Inilah yang dikatakan
‘Catatan Ku’
Aku mau kongsi cerita kali
ini pasal ‘KENTRONG’. Penah dengar kah?Bha, aku mau cerita serba-sedikit yang
aku tahu la ya. Kentrong ni merupakan alat muzik tradisional kaum Jawa yang
berada disekitar Klang, Selangor. Oleh kerana aku bingung mau pilih mini projek
tuk Latihan Ilmiah ni, aku pun amik keputusan tuk kaji Kesenian Kentrong ni di
bawah Program Perantisan oleh Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara
Selangor..Aku bagitaulah dulu,program ni bertujuan untuk mencari perantis a.k.a
pelapis baru untuk bidang kesenian ni..Bagus ba kan JKKN ni, buat program yang
membina dan menyelamatkan ‘khazanah’ berharga. Kentrong ni ala-ala kompang pun
ada, rebana pun ada.Tapi ianya dipanggil Kentrong ataupun Jawanya,
Kentrongan. Sejarah awal yang memperkatakan muzik ini telah dibawa oleh
pedagang dan penghijrahan imigran yang berasal dari Indonesia iaitu dari Jawa
Tengah. Muzik Kenterong ini telah muncul seawal tahun 1901. Perkataan Kenterong
itu sendiri merujuk kepada tempat asal irama muzik itu mula diperkenalkan iaitu
di Daerah Kendal di Jawa Tengah. Perkataan ‘KEN’ merujuk
kepada Kendal dan ‘TRONG’ merujuk kepada ketuk tong, maka
diringkaskan menjadi Kentrong.
Sinonim
dengan masyarakat Melayu berketurunan Jawa, muzik ini banyak memainkan
lagu-lagu tradisi yang bait-bait liriknya ditulis dalam Bahasa Jawi dan
bertulisan Jawi yang agak sukar difahami oleh generasi muda pada masa kini.
Menurut Tuan Haji Anuar Bin Haji Rais, generasi ketiga Kumpulan ini, lagu-lagu
yang berpandukan kepada kitab Berzanji banyak mempengaruhi muzik tradisional
ini. Kumpulan Kenterong Seni Warisan dari Kampung Meru Barat, Klang Selangor
merupakan kumpulan muzik tradisional Kenterong ini yang masih lagi bergiat
aktif. Kumpulan ini akan membuat persembahan sama ada dalam majlis perkahwinan
ataupun majlis-majlis yang menjemput mereka untuk mengadakan persembahan.
Kumpulan ini juga menerima jemputan mengadakan persembahan di dalam
seminar-seminar di sekitar Lembah Klang dan dari luar negeri Selangor ini
sendiri. Pencapaian kumpulan ini sangat besar untuk memperkenalkan seni muzik
tradisional ini. Kumpulan ini dianggotai oleh lebih kurang 12 orang ahli yang
telah berdaftar. Jika diteleti melalui usia-usia mereka yang menjadi ahli, di
antara 35 tahun sehingga 70 tahun, ahli kumpulan ini meletakkan kebimbangan
tiada perantis baharu. Kumpulan yang diketuai oleh Tuan Haji Anuar Bin Haji
Rais merupakan generasi ketiga yang mewarisi kesenian muzik tradisional ini
dengan penglibatan anaknya sebagai waris generasi yang keempat iaitu Encik
Zamri Bin Anuar.
Kenterong
mempunyai 6 buah peralatan gendang yang terdiri daripada Jidor, Kempor,
Gendang, Kempol, Kempeleng, dan Ecek-ecek. Alat muzik Kenterong ini mempunyai
pelbagai saiz dan setiap satunya mempunyai pelbagai bunyi yang berlainan. Kesemua
alat muzik ini berasaskan genjdang dan tiada satu pun alat muzik ini yang tidak
dibenarkan di dalam Islam. Selain itu, terdapat juga tambahan alat muzik iaitu
Tamborin untuk menambahkan lagi keceriaan di dalam persembahan. Dalang ataupun
lebih dikenali sebagai Ketua Kenterong akan mendendangkan lagu mengikut rentak
yang berbeza-beza seperti irama Jawa Asli, Langgam, Masri, Nasyid dan
sebagainya. Lagu-lagu moden juga terselit di dalam persembahan dan mengalami
pembaharuan dari segi persembahan jika diminta oleh pihak yang berkenaan.
Sejajar dengan itu, muzik ini memerlukan satu anjakan paradigma bagi menepati
citarasa masyarakat kini sekaligus membuatkan bidang muzik lama ini tidak
dilupakan seperti “Angin yang berlalu”, rasa sejuknya tapi dinikmati sekejap
sahaja.
Sebenarnya banyak lagi
maklumat yang aku mahu masukkan tapi rasanya semua tu nanti u oll boleh tengok
bila aku da siapkan Power Point nya..hehehehe..sekarang ni banyak lagi kerja
yang aku tangguhkan. Sebelum tu, aku mau kamu tengok gambar yang diatas tu. Semuanya
generasi tua-tua.Jadi, kepada remaja-remaja diluar sana, ada kebaikannya
mewarisi kesenian begini. Apa pun, semuanya mesti siap b4 Julai..Aku ndak sabar
da mahu balik Sabah...hahahahaha..
_Merantau Buat Aku Terasa Sangat Diduga_
By: Nadia Othman
No comments:
Post a Comment