c Ann anak Banjar

Wednesday, October 28, 2015

Cerita Sambal

ASSALAMUALAIKUM


Hai Semua,

Hari ni pergerakan untuk melihat dan meng"update" blog agak slow kerana berlaku jem di laluan handphone, facebook, whatsapp, wechat, koling-koling dan sms yang tak berhenti kunjung tiba dan memerlukan perhatian yang teliti.

Sehinggalah ke petang ini, baru lah mendapat sedikit masa membuka blog yang dirindui sejak ditinggalkan beberapa jam yang lalunya. Ceh, ingatkan tinggal berbulan-bulan la tu kunun.

Okeh..
Berbalik kepada tajuk, terpanggil untuk mencuba "sampingan" yang satu ni. Adik saya yang tengah menuntut di UMS kini, setiap hujung minggu berpeluang pulang ke rumah sekiranya tidak mempunyai apa-apa aktiviti yang memerlukan dia berada di kawasan universiti/group2 atau meeting sebagainya. Menjadi kebiasaan, ibu akan membekalkan dia sambal setiap kali kami hantar dia pulang ke kediaman. Oleh sebab itu, kawan-kawannya tertarik dan berminat dengan sambal yang dia bawa dan cuba membuat pesanan. Mereka pelajar yang mahu rasa masakan di rumah.Tetapi, ada yang duduk jauh dan tidak dapat pulang. Sambutan sambal ini pada mulanya "ok" dan saya begitu teruja sekali untuk mencadangkan kepada ibu jika ibu mahu membuat bisnens sampingan. Hal-hal kasi up2 ni, biarlah kami yang tolong. Ibu pun setuju dan agak gembira disitu.

First, aku war-warkan dengan "Bestfriend" aku yang sukakan sambal ni. Cikgu Anisah.
Mmang senanglah dia ni, terus order untuk esok dan siap kata lagi, "aku kasi up di sekolah"
Yalahkan, seorang cikgu kadang tak punya masa untuk masak-masak sambal ni. Paling mudah pun, sambal ni boleh menjadi bahan perasa dalam masakan. Tiada salahnya. Lagi sedap tu masakan.

OPSSSS... dari tadi cakap pasal sambal. Tak bagitahu pun sambal apa kan? Bha, tengok gambar di bawah.


Nah, cerita sambal. Mudahan langkah kecil ini diberkati. Daripada sambal kepada kesukaan ramai.
Good Luck!!Horeyyyyyyy..
Cepatlah whatsapp yah. eh.eh..
Area Kota Kinabalu.
Beverly Hills, Damai, Luyang, Bukit Padang, UMS, Foh Sang, Menggatal, Indah Permai akan COD.

No comments:

Post a Comment