c Ann anak Banjar

Sunday, October 25, 2015

Semuanya Simpan Sendiri Sahaja (4S)

Assalamualaikum semua.

Ya, terus kepada yang mahu dijadikan cerita lah bagus kan..

" Kenapa ada insan-insan yang tidak menyenangi apa yang kita buat walhal kita buat benda tu, ada niat baik dan tidak perlu di war-warkan pun? "bisik hati yang tengah sentap .

Aku sentap betul dengan satu orang ni.

Wah....besarnya.hal la kan??

Selalunya semua benda kita terpaksa simpan sendiri untuk menjaga hati orang-orang yang berkaitan.Kenapa? masing-masing ada jawapan tersendiri. "Tepuk tangan, fikir sendiri".

Sedih juga kerana apa yang kita simpan tu ada rasa terpaksa untuk disimpan.benda yang main paksa ni kadang menyakitkan hati sendiri. Perlu kah pengorbanan macam begini?

Benar, Rasul tercinta sangat mengajar umatnya untuk belajar erti sabar. Wallahu. Tingginya erti belajar sabar itu sebenarnya. Lari jak dari landasan itu, sikit pun, maka besar sungguh pengorbanan yang kita perlu buat.
Apapun, pesan saya sebagai sesama manusia, sebagai seorang yang punya hati sama macam anda,kamu,awak,kau dan sebagai apa-apalah, sebelum "judge" orang dan berfikir yang bukan-bukan sendiri, ada baiknya tahu hal yang sebenar. Bukan dari seorang dua,atau sumber yang dipungut-pungut.Akan mendatangkan perasaan berdiam diri serta-merta, tidak mahu terlibat dengan sebarang perkembangan, tidak berminat untuk sesuatu benda yang dijangka tiada nilainya. Fahami lah, anda bakal mendapat gelaran tidak bahagia dengan sikap begini. Allahualam.
 
"BERBAHAGIALAH KEPADA MINDA DAN HATI TERLEBIH DAHULU"



No comments:

Post a Comment