tetap gah dan tidak kurang dengan kegelojohannya. Ya, termasuk diri ku sendiri.

Apabila didatangkan sesuatu yang berbentuk musibah, maknanya Allah sedang mengajar sesuatu agar kita sedar akan sesuatu. Terutamanya dalam soal hidup yang melibatkan dua hati dan dua jiwa. Manusia itu diciptakan dengan masing-masing berpasangan.Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang kita rapat atau percayai dan amat susah untuk membuang mereka.Semakin dibuang,semakin kerap ianya datang.

Ramadahan kali ini mengajar aku menjadi lebih tabah apabila aku terpaksa berhadapan dengan situasi yang aku tidak pernah cita-citakan. Jauh sama sekali mengimpikannya. Melibatkan hidup ku,hidup orang lain dan hidup orang yang aku percayai. Perasaan kecewa berkunjung tiba dan hampir-hampir membawa aku lupa sebenarnya ini adalah ujian Allah. Apabila datang kepahitan itu, aku perlu mencari kemanisan pula. Begitulah pesan ku kepada diri sendiri tatkala aku cuba membuka ruang fikiran yang sepatutnya aku gunakan. Berbekalkan ilmu yang sedikit cuma, aku bersyukur, diantaranya yang dapat aku gunakan adalah ilmu menjadi seseorang yang tabah. Tambahan pula, bulan datangnya ujian dunia ini pada bulan ramadhan. Masya Allah....Betapa sayangnya Allah kepada kita.

Apa yang berlaku itu, seawalnya sangat berat bagi ku, namun sangat ringan sekarang ini kerana ia hanya permainan dunia. Aku bukan mati dengan izin pelaku itu.Aku bukan meminta rezeki dari pelaku itu. Tetapi, aku masih ada Allah. Biarlah Allah sahaja yang membalas segala perancangan yang diatur oleh si pelaku itu. Bak pesan seorang guru'' yang maju akan memaafkan dan yang tidak ingin maju,sama sekali tidak pernah memohon maaf"..Memaafkan dan memohon maaf adalah dua perkara yang berbeza. Sangat mudah hidup kita tiada musuh jika berani memohon maaf dan manis rasanya jika dimaafkan.

Aku cuba meyakinkan diri sendiri, salah itu mungkin tidak bertempat tetapi salah itu menjadi penyebab. Penyebab yang sangat banyak..yang pelbagai. Penyebab kepada permusuhan, penyebab kepada kebencian, hilang percaya, hilang hormat.

Walaupun Allah mencipta manusia itu semua asalanya
duduk di dalam perut ibu, tetapi hati tetap berbeza.. Terima Kasih Ya Allah, Engkau menghantar dugaan dikala bulan mulia mu ini sedangkan banyak lagi masa-masa lain dan mudahan aku terus menerus tabah.

AAMIIN...

Friday, March 22, 2013

Kesedaran Dalam Keseparuhan AKU

Kesedaran Dalam Keseparuhan AKU

Kesedaran Dalam Keseparuhan AKU

Assalamualaikum Semua...

Hai,


Hari ni aku mengubah sedikit rutin yang biasa aku jalani di Kampung Baru Ampang ni. Haha
Mungkin semangat mahu pulang ke Sabah sudah berkobar-kobar..Jadi, aku mengambil keputusan untuk mencari apa yang ingin dicari, melihat apa yang ingin dilihat dan berjalan ke tempat yang mempunyai kenangan pada sedikit masa lalu. Pagi ni aku bangun dan bersiap-siap mahu meneruskan hajat seperti yang aku dambakan semalam. Bermula dengan langkah kanan, aku membaca "Bismillah" dan tidak lupa untuk mengunci pintu rumah.hahahaha
 Sambil berjalan kaki sedikit (dalam 200 meter) untuk keluar dari kawasan perumahan guru, aku sambil berfikir mahu ke mana terlebih dahulu. ke situ atau ke sinun? sambil berjalan, aku pun menoleh ke kiri dan ke kanan (mahu melintas)...haha, kereta di sini ndak macam di Sabah. Di sini lorong kecil pun, manusianya masih bernafsu lagi bawa laju-laju..Kadang-kadang aku jadi sangat penakut melintas sebab arah kereta dari mana-mana jak. Baru yang paling aku perasan di sini, sikit-sikit bunyikan hon.baru kalau ndak lama ndakpa, ni mau pecah telinga, mau gugur jantung baru berenti. Walhal kalau di fikir, bunyi sekali pun cukup suda. manusia..manusia..ada kereta pun jadi macam begitu.

Ndak tau la aku kalau ada kepal terbang.(bayangkanlah sendiri)..

 Ok..ok.. aku pun sampai di stesen bas.Fikir punya fikir aku pun ambil keputusan untuk ke Masjid Jamek (tempat aku dan kawan2 praktikal dulu selalu pigi) dulu.Oleh kerana hampir tengahari, dan aku lihat jalanraya mulai sesak,aku pun turun di stesen LRT untuk meneruskan hajat.Sampai jak aku di LRT, aku tarik nafas lega sebab ndak payah berebut-rebut, aku pun masuk dan duduk dengan aman. Alhamdulillah ucap ku. Ndak sampai 2 minit, LRT pun bertolak dan aku perasan seorang budak perempuan memandang ke arah ku..Aku tengok sekeliling diri sendiri kalau ada yang ndak kenak..Ya, memang ada yang ngam antara kami.
Baju kami sama.hahahahahahaha...
 Senyum-senyum jak ak sama dia.Dia buat mukak biasa dan pandang ke arah lain.haha..boleh jugak jumpa masa-masa begini..

Aku ter"matching" di dalam LRT.

 Sedikit kesedaran, aku ndak mau buang masa duduk d LRT. Aku pun buka buku yg aku bawa kemudian baca. Kenapa plak, aku baru perasan ada satu sudut lawak dalam buku tu, cakap pasal ketinggalan dompet.bla..bla..bla...aku pun ketawa la.Semua orang tengok aku.aku rasa bukan sebab ak ketawa.tapi bahasa yang aku tuturkan kali membuatkan dorang sedar yang aku berasal dari Sabah.hahahaha..secara ndak langsung, aku memperkenalkan aku berasal dari mana..bla..bla..bla...
 Sampai di tempat yang aku tuju, jauh disudut hati rindu dengan karenah "berlima".apakan daya kini sudah tinggal "bertiga". Macam suasana memahami perasaan ketika itu..Angin bertiup sepoi-sepoi sajaaaa, redup dan kepanasan langsung ndak terasa, macam mau menangis pun ada..Assesesesesese..aku pun ndak menyangka begini jadinya..Bila lima rasa sudah terbiasa, tinggal bertiga, lain rasanya..Dimana silapnya..
 Kawan-kawan yang pernah jadi berlima(kalaulah kamu baca apa yang aku tulis ni) percayalah..saat ni aku ndak teringin pun semua jadi begini. Aku sedia memohon maaf atas kekurangan dan memaafkan jika ada yang berasa kurang!!Aduh, rasa itu datang lagi (rasa yang sudah lama aku tinggalkan)...off...!!!!!

Langkah- Demi- Langkah, aku mula mencari apa yang perlu. aku terpandang seorang lelaki tua yang berjual tisu dan matanya buta.Di sebelahnya, seorang wanita tua..JUGA BUTA!! Ya Allah, aku yang celik ni pun masih merasa susah untuk melintas jalan dan lari dari kesesakan jalan, apa kan lagi mereka yang sedia buta dan semamngnya tidak melihat bagaimana kesesakan yang ada di hadapan mereka.Tapi???Nampak lebih tenangnya mereka..Allah itu Maha Adil...Subhanallah.....

Bla..bla..bla...aku berjalan setengah daripada waktu ku, kini mula timbul kesedaran yang sedikit namun masih boleh dibuat sebagai permulaan...Persoalan ku, adakah aku masih di takuk lama atau baru mahu berubah atau sudah dalam perubahan? Ya, aku sendiri akan bercerita tentang diri sebagaimana buku terbaru daripada penulis terkenal Ramlee Awang Mursyid "AKU BERCERITA" yang semakin hangat di pasaran. Penulis dengan aura tintanya ini bakal membongkar suatu rahsia tentang dirinya..SINOPSIS la tulis macam begitu....haha..apapun, sesiapa yang berminat, bolehlah membacanya dan aku pun belum lagi meneroka hasil kali ini pencerita tersebut. Baru ku belek belakang novelnya dan ku baca sinopsisnya..Masih awal untuk ku tafsir apa yang mahu disampaikannya.

Maka, aku pun terfikir mahu mencatat tinta sedikit waktu, sebatas waktu ini kerana di kala masa ini aku tidak tahu mahu berbuat apa, maka aku lawati blog ini. Jadinya, aku pun meng "UPDATE" tajuk kali ini....

*KESEDARAN DALAM KESEPARUHAN AKU*


_Fikir selagi boleh fikir (ndak dilarang)
_Fikir yang baik-baik saja (mendatangkan penyakit kalau fikir yang ndak baik)
_Komen jika mahu komen (tandanya kamu sangat prihatin)
_Ambil iktibar jika kamu merasai ada yang patut_


Thanks to diri sendiri yang mahu menyedarkan diri sendiri..Walaupun separuh, yang hilang lagi separuh tu, akan datang pada kemudian waktu!!!..

Assalamualaikum Semua dan Selamat Beramal...


Saturday, March 9, 2013

Sayang Cikgu


Sejak menyandang jawatan tidak rasmi dan tidak disukai ramai, PENGANGGUR macam aku bukan mudah untuk berfikir secara terbuka. Tiba masanya, aku dan orang-orang yang senasib aku masuk ke alam sensitif.

Tanpa diduga, permohonan demi permohonan sudah diusahakan. Bukan tinggal duduk diam dan membuatkan diri seolah-olah tiada gunanya dalam hidup ini. Cuma,tidak perlu menghebah-hebahkan hal-hal sebegini kerana tiada siapa pun dapat memahami di sudut hati ini setelah banyak kali tersentap dengan adegan-adegan manusia yang tanpa sengaja bersandiwara menghina golongan-golongan penganggur melalui gaya,tatapan mata dan dialog yang mereka ucapkan. Mereka juga pengolah skrip, mereka juga susun atur dan mereka juga pelakonnya. 3 dalam 1 dan tidak mustahil lebih daripada itu. Namun, percayalah ..orang yang seperti aku masih mengharapkan nasihat kalian semua kerana kalian lebih dahulu makan garam daripada kami…Kawan-kawan hari demi hari mengadu benda yang sama dan aku sendiri memahami apa yang sedang berlaku di dalam hidup kami. Tapi, aku percaya, Allah sedang menyediakan sesuatu yang baik untuk hambaNya. 

Aamiin...

Aku mahu berkongsi dengan pembaca, pengunjung yang melawati laman blog yang agak mengecewakan ini kerana masih tidak mempunyai auranya tersendiri. Berbalik kepada hal yang aku ingat suku masa yang berlalu daripada masa-masa ku ini, aku ingin bercerita kepada anda semua tentang latihan sambilan yang telah aku jalani, itu pun kakak kandung ku sendiri yang memberi kepercayaannya kepada aku.

haha, teka apakah ia??

Latihan untuk menyemak buku latihan murid-murid kelasnya dan disamping itu, aku mengambil kesempatan ini untuk mendekati kerjaya seorang guru.

Guru!Guru!Guru! Dialah ibu, dialah bapa, dialah nenek, dialah datuk. Dia juga teman, dia juga bos besar dan dia jugalah wira dan wirawati dalam masyarakat.

Kenapa aku berkata demikian. Guru, pendidik paling diperlukan dalam kehidupan.Siapa kita mahu percaya kalau bukan guru yang mampu mengajar erti kesilapan dan membetulkan diri kita tidak kira di era sekolah rendah, sekolah menengah ataupun yang sudah berjaya menjejak kaki ke menara gading. Jangan ingat kerjaya seorang guru sangat senang. Oh, siapa yang berfikiran sedemikian, sila lah rujuk kepada guru anda semula.

haha

Okeh, berbalik kepada latihan semut aku, aku pun mula menyemak buku latihan anak murid kakak aku. Dan satu lagi yang anda perlu tahu, sebelum aku menyemak,kakak aku pun mula mengajar aku cara semak yang betul. Oh Tuhanku, begitu teliti dan tidak menyenangkan seperti yang aku bayangkan. Aku semak Bahasa Melayu dalam jumlah 30 buku tetapi kakak aku menghadap hampir 3 longgokan iaitu hampir 3 kelas yang berlainan dalam Bahasa Inggeris. Begini, cuba bayangkan, anak murid di dalam satu kelas sangat ramai.Sesudah itu, pelbagai kaum pula. Mestilah fikiran mereka berbeza-beza. Masya-Allah…Indahnya jadi cikgu.
       
Maka, aku pun tertawa apabila melihat pelbagai jawapan anak murid kakak aku ni. Macam-macam….yang paling aku ingat adalah begini:

 Saya ___________ apabila mendengar cerita lucu yang diceritakan oleh abang.
a.    ketawa
b.     sedih
c.    sakit

Ada anak murid kakak aku yang kasi bulat jawapan C.

Cerita lucu pun dorang jadi sakit bila dengar? 

hahahahahahahahahahahahaha (teruskan ketawa jika mampu)

Inilah bah budak-budak. Akal mereka masih tidak lepas di batas fikiran. Mungkin mereka masih tidak faham apa itu cerita lucu. Ataupun mereka tidak faham apa itu sakit.

haha

Dan menjadi tugas kakak aku la pulak untuk menerangkan keesokan harinya di mana aku mungkin masih berehat dan mengenang nasib ini semula. Ingat, hormati guru anda. Sekiranya guru yang telah banyak membantu anda masih berpeluang untuk anda temui, ucapkanlah terima kasih dan saya sayang cikgu kepadanya kerana kerjaya seorang guru ini bukan mudah. Orang nampak, cikgu ni balik setengahari dan mempunyai cuti yang panjang bila tiba masanya. Tetapi,kalau anda menjadi seorang guru, barulah anda akan faham apa sebenarnya yang menjadi tanggungjawab mereka.

Apa pun, kepada guru-guru yang pernah mendidik aku, tidak kira di mana anda, masihkah anda ingat kepada anak murid ini, SAYA SAYANGKAN ANDA DAN TERIMA KASIH UNTUK DIDIKAN ANDA!

Monday, February 25, 2013

Your Best, Alhamdulillah!


Semenjak beberapa hari ini perasaan kurang menyebelahi aku.
Apa yang aku maksudkan???
Malam hari aku begitu santai,tetapi ada sesuatu yang berat aku tengah fikirkan. Aku pun hairan. Perubahan apakah ini? Perubahan usia? Memang menjadi dewasa akan menanggung rasa-rasa seperti ini?
Sunyi dan tenang pada luaran yang membuatkan aku kembali mahu menatap blog yang beberapa hari perlukan suapan baru. Bukan tiada masa, tapi ada sesuatu yang aku letihkan, yang mana aku sendiri tidak pasti apakah yang sedang berlaku kepada diri ku?


“Cubaan Allah”…(bisikku kepada diri sendiri)
Yang mempunyai mata boleh memandang,
Yang mempunyai kaki boleh berjalan,
Yang mempunyai mulut boleh bercakap,
Yang mempunyai telinga boleh mendengar,
                        dan
Yang mempunyai hati, boleh ?????
= fikir sendiri apa yang anda tanggung dan lalui sekarang….


Kemalasan yang selalu datang untuk mempengaruhi aku untuk menjadi seseorang yang terlalu lalai, harus aku buang jauh-jauh. Masalahnya, sampai bila? Allah telah bagi aku anggota badan yang lengkap dan akal fikiran yang sihat, ada benda lain yang aku boleh buat dan yang pastinya mendatangkan kebaikan kepada aku serta bukan sekadar duduk goyang kaki ataupun merenung sehingga memakan masa yang lama dan hasilnya aku menutup mata dengan tiada apapun yang aku perolehi. Begitu sahaja?
Allah belum menemukan aku dengan rezeki pekerjaan, tetapi Allah sudah memberi aku rezeki kehidupan (sihat,tidak cacat,boleh makan,boleh minum,boleh bersolat,berzikir,dan apapun semua Allah telah aturkan)! Allah menguji ku dengan satu perkara iaitu SABAR!
Kembali berfikir secara tenang, aku mula menggerakkan tinta kaku untuk mereka sedikit catatan…LIRIK LAGU! Ia bermain di dalam minda ku. Mengapa begitu susah untuk mengeluarkan beberapa potong ayat tetapi amat mudah menghabiskan masa dengan begitu sahaja.
In Shaa Allah…aku cuba melakukan sesuatu yang membawa kebaikan kepada diri sendiri walaupun sedikit tetapi lebih baik daripada membuang masa.

Semoga anda yang mengalami situasi yang sama seperti aku, mendapat idea !!!

Thursday, February 21, 2013

Khabar Dari Pulau (Versi Nenek Melaporkan)



Hujan renyai-renyai di luar membuatkan aku terhenti meneruskan niat untuk keluar mengambil barang yang telah tertinggal. Rugi bha kan suda bayar tapi tidak memilikinya.(urm..) Aku pun tergerak untuk meneruskan agenda yang seringkali aku buat, menghadap komputer milikku dan berfikir apa yang patut aku buat.

(Bila masa betul2 kosong, inilah yang akan terjadi kepada ku)

Setelah melihat dan membaca beberapa blog yang seringkali aku kunjungi, aku pun ingin membawa sesuatu yang boleh dilihat di laman blog ku ini pula..(Biasalah tu,kadang-kadang,mesti dapat inspirasi daripada orang lain dulu). 

Berita yang menggemparkan negeri kelahiranku, Sabah yang telah didatangi oleh 100 orang askar daripada Filipina dan membuat tuntutan sama Malaysia semakin beransur pulih. Alhamdulillah la ba kan.Buat apa mau menimbulkan keadaan yang huru-hara..Nauzubillah...

Sempat jugak aku bertanya khabar nenek dan atuk ku yang berada di Pulau. Soalan-soalan yang aku tanya kepada nenek ku, 
  • Nek, kumpulan mundu tu ndak singgah di Sebatik ka?(Bonus betul soalan ku ni..Berita suda menyampaikan bahawa mereka telah berada di Lahad Datu. Aku p tanya lagi ) Aku sendiri terus bingung sebab mau tau nenek ku cakap apa??? nenek ku cakap macam ni "Ndak jugak dorang(kumpulan pengganas) tu mengacau di Sebatik ni, ndak taula plak kalau nanti" @#$%^&*(@#$#@#????? hahahahaha..aku terpenjara di dalam kebonusan sendiri!
  • Aku sempat bertanya nenek ku plak, "pokok jagung, semaian tomato,semaian lada besar dan kacang-kacang yang aku tanam,MENJADI KAH?" Nenek ku dengan sukacitanya memaklumkan kepada ku "Jadi, tapi macam mau mati suda...(Hah???Kepala ku terus berfikir" Apa maksud nenek ku ni?)Aku mengiyakan saja padahal dalam hati langsung ndak faham.Mungkin nenek ku ni buat lawak kali ea..Ini la masalahnya kalau bercakap dalam telefon..
  • Aku tanya lagi "Nenek sama Kaik(atok) sudah makan?Makan apa tadi?Nenek masak apalah?(Nenek ku pun menjawab, sudah..makan sup tulang kami..)Wah, ni yang selalu bikin telinga ku jadi besar.Sedapnya lauk mereka...hahaha..TERUS NENEK KU CAKAP LAGI "TAPI NENEK NDAK MASAK>>(aik?)Oh....ni kes jiran sebelah rumah la yang rajin masak dan bagi jiran tetangga ni.hahahaha..

Aku pun mcam biasalah..Senyum-senyum sendiri kalau sudah dapat bercakap dengan nenek ku ni.Bukan apa, pesannya selepas tu,panjang.................................... sampai aku mau kasi tau pun ndak banyak kredit ni ndak boleh.Terus hp mati sendiri.hahahaha...Siap aku cakap I miss U nek, bole2 nenek ku jawab U U U Jugak.hahahahahah.....

Apapun, In Shaa Allah, aku sentiasa mendoakan kesihatan mereka, parents dan keluarga ku dipelihara oleh Allah SWT.Amin.....


Thursday, January 31, 2013

Satu Perpindahan Sementara

Hai Semua...
I'm at Ampang sekarang...hehe..kelmarin berada di Pulau Sebatik,tidak menyangka diri ini sudah menjejakkan kaki ke negeri orang dalam masa yang begitu singkat..Hurm..tapi itu bukanlah penting sangat yang aku mau kongsi kepada anda semua..Ternyata inilah yang dinamakan perpindahan sementara. Dalam kejauhan ini, aku rindukan nenek dan atok(kaik) dan keluarga ku yang jauh di Sabah. Sejak habis belajar, aku kadang-kadang punya masa yang sangat santai dan kerja separuh-separuh. Maka dengan itu, masa yang aku luangkan bersama dua insan (kaik dan nenek) membuatkan air mata mahu sahaja gugur. Well, aku datang ke sini menemani kakak ku yang akan berpindah ke kawasan perumahan baru dan tidak menjadi kegembiraan kepada kami apabila dia terpaksa tinggal berseorangan. Apabila dia menyarankan agar aku menemaninya, nenek dan kaik membenarkan.Begitu juga dengan bapa dan ibu. Kasihan dia tinggal sendiri-sendiri. Oleh itulah,aku berada di sini hari ini. Didalam meniti perpindahan sementara ini, banyak yang telah ku bayangi, ku fikirkan dan aku sempat mempunyai waktu untuk merenung segala-galanya bersendirian. Bermula di airport Tawau, after seorang sahabat sudi menghantar ku, walaupun masa ku tidak banyak untuk berkongsi cerita dengannya, namun aku tahu, dia mungkin faham kerisauan dan kebimbangan ku.hahaha...(jangan serius bha topiknya)
   
   Sampai sahaja aku di Sepang, kakak ku juga terkandas di dalam jammed gila-gila dan sangat gila di kawasannya. Tambahan pula, dia baru sahaja selesai 'meeting' di saat-saat aku mahu tiba di Sepang. Cuba kamu bayangkan perasaan ku apabila kakak ku cakap, "N kena ambil bas".Okeh. Mungkin inilah masanya aku training untuk menjadi berani. Memang sebelum ni aku datang sini tapi itu ada yang ambil. Kakak pun mula bagi direction. Good direction dan bla bla bla bla bla....akhirnya aku sampai jugak ke Putrajaya Stesen dan berjumpa dia di sana. Nampak jak dia, aku pun boleh senyum semula.Bayangkan, yang aku bimbang adalah perjalanan yang begitu sunyi dan lenggang membuatkan jantung ku dup dap dup dap... Apapun, satu tunjuk arah ini membuatkan aku simpan ia di dalam kepala otak. Bila tiba masanya aku perlukan, aku sudah boleh berdiri di atas kaki sendiri. Tapi sekarang ini belum boleh lagi. Kerja masih belum dijejaki. Kalau boleh, peluang yang singkat ini aku mahu cari kerja yang biasa sahaja ok la. Yang penting, aku tidak terlalu membebankan kakak ku ni. Kasihan dia.Dia pun sebelum ini merantau jugak.Yang bezanya, dia mempunyai pekerjaan tetap manakala aku pula belum lagi.

     Ok la anda semua. Macam selalu, ini perkongsian yang biasa-biasa sahaja.tapi apa yang aku lalui di dalam perpindahan sementara ini sangat luar biasa kerana aku yang merasainya. Okeh semua. Assalamualaikum dan Take Care!....

Wednesday, January 23, 2013

Pantang & Petua Mengelakkan Sihir

Susah pulak mau tidur...Biasanya, masa ni la aku paling senyap dalam rumah.hahaha
Um, selepas melayari beberapa blog-blog lain, aku pun terfikir mau kongsi dengan anda semua yang berkemungkinan pernah mendengar ataupun pernah mengamalkan petua ini. I don't think. ini sesuatu yang bole menyesatkan..Okeh?????
  Suda jugak namanya petua, haha..Jangan pulak fikir aku mau mengada-ngada ya..Kalau mahu dipraktikkan,mungkin ndak berdosa, kalau tidak mahu, ya terserah..Masing-masing sudah boleh berfikir untuk diri sendiri..Asalkan, kesudahan yang diharapkan baik dan memberi kebaikan kepada orang lain jugak.Okeh,okeh...Direct jak la p tujuan asal...


Kalau Suku Kami, Banjar...begini kunun petuanya :

  • Anak Dara tidak boleh tidur melentang, dikhuatiri sihir yang hendak dihantar orang senang saja masuk ke  dalam tubuh.
  • Kalau boleh, jangan suka mandi malam..Sihir yang orang sampaikan selalunya turun dalam air rumah kita..(ndak ngam jugak bha,malam baru mandi)
  • Jangan suka jemur kain malam hari, takut-takut sihir yang orang kirim melekat di baju yang kita pakai..(nah, kasi bersihlah sama Daia)...
Hahaha..ada lagi beberapa sebenarnya, tapi aku kurang mengingat..Biasanya, otak adalah paling lembab selepas jam 12 malam (Someone pernah ingatkan aku dulu)..Jadik ni la ni ndak seberapa bole 'Refresh'..
Dan petuanya plak mudah sahaja untuk mengelak sihir..Ini dia....

  • Sebelum tidur, baca surah Al-Fatihah sebanyak 4 kali (tiap satunya untuk, keluarga,diri sendiri,org yg kita sayang, dan musuh)..Benda ni sebijik pernah dicakapkan oleh pengacara WHI, Teh...
  • Sebelum tidur, cuci kaki..dan bukan kaki saja,cuci pusat kita sekali..
  • Lebih mujarab lagi, baca ayatul Kursi kerana nescaya kita dilindungi sehingga keesokan harinya selama tempoh daripada mula kita membacanya..(amalkanlah..baik ni)
  • Ada jugak yang menyarankan, meletak sapu lidi dibelakang pintu untuk memberi kesan 'balik' kepada penyihir atas hantarannya.(Sekarang jarang guna sapu lidi a.k.a urat daun kelapa ni)
  • Dipesan jugak, supaya pakaian dalam diterbalikkan ketika kita tidur..
Ini adalah perkongsian semata-mata.."Ambil Yang Keruh,Buang Yang Jernih"(kalau nak hidup sentiasa kekeruhan) dan adalah menjadi satu kebaikan apabila berhijrah kepada "Ambil Yang Jernih, Buangla Jauh-jauh Yang keruh itu"..
Apapun, bagaimanapun caranya, kita masih ada Allah untuk membantu..Segala yang kita usahakan itu, selagi membawa kebaikan, yakin sahaja..Allah pasti mengetahuinya..DIA Segala-galanya..

Okeh...Selamat Beramal..


Matahari Terbit Di Timur

Assalamualaikum semua..

"Tepuk Dada, tanyalah selera"..Ungkapan yang biasa kita dengar, samada terbit di dalam helaian kertas ataupun menjadi penegasan seseorang melalui mulut mereka..haha
Hari ini aku ingin berkongsi, di dalam sebuah perjalanan untuk aku meneruskan hidup, aku sempat menikmati  pagi yang indah. Perjalanan ku yang mengambil masa hampir 1 jam 30 minit (ku anggarkan), untuk pulang menyambung tugas, memberi ruang untuk aku menikmati alam, menikmati apa yang dianugerahkan Tuhan pada waktu itu. Di awal pagi ,burung berkicauan, air laut yang tenang, angin pagi yang menyamankan...uhh, aku betul2 rasa tenang..Jarang sekali dapat menikmati saat-saat yang menenangkan ini..Serius!
   Apapun, bertuah juga aku dapat hidup di bumi yang sungguh mengkagumkan ini..Ya, matahari terbit di sini..Matahari terbit di Timur! Dalam kesempatan itu, aku mengambil beberapa gambar. Masa 'capture' pun aku rasa tenang..Oh, God!Thanks!

Penyatuan Alam dan Lautan Yang Sebati dalam bunyi alam




   







Well, perkongsian yang sangat biasa.."Aku kecik Di Dunianya"

Bubye U olls....

Sunday, January 20, 2013

Listen..Listen..Listen..

Hai Semua..
Well, untuk yang pertama sekali, terima kasih kepada admin2 blogger lain yang datang tengok dinding blog ini walaupun,maklumat tu tiadalah banyak mana,yang banyak pun, cerita sahaja. But, apapun...terima kasih la sebab ada yang sudi tinggalkan komen dan arah mana datangnya pelawat,akan tercatit di dinding blog ini. Darimana pun anda, apa yang anda cari, silalah berkongsinya dengan saya jikalau ianya membawa kebaikan.
    
     Berbalik kepada isu saya, ataupun "Macam-macam kisah saya" ini, terima kasih kepada pelawat yang ter"CLICK" halaman blog ini walaupun tajuk berkaitan, akan tetapi bukan itu yang anda inginkan. Anda mungkin dapat mengetahui cerita di dalam blog ini walaupun anda tidak mengenali saya sebagai sahabat karib, kawan satu sekolah, kawan sekampung...dan anda sudah berjaya membuatkan diri anda menilai saya sebagai orang yang anda tidak kenali tetapi mungkin anda bersetuju dan akan membayangkan apa yang telah saya katakan sedikit-sebanyak di dalam halaman blog ini.

     Ok! Mula berkongsi....
Saya agak tertarik dengan isu Listen!Listen!Listen sejak kebelakangan ini yang agak "Hot Topic" di facebook ataupun di Youtube dan mana-mana laman sosial lain. Mengaku, pada mulanya saya agak hairan, kenalan di facebook saya asyik update status dorang dengan Listen!Listen!Listen!...So, saya pun try click link yang dikongsikan di laman sosial itu..Oh, baru saya faham...itupun selepas melihatnya sehingga habis. Mungkin kaitan yang lebih besar adalah soal politik! Pasal politik, saya angkat tangan. Saya masih tidak berminat dan ingin menjalani kehidupan yang normal di sini. Tanpa ada pergaduhan, cacian, hinaan, makian, dan caci-cerca segala.Uhhhhh, bukan tidak ambil berat, tetapi masih tidak berminat..Tidak Tegar!Hohohooho... Kalau anda sudah membaca laman ini, isu ini, jom lihat sebentar link yang saya bagi di bawwah.....



Terpulang daripada anda untuk berfikir......Cuma, ada baiknya kita hidup, biarlah "JAGA DIRI" dan mengekalkan apa yang patut kita lakukan untuk hidup ini...Ok...Selamat berkongsi...