Sejak
menyandang jawatan tidak rasmi dan tidak disukai ramai, PENGANGGUR macam aku
bukan mudah untuk berfikir secara terbuka. Tiba masanya, aku dan orang-orang
yang senasib aku masuk ke alam sensitif.
Tanpa diduga,
permohonan demi permohonan sudah diusahakan. Bukan tinggal duduk diam dan
membuatkan diri seolah-olah tiada gunanya dalam hidup ini. Cuma,tidak perlu
menghebah-hebahkan hal-hal sebegini kerana tiada siapa pun dapat memahami di
sudut hati ini setelah banyak kali tersentap dengan adegan-adegan manusia yang
tanpa sengaja bersandiwara menghina golongan-golongan penganggur melalui
gaya,tatapan mata dan dialog yang mereka ucapkan. Mereka juga pengolah skrip, mereka
juga susun atur dan mereka juga pelakonnya. 3 dalam 1 dan tidak mustahil lebih
daripada itu. Namun, percayalah ..orang yang seperti aku masih mengharapkan
nasihat kalian semua kerana kalian lebih dahulu makan garam daripada kami…Kawan-kawan hari demi hari mengadu benda yang sama dan aku sendiri memahami apa yang sedang berlaku di dalam hidup kami. Tapi, aku percaya, Allah sedang menyediakan sesuatu yang baik untuk hambaNya.
Aamiin...
Aku mahu berkongsi dengan pembaca,
pengunjung yang melawati laman blog yang agak mengecewakan ini kerana masih
tidak mempunyai auranya tersendiri. Berbalik kepada hal yang aku ingat suku
masa yang berlalu daripada masa-masa ku ini, aku ingin bercerita kepada anda
semua tentang latihan sambilan yang telah aku jalani, itu pun kakak kandung ku
sendiri yang memberi kepercayaannya kepada aku.
haha, teka apakah ia??
Latihan untuk
menyemak buku latihan murid-murid kelasnya dan disamping itu, aku mengambil
kesempatan ini untuk mendekati kerjaya seorang guru.
Guru!Guru!Guru!
Dialah ibu, dialah bapa, dialah nenek, dialah datuk. Dia juga teman, dia juga
bos besar dan dia jugalah wira dan wirawati dalam masyarakat.
Kenapa aku
berkata demikian. Guru, pendidik paling diperlukan dalam kehidupan.Siapa kita
mahu percaya kalau bukan guru yang mampu mengajar erti kesilapan dan membetulkan
diri kita tidak kira di era sekolah rendah, sekolah menengah ataupun yang sudah
berjaya menjejak kaki ke menara gading. Jangan ingat kerjaya seorang guru
sangat senang. Oh, siapa yang berfikiran sedemikian, sila lah rujuk kepada guru
anda semula.
haha
Okeh, berbalik
kepada latihan semut aku, aku pun mula menyemak buku latihan anak murid kakak
aku. Dan satu lagi yang anda perlu tahu, sebelum aku menyemak,kakak aku pun
mula mengajar aku cara semak yang betul. Oh Tuhanku, begitu teliti dan tidak menyenangkan
seperti yang aku bayangkan. Aku semak Bahasa Melayu dalam jumlah 30 buku tetapi
kakak aku menghadap hampir 3 longgokan iaitu hampir 3 kelas yang berlainan
dalam Bahasa Inggeris. Begini, cuba bayangkan, anak murid di dalam satu kelas
sangat ramai.Sesudah itu, pelbagai kaum pula. Mestilah fikiran mereka
berbeza-beza. Masya-Allah…Indahnya jadi cikgu.
Maka, aku pun tertawa apabila
melihat pelbagai jawapan anak murid kakak aku ni. Macam-macam….yang paling aku
ingat adalah begini:
Saya ___________ apabila
mendengar cerita lucu yang diceritakan oleh abang.
a.
ketawa
b.
sedih
c.
sakit
Ada anak murid
kakak aku yang kasi bulat jawapan C.
Cerita lucu
pun dorang jadi sakit bila dengar?
hahahahahahahahahahahahaha (teruskan ketawa jika mampu)
Inilah bah
budak-budak. Akal mereka masih tidak lepas di batas fikiran. Mungkin mereka
masih tidak faham apa itu cerita lucu. Ataupun mereka tidak faham apa itu
sakit.
haha
Dan menjadi
tugas kakak aku la pulak untuk menerangkan keesokan harinya di mana aku mungkin
masih berehat dan mengenang nasib ini semula. Ingat, hormati guru anda. Sekiranya
guru yang telah banyak membantu anda masih berpeluang untuk anda temui,
ucapkanlah terima kasih dan saya sayang cikgu kepadanya kerana kerjaya seorang
guru ini bukan mudah. Orang nampak, cikgu ni balik setengahari dan mempunyai
cuti yang panjang bila tiba masanya. Tetapi,kalau anda menjadi seorang guru,
barulah anda akan faham apa sebenarnya yang menjadi tanggungjawab mereka.
Apa pun,
kepada guru-guru yang pernah mendidik aku, tidak kira di mana anda, masihkah
anda ingat kepada anak murid ini, SAYA SAYANGKAN ANDA DAN TERIMA KASIH UNTUK
DIDIKAN ANDA!
No comments:
Post a Comment