c Ann anak Banjar

Thursday, October 22, 2015

Hidayah Milik Allah

Assalamualaikum dan selamat pagi warga pembaca.

Hari ini isu jerebu masih hangat diperkatakan dilaman sosial dan media di Malaysia.
Sekolah-sekolah yang berada di dalam kawasan bahaya jerebu masih bercuti dan aktiviti di luar rumah adalah lebih baik dikurangkan agar menjaga keselamatan diri serta kanak-kanak yang masih kecil dan mempunyai antibodi yang lemah.

Allahualam..

Sebenarnya isu kali ini adalah isu yang seperti saya tajukkan pada kali ini. Hidayah Milik ALLAH.
Kawan-kawan sekolah lama berkongsi cerita dewasa dan kehidupan masing-masing.kadang-kadang rasa rimas juga kalau terlampau banyak join kumpulan whatsapp dan hampir semuanya tidak dibuka kerana terlalu sibuk untuk "skip" setiap apa yang telah meeka kongsikan. Walaupun kebanyakannya adalah cerita kosong dan ada juga yang berkongsi makanan,resepi,cara-cara nak buat itu lah, ini lah..ada tahapnya juga mereka sangat matang dan "serius" di dalam penceritaan.

Seorang kawan yang merupakan bekas "clasmate" dikhabarkan mengikut kumpulan tabligh dan ke Indonesia untuk menambah dekatkan diri dengan perubahan yang dia mahukan. Alhamdulillah..Sebenarnya, seorang kawan ini begitu ditakuti di kalangan kami kerana "panas barannya" boleh tahan. Selalu kami suruh untuk bersabar tetapi dia selalu mengambil keputusan yang agak "panas" misalnya marah dan tidak mahu mendengar kami. Apabila mendengar dia berubah ke arah benda-benda begini, terdetik di hati, hidayah itu datang pada bila-bila masa. Syukur Ya Allah..

Semoga dia memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat. Sebagai seorang kawan, sentiasa mendoakan agar kawan-kawan yang lain sejahtera dan sentiasa berada dalam lindungan Allah dalam menjalani kehidupan yang kita sendiri tidak tahu dimana hujungnya nanti.

No comments:

Post a Comment