Berpijak Di Dunia Nyata
Selalunya kita memerlukan tempat untuk berpaut kukuh bagai daun dengan
tangkainya,
begitu juga ku harap dalam kehidupan ini.
Kisah kanak-kanak yang terlalu bahagia ingin aku kecapi
di zaman remaja ku. Tapi aku akui semuanya tidak mungkin berulang macam yang
kita impikan. Tuhan itu Maha Mengetahui..sekalipun sekecil kuman rasa di hati. Aku punya impian yang sangat besar. Walaupun aku bukan hidup di dalam
kesenangan, aku pernah merasa apa itu bahagia. Sangat bahagia. Susah mahu aku
gambarkan tersenyum sendiri bila mengenangkan.
Sumpah aku tak pernah lupa
senyum insan yang aku sayang..Aku tidak pernah merungut selepas aku tahu bahawa
murninya hati orang yang patut aku sayang.
Aku pernah melihat dunia ini sedang melalui manusia di
dalamnya dengan pelbagai ragam.
Dunia oh Dunia. Engkau tidak merungut sekelumit
pun dengan pelbagai ragam manusia yang sedang ko kandung. Ahh…hebatnya perasaan
itu ketika aku diberi rasa ingin melaluinya.
Satu hari aku mencuba untuk tidur semahu-mahunya..aku
fikir mungkin dunia tidak menemani ku selepas aku buka mata.
Uh…aku terlalu
mencabar dunia..aku pernah berjalan di khalayak ramai dengan memakai sebelah
saja selipar. Beberapa saat kemudian, orang yang melalui ku, melihat dan
mempamerkan muka hairan kerana aku berpakaian lengkap tetapi tidak memakai
selipar pada sebelah kaki ku.
Manusia memandang aku gila mungkin. Manusia, manusia,
cis,aku pun manusia juga.haha…ntahlah, dalam hati setiap orang,
tiada siapa yang dapat faham..susah…
Kita kembali kepada Yang Satu itu>
aku kecik,di dunia ciptaanNya..