Assalamualaikum
dan Salam Jumaat
Aku
mengambil iktibar dengan kejadian beberapa hari ini. Sungguh! Ketenangan itu
sukar dicari dengan hati yang gundah.
Sejak
kebelakangan ini, aku terasa seperti hilang dri sendiri. Mana Nadia yang
dahulu? Kenapa aku terasa diri sendiri sangat susah diatur,diurus! Aku sangat
benci dengan apa yang aku buat sekarang ini.
Astagfirullahalazim…
Di
pagi Jumaat yang tenang, penghulu segala hari dan hari kebaikan, akhirnya aku
mendapat semula ketenangan yang agak hilang beberapa hari ini. Syukur
Alhamdulillah..Dugaan Allah.
Aku
terpandang dua beradik berjalan kaki ketika aku dan bapa mahu menghantar
adik-adik ke sekolah. Kami ingin berhenti dan mengambil mereka.Tetapi laluan
bapa dan mereka agak jauh kerana mereka berada di seberang jalan. Tersentuh
hati ku ketika melihat kakaknya memimpin tangan adiknya dan tetap berjalan
tanpa melihatkan wajah malas,sugul dan merungut untuk ke sekolah!
“Kanak-kanak”
bisik hati ku.
Andai
dapat diputarkan masa, zaman kanak-kanak itulah yang aku inginkan. Zaman
kanak-kanak itu zaman semuanya belum dihitung.Zaman itulah zaman
tiadanya derhaka kepada kedua ibu bapa mahupun orang-orang yang kita
sayang. Zaman yang tidak mengenal erti kecil hati,sakit hati, dendam, permusuhan
dan segala masalah masih berada di paras lutut, mungkin sahaja berada ditapak
kaki dan tidak sampai ke akal untuk difikirkan setiap waktu, setiap saat dan
setiap hembusan nafas sekalipun!
Masya-Allah,
hebatnya pengaturan Allah..Allah Maha Hebat!
Perasaan
dewasa langsung tidak sama dengan perasaan ketika kecil . Semakin hari,
keterbukaan dan keterdewasaan kian menyemai dalam diri dan aku perlu kuat
kerana aku bukan budak kecil lagi. Ya, impian untuk kembali ke zaman
kanak-kanak itu kan MUSTAHIL!
Mustahil
sama sekali…
Berapa
banyak pun kaki melangkah, jatuh bangun semula, terjatuh lagi, bangun lagi dan
begitulah seterusnya, siapa yang tahu?
Muhasabah
di pagi Jumaat tadi, membuatkan aku mendapat kewarasan semula.hahaha…
Rupanya,
aku gila sebentar!
Kewarasan
yang ku dapat kembali dengan mem’publish’ entry kali ini kerana aku tahu, aku
juga manusia biasa yang akan datang dengan sendirinya pelbagai gundah-gulana
dan aku juga masih layak menrasa kegembiraan semula.
Semuanya
bermula dengan diri sendiri dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan
Allah dan sebaik-baik ujian, adalah ujian Allah!
No comments:
Post a Comment