c Ann anak Banjar

Tuesday, October 27, 2015

Perihal Anak Saudara

Assalamualaikum.

Mendapat laporan terkini daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) musim tengkujuh akan bermula dan ini akan menjadikan jerebu yang sedang melanda Malaysia dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya bakal pulih dan akan terus beransur pulih. Permulaan awal November akan terus berlanjutan sehingga ke tahun depan pada bulan MAC 2016. Sekian sedikit ulasan tentang musim tengkujuh. Hehe..tiada sudah makhluk-makhluk Tuhan yang memakai musk untuk keselamatan kerana gejala ini akan lenyap seperti yang diinginkan.

Okeh, mari cek sebenarnya apa niat saya menulis hari ini. Jarang dapat mood serajin ini melainkan saya betul-betul mempunyai masa untuk mengetuk-ngetuk keyboard pc dengan bangganya.Kononnya, tengah buat laporan lah begitu. Walhal, saya sedang berhempas tapi tak terpulas-pulas memikirkan apa yang patut dilakukan ketika keboringan begini.

Mahu menggoreng pisang dan bersantai-santai, "amboi-amboi..fikir office ni ada syer dengan kau"

Dan teringatlah pulak selepas waktu berkerja nanti ada tugasan penting.Penting?
Yalah, penting lah jugak. anak-anak buah yang disayang.Walaupun dorang hanya tahu makcik dorang ni rajin membebel dan suka mengerutkan kening sahaja di hadapan dorang. Tapi yang peliknya, takda satu pun takut.aih..aih..aku pun letih mau buat dorang takut dengan aku macammana lagi.Lupakanlah niat tu barangkali. Jadi makcik yang baik pulak lah lepas ni.

Hari ini anak saudara saya yang pertama "berkonvokesyen" sebagai menamatkan Tadika Kemas 2015. Wah, ndak terasa sudah besar dan akan makin menjadi remaja. Belajar baik-baik. Pesan yang selalu dan membosankan. Alya Juehenna. Itulah namanya. Tahniah melepasi satu tahap yang sangat bermakna pada zaman kanak-kanak kamu sayang. Nanti acil Anne post gambar Alya yah.

 

No comments:

Post a Comment