c Ann anak Banjar

Thursday, November 10, 2011

Sami Yusuf _ You Came To Me


Assalamualaikum semua...
Aku sarankan anda dengar ni lagu....InsyaAllah ada rasa satu ketenangan yang datang...Penyanyi yang bersuara lembut dan syahdu ni takkan korang tak kenal kan? Dialah Sami Yusuf, penyanyi seangkatan dengan Maher Zain....Lagu-lagu Sami Yusuf ni banyak merungkai sesebuah perasaan terhadap kehidupan dan membuatkan kita berfikir sejenak tentang kehidupan.... Ni la salah satu lagu yang menjadi kegemaran ku...Dengarlah..Luangkanlah masa korang untuk dengar sekejap...@_@Y....

Tuesday, November 1, 2011


Berpijak Di Dunia Nyata

Selalunya kita memerlukan tempat untuk berpaut kukuh bagai daun dengan tangkainya,
begitu juga ku harap dalam kehidupan ini.
Kisah kanak-kanak yang terlalu bahagia ingin aku kecapi di zaman remaja ku. Tapi aku akui semuanya tidak mungkin berulang macam yang kita impikan. Tuhan itu Maha Mengetahui..sekalipun sekecil kuman rasa di hati. Aku punya impian yang sangat besar. Walaupun aku bukan hidup di dalam kesenangan, aku pernah merasa apa itu bahagia. Sangat bahagia. Susah mahu aku gambarkan tersenyum sendiri bila mengenangkan. 

Sumpah aku tak pernah lupa senyum insan yang aku sayang..Aku tidak pernah merungut selepas aku tahu bahawa murninya hati orang yang patut aku sayang.




Aku pernah melihat dunia ini sedang melalui manusia di dalamnya dengan pelbagai ragam. 
Dunia oh Dunia. Engkau tidak merungut sekelumit pun dengan pelbagai ragam manusia yang sedang ko kandung. Ahh…hebatnya perasaan itu ketika aku diberi rasa ingin melaluinya.
Satu hari aku mencuba untuk tidur semahu-mahunya..aku fikir mungkin dunia tidak menemani ku selepas aku buka mata. 

Uh…aku terlalu mencabar dunia..aku pernah berjalan di khalayak ramai dengan memakai sebelah saja selipar. Beberapa saat kemudian, orang yang melalui ku, melihat dan mempamerkan muka hairan kerana aku berpakaian lengkap tetapi tidak memakai selipar pada sebelah kaki ku. 
Manusia memandang aku gila mungkin. Manusia, manusia, 

cis,aku pun manusia juga.haha…ntahlah, dalam hati setiap orang, 
tiada siapa yang dapat faham..susah…
Kita kembali kepada Yang Satu itu>
aku kecik,di dunia ciptaanNya..


Wednesday, June 29, 2011

♥ Myself...: Hari lahir..hari istimewa(Appy Bezday)

♥ Myself...: Hari lahir..hari istimewa(Appy Bezday)

Hari lahir..hari istimewa(Appy Bezday)


Hahahahaha..happy bezday toooo......
ehm, kalu dekat-dekat da bezday kamu,mesti kamu rasa tak sabar jak kan?
Best apa bila ada orang yang akan celebrate tuk kamoo..
rasa penting sangat...
bila bezday kamoo jak, maka banyaklah mesej-mesej yang akan mengganggu tidor mu..
miahahahaha...namun gangguan itu ndak berkesan suda..
kamoo tetap tersenyum gembira bila orang wish "happy bezday".."selamat hari jadi"...eh,bezday mu kan???ceh..buat2 tanya lagi....
satu benda yang paling ngam kalu time2 bezday ni..."kek"
muahahahaha...kek apa? kek coklat?kek blueberry?chese cake?
apapun yang muncul depan korang, senyum sampai melebar la kamooo...
Apapun, setiap bezday kita, mesti kita ingat, disaat itulah mak kita bertarung nyawa..
demi satu nyawa...
so..tong...korang mesti say"Thanks to God" sebab bagi peluang hadirkan ikatan antara nyawa demi sebuah kehidupan(skemanya)...
~ GOD BLESS YOU~

Jambatan Tua Orang Lama Saksinya


Kaki ku melangkah laju,
khuatir ada,
resah menjiwa,
bagai ibu kehilangan anak saja ,
ku sisip sapu tangan,
ku perhati orang disekelilingku,
kanak-kanak berbau hangit,
tapi masih boleh senyum ria,
terlihat la gigi benjol,
kekuningan lagi,
sedangkan ku rasa rimas,
terik semakin menggigit, 
bingit....pahit..... 
peluh yang ada di kulit ku,
berlumba-lumba


 jambatan tua ini sudah uzur, 
seusia arwah moyang ku,
sejenak,
aku terfikir,
bukan lama, sesaat cuma, 
kenapa masih tak bertukar ganti,
terlalu sayang?terlalu sibuk?
Persoalan terus merasuk ku, 
inikah dimaksudkan, 
tua mencari muda, 
muda mengganti tua? 
jambatan tua ini sebagai bukti
sedangkan orang tua saksinya.



Saturday, June 11, 2011

~Ayah Risau tak nampak,Ayah sayang pon tak nampak~

Uh, cua kamo tengok tajuk post ni..ceh..skema gila.
hahaha..gini,aku terbaca someone post dekat Facebook berbunyik gini,"anak rindukan ayah"
wahahahha..aku pon dapat ilham mau post cerita ni d blog ku plak..Tujuannya mau share dengan kamu semualah.Jarang-jarang kita dengar budak lelaki tau budak pompuan cakap..."pak..rindu.."hahahaha
mesti kamuorang selalu dengar.."Mak,rindu sama mamak"..Yang selalu kol pon mamak..kan2???Sini aku mau bgtau kamuorang semua,bila mak korang kol,ayah korang akan buat..:

  •  Pura-pura buat kerja tapi pasang telinga mau dengar butir bicara korang dengan mak korang
  • suru mak korang tanya,ada duit ka lagi tidak..
  • Nanti tanya dengan mak korang,bila kamo mau pulang..and (soalan-soalan berlanjutan...bila flight?bila sampai?mau di ambil d mana?kredit hp ada tak,nanti sampai,tak tau plak...)------->korang mesti tau,bapak korang sangat2 risau perjalanan korang masa nak balik.
  • tak suru korang beli baju,beli aksesori atau barang2 keperluan bila bagi duit,tapi soh korang beli buku-buku..korang tau kenapa?bapak korang nak tengok korang lebih kepada ilmu bukan berat kepada benda aksesori apa segala..tapi,mesti korang fikir yang bapak korang xsporting la..apalah...u all tak tau apa dalam hati bapak korang...
  • bila korang nak perkenalkan bf or gf korang,korang perkenalkan dengan mak korang pastu,tak nak bgtau bapa korang..takut kena marah,padahal korang tau tak,bapak korang sangat gembira kalau korang da jumpa dengan orang ble hidup bersama korang and dapat jaga korang..tapi u all selalu thinking "uh,mesti kena mara punya"
  • Lagi satu,mesti korang tak terfikir ,yang bapak korang selalu doakan kesejahteraan korang...Bapak ni dia tak suka membebel mcm mak kita,kalau mak kita,senang nak kongsi apa salahnya,korang kongsi dekat bapak korang?
  • berapa banyak u all say "sayang dekat bapak"?
  • FIKIR-FIKIRLAH EA.."Ayah risau tak nampak,ayah sayang pon tak nampak"

Friday, June 10, 2011

What can I say?




Aku teringat kata guru ku,"kalau ko sendiri,baru ko rasa betapa naifnya diri" Today,aku mau share dengan kamuorang semua,senaif-naif kita bila fikirkan masalah yang datang,Tuhan akan sentiasa bersama.Cuba korang lihat,seberapa banyak mana korang menangis dan bergelak ketawa sendirian?Bab-bab nangis ni,memang pompuan ranking 1.Kenapa?Sebab pompuan punya hati yang lembut.So,hati yang lembut,yang senang terguris ni la buatkan air mata tu senang jak mau jatuh.Walaupun dengan benda yang sangat-sangat remeh la kunun,bila hati pompuan tersentuh maka,air matalah yang akan jatuh bersama ego.Ego?Pompuan mang ada ego tapi kalau mau cakap pasal ego pompuan,kurang bersesuaian.{Para wanita diluar sana mesti setuju lau aku cakap,pompuan a.k.a wanita ni,lebih kepada sifat manja bukan Ego}Ada satu cerita pasal pompuan nangis ni..Kesedihan yang teramat sangat sampailah,One day,budak pompuan ni langsung ndak dapat nangis dah sebab PENAT"uh,sandinya jawapan...Aku pon tanya,kenapa ko penat?ko telampau menangis ka?Dia cakap."ndak,aku terlampau banyak ketawa jadi,aku penat mau nangis"huhuhuhuhuhu...rupa-rupanya,dia mengingatkan aku yang dia suda terlalu gembira banyak sangat sampailah kesedihan tu dia ndak mau kasi nampak sapa2.Aku mau cakap dengan korang semua,bila korang suda "LALI" sedih.korang akan menghadapai situasi macam di bawah:

@ orang yang korang sayang pon ndak dapat bantu hilangkan feel korang yang "TERLAMPAU" sedih tu..
@ Korang mau bersendirian..kalau bole korang mau push juak diri menangis sebab "ndak berdaya suda menangis"inilah yang aku cakap.korang menghadapi situasi "LALI" di situ.
@ Semua pon korang menyesal mau buat..???adalah tu yang korang fikir.
@ kadang2 korang amik jalan pendek mau settle masalah korang....(melarikan diri..mana2 tempatlah)
@ Semua korang diamkan sebab da terasa sangat dengan semua orang(da xble gelak tawa mcm dulu???)heran jugak bila jadi,tapi ada yang terjadi..percayalah...
@ Masa yang korang ada,korang buat benda2 yang korang da lama tinggalkan..ex:Blogging,tgk youtube,and mcm2 lagilah..muahahaha...
@ and yang penting..korang ada nekad baru,yang orang lain tak perlu tau...(yeah..)

Sunday, April 24, 2011

Desa Castle Cow


Kami datang melawat-lawat konon mau merasa susu segar Desa...Walaupun banyak dijual di pasaran,tapi perasaan menjejakkan kaki ke sana tu,ada rasa ndak percaya.Kenapa? sebab jalannya sungguh mencabar..bukit punya tinggi...Nekad,mau jugak melihat lembu ni beratur untuk diambil hasilnya.sangat2 beruntung dapat p sana..Walaupun kamera kami ndaklah berapa cute sangat,tapi, sempat jugak potograper sipi2 ni mengambil separuh gambar yang bole dijadikan kenangan.





Sampai saja di 'gate' Mensilou ni, kami dikenakan bayaran RM 3 tuk masuk (sekepala).Oleh kerana jalan ndak rata dan kereta ndak ble gerak lancar, maka aku dgn kawanku sorang tu amik kepautusan turun dari keta dan jalan kaki.Sambil menyelam , sambil minum air....Aku pun ambil kesempatan 'take'pic walaupon ndak seberapa cantik ni..Kawasan ni tinggi kalau nampak dari jalan raya utama Kundasang.Sangat2 tinggi..Sejuknya time berada di kawasan Mensilou ni...Time tu,aku ndak pedulik lagi sejuk ka,apakah,yang penting menikmati anugerah Tuhan.....Ndak mampu aku gambarkan kalau kamoooo berada di atas,sangat2 beshhhhh....

~ILham MenGayaU~

Pensyarah Terbaik Zaman



Ni la pensyarah terbaik zaman.Berteman anak kecilnya di dukungan, pensyarah kami ni namanya En.Suhaimi Yassin.Pensyarah Penulisan karya ni cukup sabar dengan karenah budak-budak penulisan tahun 2 Sekolah Pengajian Seni....."Di Sini,Rasa,Jiwa,Minda Bersatu"..Trademark SPS sentiasa dalam ingatan pelajar Seni.Tapi disini mau cita sal program kami yang di ilhamkan oleh beberapa anggota 'kuat' penulisan dalam kelas kami, dan program ni dijalankan di Simpang Mengayau ,Kudat Sabah.Objektifnya,mengeratkan antara satu sama lain di antara kami dalam ikatan membuka pemisahan "jarang" berkomunikasi sebagai seorang penulis suatu hari nanti.Kami menikmati program dengan satu rasa ketenangan biarpon pada mulanya program ni agak rosak disebabkan 'anasir luar' yang tak mahu membuang ego..hahaha..apakah tu ah?
~Tima kasih Encik Suhaimi..harap2 dapat A lah kami semua yah~Amin.....


~Bersama Coursemate di Mengayau~
Nila muka-muka yang membawa satu rasa di Simpang Mengayau walaupun program ni nampak biasa tetapi dapat dijadikan salah satu 'memory berharga'.One day kami akan kenang hari ni...Special Thanks to KOJEK sbb jadik kami punya potograper.
                                

Friday, November 5, 2010

~SALAM TERAKHIR

Kematian itu sesuatu yang pasti...
saat roh meninggalkan jasad..
semua perhitungan dunia terhenti..
perhitungan akhirat menanti..
Dikala satu kelahiran…
Bumi akan bergembira..
Dikala kematian….
sanak saudara,sahabat handai..
berkalung air mata…
Jemputan kematian itu di mana-mana…
sedang bergelak ketawa….
sedang bergurau senda..boleh bertukar wajah…
Allah menghantar kehidupan…
Allah juga mengambilnya kembali..
Jika bersuka, “JANGAN LUPA”..
Roh dan jasad…
yang pasti..satu hari….
nanti…..
nanti….
akan terpisah….

Saturday, October 16, 2010

~Hati tidak dijaga baik,apa jadinya?

Assaamualaikum Semua..

Ni tyme aku sudah bergelar student UMS.

Kelas ni dalam jadual ku setiap malam Khamis dan memang kelas ni jak la yang menyebabkan aku keluar pada malam hari dengan setiap mood yang selalunya begitu-gitu sahaja.Every week, pensyarah tu akan soal kami dengan bermacam-macam soalan yang menarik samada dari segi agama,sosial mahupun kehidupan sehari-hari.
 

Dipendekkan cerita,pada satu malam dimana kelas ini berlangsung, kami disuruh menjawab satu soalan yang begitu berkesan di fikiran ku sampai sekarang..
 

Bunyi soalan tu lebih kurang begini 

“Jika anda percaya akan kewujudan Tuhan, dimana Tuhan anda sekarang?” Maka sunyi senyap tadi pun bertukar menjadi haru-biru yang sekelip mata terjadi menandakan soalan itu betul2 menyentap fikiran para pelajar yang ada bersama ku malam itu..Sekaligus aku pun membuat la bunyi-bunyi yang kunun-kunun berfikir.

Tidak disangka,masa 10 minit yang diberi oleh pensyarah tu,telah dipendekkan oleh seorang budak yang ntah berasal dari mana tapi melalui percakapannya menunjukkan dia seorang yang berasal dari semenanjung.Dia pun menjawab “Prof,Tuhan itu ada dimana-mana.”.laluuuuuuuu..menyelit pulak beberapa suara mengatakan pelbagai jawapan yang sempat aku dengar dan ingat adalah. “Tuhan ada di atas kita..ada juga yang cakap.
Tuhan Ada di arasyi dan semua itu mengundang senyuman Prof kami yang tidak dapat ku baca fikirannya itu.Lalu..pensyarah itu menjawab...Jadi,Tuhan kamu ada disebelah kamu?Tuhan kamu ada di atas kepala kamu?ya???????..(wow!)Tatkala itu aku turut mendengar budak disekeliling ku merungut ntah butirnya apa tapi lebih kurang macam memprotes apa yang sedang dibalas oleh prnsyarah tu.

ASTAGFIRULLAHALAZAIM..

 
Detik hati ku..
aku pun sempat menekan Handphone, lalu text mesej kepada seseorang  yang selalu aku jadikan rujukan ataupun membuat pertanyaan dalam hidup ku, guru mengaji ku. Imam Husaini, setelah ku tanyakan kepada guruku, jawapan yang aku terima seperti,Tuhan itu ada dekat dengan kita apabila hati kita memikirkannya dan mempercayainya dengan hati. Jika difikirkan kewujudanNya sehingga terkeluar daripada hati kita(sampai kita paksa juga menjawab dengan bermacam-macam tempat) maka,kita akan gila..

Supaya kami ndak memikirkannya sehingga timbul berbagai jawapan yang bermacam-macam dam memperlihatkan bahawa hati kami sudah hilang sedikit memikirkanNya di dalam hati. Jadi, hati amat penting untuk dijaga. Allah sentiasa ada dekat dengan orang yang meletakkanNya di hati yang dihiasi dengan taman Zikrullah..


Nauzubillah..menjaga hati demi kehidupan...moga-moga aku tidak terpesong..amin....
walaupun pensyarah tidak menjawab kembali di manakah Tuhan,aku tau yang lecture tu sedang menyedarkan aku dan kami..tp sampai ke hari ini,aku tidak mengetahui sberapa banyak yang boleh menerima soalan pensyarah tu dengan baik ataupun sebaliknya...
Allhualam..





Sunday, October 3, 2010

akan ku ingat demi sayangkan dia



kita yang memerlukan seseorang di dalam hidup merupakan seseorang yang telah menrima hidup..
namun,janganlah hanya kerana hidup..kita menolak apa yang layak dilakukan untuk hidup..
renung dan fikirkan..

~Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

~ Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

~ Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

~ Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNYA.

~ Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

~ Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

~ Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

~ Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

~ Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

~ Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.


~ Jangan menjadi perigi mencari timba~
(MAHAGURU)

Thursday, September 2, 2010

Ku Harap Kawan Yang Benar~


5 sahabat....
kami punya cita-cita yang berlainan tapi dituang dalam kos yang sama..




Muehehehe..len2 tempat asal tapi boleh menyatukan kegembiraan bersama..
satu orang takda bagai satu rasa yang hilang..
Azniza~comel kan dia..tp dia punya masalah mengalahkan Menteri....
Sahara~Lemah lembut gilakk..tp lau marah..mak oooii....
Siti Suriani ~ punya sekh sbgai pekwe..skali sekh belanja dia makan..kami ni terjoin sekali.
Yusmalina~anak pakistan mix bugis..matang la...
ann(aku)~♥ dorang


Kami mendapat beberapa gelaran daripada kawan-kawan. Tapi, kami mulakan 'group' ni dengan  gelaran GBS. Gelaran ni betahan (seingat) aku selama 2 bulan.Selepas itu  ditukar kepada  "anak Mahmud Al-Buaya"..hahahaha..time ni, kami sendiri yang sepakat tak mahu digelar dengan gelaran ini lama-lama sebab takut di'bilang' jadi perempuan buaya..adakah???? 

Lepas tu, oleh kerana berdiri di dalam  satu produksi filem pendek untuk kos, kami menukar nama ke group"Nongkrong". Maksudnya, nonton dalam bahasa Indonesia. Ada lagunya, meh meh meh....

"disana Nongkrong. disini nonton..bunyinya beda, makna yang sama....dimana2 pun Nongkrong...klu korang dengar lagunya, mesti tercuit hati korang...

well.kami juga berdiri dengan harapan yang kami bukanlah grup yang sj mau meng"Gedik"...mau "mitak pujik"..palis-palis....Biarlah apa orang mau cakap...silakan...hehehehe(Redha la ni)...

Sampailah sekarang kami guna nama ni d group kami. Nama tu bukan ukuran kemesraan bha kan..yang penting kami bole bersatu hati, bukan men tikam-tikam belakang (jukan balak)..hahahaha... 

Ni lah antara gelaran kami.
Yusmalina ~ Along        
Nadia~ Angah       
Sahara~Achik     
Siti Suriani~      
 Adik Azniza~Ucu
Hopefully~Sharing is Carring