c Ann anak Banjar

Sunday, November 15, 2015

The Infirmary (Semasa Kejadian)


Assalamualaikum

Wah.. agak jauh beza masa meng'update' sebelum menjenguk Infirmary yang tengah hangat dikunjungi oleh warga-warga Kota Kinabalu. Rasanya hampir seminggu lebih berlalu janji mahu cerita disini pengalaman memasuki rumah hantu tu.

Maaf lah.. Habis saja waktu bertawa ria, semuanya kena sambung buat kerja siana malam duduk fikir atur masa yang semakin mencekik kerana banyak kerja mahu beres cun-cun pada waktunya agar tidak menerima sebarang tekanan kerana bertangguh-tangguh. Ok lah.

Hari ni pun cuaca agak mendung saja. Setiap petang hujan masih turun tak jemu-jemu tetapi masyarakat Kota Kinabalu masih rajin untuk turun berkerja agar periuk nasi masing-masing mendapat berkah.Ok, itu hal-hal tambahan agar kamu tahu yang aku ni kadang-kadang suka fikir banyak benda dalam satu masa. Kadang baik juga begitu, kadang sebaliknya. Ok. Kali ni betul-betul mahu sambung cerita.

Semasa barisan dah menghampiri pintu masuk, peserta yang mahu masuk, mesti cek tekanan darah terlebih dahulu. Teacher Fariza yang excited sangat cek darah. Then, Teacher Marie, lepas tu Principal. Dorang da dapat, baru lah aku pulak yang terhegeh-hegeh sambil menghilangkan rasa "nervous".

Apa??? 
Ya, darah kamu 101 sahaja. Bawah 84. Ha???
Langsung tak faham kenapa dorang tengok aku. Walaweh...rendah tu. Yakah? Risau tak lepas dapat masuk, aku pun saja buat "cool". Oh, tak lah teruk sangat memandangkan kami masuk bahagian bawah. Tapi kan, aku mahu mengaku disini, seumur hidup ku, aku ndak pernah tahu ambil tahu pasal aras darah rendah ka tinggi. Aku tak tahu langsung kalau aku ni darah tinggi ka, kurang darah ka.Sumpah..aku ndak prihatin langsung benda-benda simple macam gini. Apa mahu jadi lah..

 Selepas cek darah, sempat lagi dorang ajak 'selfie'. Aku sudah macam ketara sangat 'control' perasaan takut. Letak barang dan kami dapat taklimat sikit daripada penjaga pintu. Blah..blah..blah kakak tu banyak sangat, aku satu barang pun ndak masuk dikepala kecuali pasal "STOP CARD". Oh, bila kita ndak tahan sangat, boleh angkat kad tersebut menandakan kita nak keluar walaupun masa lima minit tu ndak habis lagi. Bah, kad tu disangkut pulak dengan c Teacher Marie. Habislah aku. Teacher yang satu ni memang berani lah. Habis sampai 5 minit la aku mengharungi entah apa la barangnya di dalam tu nanti.


Ambil gambar dengan hantu tersangkut-sangkut ni aku ok lagi. Sambil menunggu giliran dipintu masuk, mula sudah ku dengar yang di dalam ni terjerit-jerit. Boleh lagi aku ketawa hah.hah la ko . Ok.Kami dipanggil masuk dan dibekalkan satu lampu suluh. Please lah...tengok cahaya lampu suluh tu punyalah kecil dan malap.Nooooooooooooooooooo.

Aku pun sudah berada di dalam.Terlambat untuk tarik nafas panjang-panjang. Rasanya, dalam kiraan 3 tu, terlalu cepat mau buat apa lagi ndak tahu. Masuk sahaja, mula sudah hantu-hantu ni memberontak. Begini kah????

Aku baris belakang dengan Teacher Fariza. Oleh kerana ndak ready apa-apa, aku buka sekali lagi mata besar-besar untuk tengok sekeliling. Oh??Gantung sana-sini. Hantak sana-sini. Goyang sana-sini. Aku pun laju rapat dengan Principal. Principal siap buka-buka langsir belek pintu sana sini. Aku pelik Teacher Fariza diam . Punya aku toleh belakang, hantu da ada ditengah-tengah antara aku dengan Teacher Fariza. A...............................laju kata ku sambil menolak pasukan untuk laju ke hadapan.

Semakin kuat perasaan takut dalam situ, semakin laju aku menyegerakan tolakan agar mereka tidak perlu mencari kunci.Yang penting di kepala ku, maju dan terus maju ke hadapan. Punyalah sandi hantu ni. 

Pesanan kakak di pintu luar : Hantu takkan sentuh kamu. Dan kamu tak boleh sentuh hantu.

Nasiblah kak, aku kena sekali ni. Tak boleh sentuh fizikal tapi cukup mau berdarah hidung dengar dorang mengilai di dalam tu Lain lagi dorang memanggil-manggil dan mengilai-ngilai di dalam situ. Perhhhhhhhhhhhhh. Serius, jangan pergi masuk lah kalau mudah pengsan atau asma. Siap jadi kerja dorang pulak mau mengangkat hantar pergi ke hospital.

Aku dah berkeringat dalam situ, pintu tak boleh buka tapi kunci dah ada di tangan Teacher Marie. Last2, kami disuruh masuk bilik. Tup...tup...terkeluar ba kami. wah. Punya aku tarik nafas. Sempat lagi aku jeling ke arah pintu terakhir tadi.Odededededede...masih ada lagi tu hantu berdiri di sana. Gila eh..

Kami rasa macam tak sampai 2 minit kami di dalam, tapi aku rasa kalau tunggu untuk 5 minit tu, habis segala isi perut ku yang ku isi siang tadi terkeluar. Ganas gila hantu upahan ni tau.

1 comment:

  1. Salam Ann,
    Macam best je The Infirmary :)
    Nama saya Hazmi,
    Saya dan beberapa kawan saya sedang membuat website bernama Mementho(www.mementho.com)
    Tujuan website ini adalah untuk membina komuniti bagi orang yang ingin menulis blog dengan gambar yang ringkas.
    Kami berharap Ann berminat untuk menggunakan website kami dan membantu kami membuat website itu lebih berguna.
    Kalau Ann ada apa2 soalan sila email saya di hazmiirfan92@gmail.com

    Terima Kasih

    ReplyDelete