c Ann anak Banjar

Sunday, November 15, 2015

The Infirmary (Semasa Kejadian)


Assalamualaikum

Wah.. agak jauh beza masa meng'update' sebelum menjenguk Infirmary yang tengah hangat dikunjungi oleh warga-warga Kota Kinabalu. Rasanya hampir seminggu lebih berlalu janji mahu cerita disini pengalaman memasuki rumah hantu tu.

Maaf lah.. Habis saja waktu bertawa ria, semuanya kena sambung buat kerja siana malam duduk fikir atur masa yang semakin mencekik kerana banyak kerja mahu beres cun-cun pada waktunya agar tidak menerima sebarang tekanan kerana bertangguh-tangguh. Ok lah.

Hari ni pun cuaca agak mendung saja. Setiap petang hujan masih turun tak jemu-jemu tetapi masyarakat Kota Kinabalu masih rajin untuk turun berkerja agar periuk nasi masing-masing mendapat berkah.Ok, itu hal-hal tambahan agar kamu tahu yang aku ni kadang-kadang suka fikir banyak benda dalam satu masa. Kadang baik juga begitu, kadang sebaliknya. Ok. Kali ni betul-betul mahu sambung cerita.

Semasa barisan dah menghampiri pintu masuk, peserta yang mahu masuk, mesti cek tekanan darah terlebih dahulu. Teacher Fariza yang excited sangat cek darah. Then, Teacher Marie, lepas tu Principal. Dorang da dapat, baru lah aku pulak yang terhegeh-hegeh sambil menghilangkan rasa "nervous".

Apa??? 
Ya, darah kamu 101 sahaja. Bawah 84. Ha???
Langsung tak faham kenapa dorang tengok aku. Walaweh...rendah tu. Yakah? Risau tak lepas dapat masuk, aku pun saja buat "cool". Oh, tak lah teruk sangat memandangkan kami masuk bahagian bawah. Tapi kan, aku mahu mengaku disini, seumur hidup ku, aku ndak pernah tahu ambil tahu pasal aras darah rendah ka tinggi. Aku tak tahu langsung kalau aku ni darah tinggi ka, kurang darah ka.Sumpah..aku ndak prihatin langsung benda-benda simple macam gini. Apa mahu jadi lah..

 Selepas cek darah, sempat lagi dorang ajak 'selfie'. Aku sudah macam ketara sangat 'control' perasaan takut. Letak barang dan kami dapat taklimat sikit daripada penjaga pintu. Blah..blah..blah kakak tu banyak sangat, aku satu barang pun ndak masuk dikepala kecuali pasal "STOP CARD". Oh, bila kita ndak tahan sangat, boleh angkat kad tersebut menandakan kita nak keluar walaupun masa lima minit tu ndak habis lagi. Bah, kad tu disangkut pulak dengan c Teacher Marie. Habislah aku. Teacher yang satu ni memang berani lah. Habis sampai 5 minit la aku mengharungi entah apa la barangnya di dalam tu nanti.


Ambil gambar dengan hantu tersangkut-sangkut ni aku ok lagi. Sambil menunggu giliran dipintu masuk, mula sudah ku dengar yang di dalam ni terjerit-jerit. Boleh lagi aku ketawa hah.hah la ko . Ok.Kami dipanggil masuk dan dibekalkan satu lampu suluh. Please lah...tengok cahaya lampu suluh tu punyalah kecil dan malap.Nooooooooooooooooooo.

Aku pun sudah berada di dalam.Terlambat untuk tarik nafas panjang-panjang. Rasanya, dalam kiraan 3 tu, terlalu cepat mau buat apa lagi ndak tahu. Masuk sahaja, mula sudah hantu-hantu ni memberontak. Begini kah????

Aku baris belakang dengan Teacher Fariza. Oleh kerana ndak ready apa-apa, aku buka sekali lagi mata besar-besar untuk tengok sekeliling. Oh??Gantung sana-sini. Hantak sana-sini. Goyang sana-sini. Aku pun laju rapat dengan Principal. Principal siap buka-buka langsir belek pintu sana sini. Aku pelik Teacher Fariza diam . Punya aku toleh belakang, hantu da ada ditengah-tengah antara aku dengan Teacher Fariza. A...............................laju kata ku sambil menolak pasukan untuk laju ke hadapan.

Semakin kuat perasaan takut dalam situ, semakin laju aku menyegerakan tolakan agar mereka tidak perlu mencari kunci.Yang penting di kepala ku, maju dan terus maju ke hadapan. Punyalah sandi hantu ni. 

Pesanan kakak di pintu luar : Hantu takkan sentuh kamu. Dan kamu tak boleh sentuh hantu.

Nasiblah kak, aku kena sekali ni. Tak boleh sentuh fizikal tapi cukup mau berdarah hidung dengar dorang mengilai di dalam tu Lain lagi dorang memanggil-manggil dan mengilai-ngilai di dalam situ. Perhhhhhhhhhhhhh. Serius, jangan pergi masuk lah kalau mudah pengsan atau asma. Siap jadi kerja dorang pulak mau mengangkat hantar pergi ke hospital.

Aku dah berkeringat dalam situ, pintu tak boleh buka tapi kunci dah ada di tangan Teacher Marie. Last2, kami disuruh masuk bilik. Tup...tup...terkeluar ba kami. wah. Punya aku tarik nafas. Sempat lagi aku jeling ke arah pintu terakhir tadi.Odededededede...masih ada lagi tu hantu berdiri di sana. Gila eh..

Kami rasa macam tak sampai 2 minit kami di dalam, tapi aku rasa kalau tunggu untuk 5 minit tu, habis segala isi perut ku yang ku isi siang tadi terkeluar. Ganas gila hantu upahan ni tau.

Thursday, November 5, 2015

The Infirmary (Sebelum Menjenguk)

Assalamualaikum.

Apa khabar pembaca blog semua? Pastikan kesihatan anda buat masa ini dijaga dengan elok. Cuaca di sekitar Kota Kinabalu agak tidak menentu. Pagi macam biasa tetapi tiada juga mentari menyinar-nyinar. Tengahari akan mendung seperti petang dan petang pula akan seperti malam.Hujan yang turun pada waktu petang menyebabkan perjalanan pulang ke rumah selepas waktu berkerja agak lambat disebabkan "Jammed" dan selalunya akan lambat sampai di rumah.

ok..berbalik semula kepada tajuk la kan. Pastinya yang berada di sekitar Kota Kinabalu sedang merasai debaran-debaran macam dipanggil-panggil oleh tu Infirmary (Rumah Hantu) supaya bersiap sedia mencabar diri sendiri dan boleh masuk dalam pasukan untuk mencari 'key'. Cuba tengok teks di bawah ni. 

The Story: THE INFIRMARY
Some Secrets Are Best Left Locked Away
Dr. Adron Hill ran an infirmary from his home along with his wife, Bridget, as nurse and assistant. With 3 beautiful kids, Clarise, Matthew and newborn Marise, the Hills were respected in their small little community.
One day, newborn Marise was found mutilated but sewn back together, dead in her dead mother’s arm, who was also butchered. Rumour has it that Dr. Adron failed in an attempt to save his fatally-sick newborn daughter, Marise, by cutting up patients for replacement body parts. Dr. Adron disappeared, but his daughter Clarise and son Matthew were found hiding. They were the only known survivors of what is now known as the Massacre at Hill’s Infirmary.
Twenty years later, you are tasked to return to The Infirmary to find the truth about what happened that day…(source: Imago Mall FB)

Petang ni, aku memberanikan diri untuk menjadi antara pasukan yang mahu mencuba dan melihat apa yang ada di dalam Infirmary ni. Okeh, walaupun pada asalnya, aku dengan "Principal" bercadang untuk mengular-ngular saja, ndak sangka kami tiba-tiba mahu mencuba.hehe..so, kalau kami termasuk malam ni di Infirmary, akan ada lah esok aku update semasa dan selepas. Satu saja harapan ku, agar tiada pihak yang cuba membuat sebarang spekulasi buruk dan apa pun lah bentuk dari sebarang manapun rupa bentuk yang hanya menampakkan ke "errrrrrrrrkkkkk" kamuorang yah. Biasanya, apa yang kita buat tak semua orang suka. Betul tak??

Untuk masuk tiada bayaran khas untuk satu kepala.So, kami tidak risau kerana perlu membayar dengan harga yang mahal untuk masuk selama 5 minit sahaja. Beli apa sahaja yang ada di Imago, misalnya, ada resit belanja sebanyak Rm 50, di mana-mana outlet, boleh sudah masuk ke Infirmary. Jadi, principal kata dia banyak mahu beli barang, ehhhh..KFC? HAHA..aku ngam-ngam mahu beli pencuci muka yang sudah kering, agaknya dapat membantu menyumbang kepada pasukan untuk memenuhi Rm 50 tu. Wah, rancang-rancang kunun, ntah jadi masuk kah tidak.Soalnya, berani ka tidak?wakakakaka..Kita tunggu dan lihat sahaja yah.

*Dengar-dengar hantu upahan dalam tu macam nak jadi hantu betul-betul...