c Ann anak Banjar

Monday, October 26, 2015

Mendekati Bisnes Sampingan


ASSALAMUALAIKUM


Seorang kawan lama yang sama-sama di sekolah menengah dulu memperkenalkan satu produk minuman kesihatan kepada saya. Saya begitu teruja untuk mencuba kerana sangat penting untuk "mengurangkan kecomelan yang ada di perut ni" hahahah..

Mineral Coffee adalah produk di bawah Hai-O. Dan rasa ingin mencuba itu alang-alang bilang orang Tawau kalau kita "test-test" lepas tu tergendala. Jadi untuk memanjangkan percubaan, kawan saya tu "suggest" boleh war-warkan sekali untuk menjana "income" sampingan. Mulanya saya rasa agak kekok sedikit memperkenalkan produk ni kepada khalayak kerana "kelu" nya saya tu, Allah sahaja yang tahu bila pandangan orang lain tak seperti yang kita harapkan.

Tapi mempunyai kawan yang hebat seperti dia, saya mencuba juga. Pada mulanya saya menggosipkan hot nya produk ni dalam kalangan rakan-rakan sekerja. Memang macam-macam respon yang saya dapat. Tapi alhamdulillah, saya telahpun melangkah ke step yang seterusnya dengan menerima order dan menjualnya kepada yang berminat mahupun yang ingin mencuba.






SAYA JUAL DAN SAYA PENGGUNA : 0138930548 (NADIA)

Alhamdulillah, pertama kali, 5 kotak dapat terjual dengan cepatnya. Namun, modal tu saya hanya berjaya pusingkan pada minyak kereta dan sewa kereta yang saya tengah gunakan sekarang. Dalm hati saya, sabar...sabar....mungkin ini hikmahnya.tak dapat pusing awal-awal modal dan agak stuck disitu.

Saya mahu perlahan-perlahan bukan kerana saya sengaja tapi keadaan yang meminta saya berbuat demikian Sekarang ni, ada dah customer yang mula nak repeat order dan siap cakap lag produk ni baik. Alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...nampaknya, kegembiraan saya untuk membuat income sampingan lepas ni diharapkan berjalan dengan lancar.

Dah coffee, mula lah tahu pasal pad dan pantyliner yang bagus untuk kaum hawa. Doakan saya akan dapat melakukan kerja sampingan ini dengan mudah ya. Inshaallah, saya akan update lagi step-step yang akan saya langkahi satu persatu..Aaminn....

No comments:

Post a Comment