Semenjak beberapa hari ini
perasaan kurang menyebelahi aku.
Apa yang aku maksudkan???
Malam hari aku begitu
santai,tetapi ada sesuatu yang berat aku tengah fikirkan. Aku pun hairan. Perubahan
apakah ini? Perubahan usia? Memang menjadi dewasa akan menanggung rasa-rasa
seperti ini?
Sunyi dan tenang pada luaran
yang membuatkan aku kembali mahu menatap blog yang beberapa hari perlukan
suapan baru. Bukan tiada masa, tapi ada sesuatu yang aku letihkan, yang mana
aku sendiri tidak pasti apakah yang sedang berlaku kepada diri ku?
“Cubaan Allah”…(bisikku kepada
diri sendiri)
Yang mempunyai mata boleh
memandang,
Yang mempunyai kaki boleh
berjalan,
Yang mempunyai mulut boleh
bercakap,
Yang mempunyai telinga boleh
mendengar,
dan
Yang mempunyai hati, boleh ?????
= fikir sendiri apa yang anda
tanggung dan lalui sekarang….
Kemalasan yang selalu datang untuk
mempengaruhi aku untuk menjadi seseorang yang terlalu lalai, harus aku buang
jauh-jauh. Masalahnya, sampai bila? Allah telah bagi aku anggota badan yang
lengkap dan akal fikiran yang sihat, ada benda lain yang aku boleh buat dan
yang pastinya mendatangkan kebaikan kepada aku serta bukan sekadar duduk goyang
kaki ataupun merenung sehingga memakan masa yang lama dan hasilnya aku menutup
mata dengan tiada apapun yang aku perolehi. Begitu sahaja?
Allah belum menemukan aku dengan
rezeki pekerjaan, tetapi Allah sudah memberi aku rezeki kehidupan (sihat,tidak
cacat,boleh makan,boleh minum,boleh bersolat,berzikir,dan apapun semua Allah
telah aturkan)! Allah menguji ku dengan satu perkara iaitu SABAR!
Kembali berfikir secara tenang,
aku mula menggerakkan tinta kaku untuk mereka sedikit catatan…LIRIK LAGU! Ia
bermain di dalam minda ku. Mengapa begitu susah untuk mengeluarkan beberapa
potong ayat tetapi amat mudah menghabiskan masa dengan begitu sahaja.
In Shaa Allah…aku cuba melakukan
sesuatu yang membawa kebaikan kepada diri sendiri walaupun sedikit tetapi lebih
baik daripada membuang masa.
Semoga anda yang mengalami
situasi yang sama seperti aku, mendapat idea !!!