|
_Aku Kecik Di Dunianya_ |
Selalu kita lihat
pengemis berjalan-jalan mencari hasil daripada belas kasihan orang ramai. Tetapi, bukan semudah itu sahaja. Kalau berjumpa dengan orang yang luur, maka
duit yang diberikan menjadi lah rezeki mereka. Tetapi, kalau berjumpa dengan
orang yang suka mencaci lebih-lebih, macam-macamlah rezeki kalau begitu.
Kadang-kadang, kalau kita berjalan, terutamanya di tempat-tempat makan, mesti
ada pengemis. Yang membuatkan aku hairan, bukan sekadar ibu bapa, malah anak
yang baru menjengah dunia pun turut hadir. Aku jalan di tepi-tepi laluan
jalanraya menuju ke Plaza Alam Sentral, aku sempat melihat pengemis-pengemis
muda ini berkeliaran. Di suatu sudut yang lain, emak dorang duduk bersama adik
yang masih kecil. Dengan cuaca yang panas, pengemis muda ini berusaha meminta
dengan orang yang lalu-lalang. Mungkin dahaga dan mungkin ingin mengisi perut
yang lapar. Jauh disudut hatiku, aku bersyukur dilahirkan di dalam keluarga
yang cukup bahagia walaupun aku tidak merasa belaian seorang ibu daripada kecil.
Pengemis muda ini akan memungut apa sahaja yang mereka nampak. Makanan yang
dibuang, pakaian yang dibuang, permainan budak-budak yang dibuang. Bagaimana
agaknya rumah mereka? Ada sesetengah pihak mengatakan dengan aku, rumah mereka
jauh lebih mewah daripada kita..Macamana? Mereka sanggup
berlapar? Sanggup berpakaian
compang-comping? Tetapi rumah tersergam mewah? Kenapa tidak duduk sahaja berdingin?
Makan KFC? Makan McdonalD? Aku terfikir, mengapa begitu mahu merendahkan
martabat diri kalau sudah berharta? Sudah kaya? Apa tidak mempunyai rasa malu?
Huh, keluhan berat untuk pengemis-pengemis muda. Mereka tidak mahu maju dengan
pendidikan jika mereka benar-benar mampu? Mengapa mahu meniarap di sampah dan
tidak mahu duduk di bangku sekolah? Apakah status mereka daripada negara luar
tidak layak? Mungkinlah kan...Kehidupan ini bila difikir, macam-macam yang kita
mampu nampak, tetapi belum tahu merasa nya. Seperti dalam filem KL Gangster,
ada satu babak, Edy Putera memasukkan duit ke dalam poket kanak-kanak yang
tidur di tepi-tepi kaki lima. Gangster pun punya hati dan perasaan. Luluh hati
tengok pengemis muda ini berkeliaran tanpa menghiraukan kehidupan yang panjang.
Buntu....Allah sahaja yang
Maha Mengetahui.....Allahualam.
No comments:
Post a Comment