c Ann anak Banjar

Monday, February 25, 2013

Your Best, Alhamdulillah!


Semenjak beberapa hari ini perasaan kurang menyebelahi aku.
Apa yang aku maksudkan???
Malam hari aku begitu santai,tetapi ada sesuatu yang berat aku tengah fikirkan. Aku pun hairan. Perubahan apakah ini? Perubahan usia? Memang menjadi dewasa akan menanggung rasa-rasa seperti ini?
Sunyi dan tenang pada luaran yang membuatkan aku kembali mahu menatap blog yang beberapa hari perlukan suapan baru. Bukan tiada masa, tapi ada sesuatu yang aku letihkan, yang mana aku sendiri tidak pasti apakah yang sedang berlaku kepada diri ku?


“Cubaan Allah”…(bisikku kepada diri sendiri)
Yang mempunyai mata boleh memandang,
Yang mempunyai kaki boleh berjalan,
Yang mempunyai mulut boleh bercakap,
Yang mempunyai telinga boleh mendengar,
                        dan
Yang mempunyai hati, boleh ?????
= fikir sendiri apa yang anda tanggung dan lalui sekarang….


Kemalasan yang selalu datang untuk mempengaruhi aku untuk menjadi seseorang yang terlalu lalai, harus aku buang jauh-jauh. Masalahnya, sampai bila? Allah telah bagi aku anggota badan yang lengkap dan akal fikiran yang sihat, ada benda lain yang aku boleh buat dan yang pastinya mendatangkan kebaikan kepada aku serta bukan sekadar duduk goyang kaki ataupun merenung sehingga memakan masa yang lama dan hasilnya aku menutup mata dengan tiada apapun yang aku perolehi. Begitu sahaja?
Allah belum menemukan aku dengan rezeki pekerjaan, tetapi Allah sudah memberi aku rezeki kehidupan (sihat,tidak cacat,boleh makan,boleh minum,boleh bersolat,berzikir,dan apapun semua Allah telah aturkan)! Allah menguji ku dengan satu perkara iaitu SABAR!
Kembali berfikir secara tenang, aku mula menggerakkan tinta kaku untuk mereka sedikit catatan…LIRIK LAGU! Ia bermain di dalam minda ku. Mengapa begitu susah untuk mengeluarkan beberapa potong ayat tetapi amat mudah menghabiskan masa dengan begitu sahaja.
In Shaa Allah…aku cuba melakukan sesuatu yang membawa kebaikan kepada diri sendiri walaupun sedikit tetapi lebih baik daripada membuang masa.

Semoga anda yang mengalami situasi yang sama seperti aku, mendapat idea !!!

Thursday, February 21, 2013

Khabar Dari Pulau (Versi Nenek Melaporkan)



Hujan renyai-renyai di luar membuatkan aku terhenti meneruskan niat untuk keluar mengambil barang yang telah tertinggal. Rugi bha kan suda bayar tapi tidak memilikinya.(urm..) Aku pun tergerak untuk meneruskan agenda yang seringkali aku buat, menghadap komputer milikku dan berfikir apa yang patut aku buat.

(Bila masa betul2 kosong, inilah yang akan terjadi kepada ku)

Setelah melihat dan membaca beberapa blog yang seringkali aku kunjungi, aku pun ingin membawa sesuatu yang boleh dilihat di laman blog ku ini pula..(Biasalah tu,kadang-kadang,mesti dapat inspirasi daripada orang lain dulu). 

Berita yang menggemparkan negeri kelahiranku, Sabah yang telah didatangi oleh 100 orang askar daripada Filipina dan membuat tuntutan sama Malaysia semakin beransur pulih. Alhamdulillah la ba kan.Buat apa mau menimbulkan keadaan yang huru-hara..Nauzubillah...

Sempat jugak aku bertanya khabar nenek dan atuk ku yang berada di Pulau. Soalan-soalan yang aku tanya kepada nenek ku, 
  • Nek, kumpulan mundu tu ndak singgah di Sebatik ka?(Bonus betul soalan ku ni..Berita suda menyampaikan bahawa mereka telah berada di Lahad Datu. Aku p tanya lagi ) Aku sendiri terus bingung sebab mau tau nenek ku cakap apa??? nenek ku cakap macam ni "Ndak jugak dorang(kumpulan pengganas) tu mengacau di Sebatik ni, ndak taula plak kalau nanti" @#$%^&*(@#$#@#????? hahahahaha..aku terpenjara di dalam kebonusan sendiri!
  • Aku sempat bertanya nenek ku plak, "pokok jagung, semaian tomato,semaian lada besar dan kacang-kacang yang aku tanam,MENJADI KAH?" Nenek ku dengan sukacitanya memaklumkan kepada ku "Jadi, tapi macam mau mati suda...(Hah???Kepala ku terus berfikir" Apa maksud nenek ku ni?)Aku mengiyakan saja padahal dalam hati langsung ndak faham.Mungkin nenek ku ni buat lawak kali ea..Ini la masalahnya kalau bercakap dalam telefon..
  • Aku tanya lagi "Nenek sama Kaik(atok) sudah makan?Makan apa tadi?Nenek masak apalah?(Nenek ku pun menjawab, sudah..makan sup tulang kami..)Wah, ni yang selalu bikin telinga ku jadi besar.Sedapnya lauk mereka...hahaha..TERUS NENEK KU CAKAP LAGI "TAPI NENEK NDAK MASAK>>(aik?)Oh....ni kes jiran sebelah rumah la yang rajin masak dan bagi jiran tetangga ni.hahahaha..

Aku pun mcam biasalah..Senyum-senyum sendiri kalau sudah dapat bercakap dengan nenek ku ni.Bukan apa, pesannya selepas tu,panjang.................................... sampai aku mau kasi tau pun ndak banyak kredit ni ndak boleh.Terus hp mati sendiri.hahahaha...Siap aku cakap I miss U nek, bole2 nenek ku jawab U U U Jugak.hahahahahah.....

Apapun, In Shaa Allah, aku sentiasa mendoakan kesihatan mereka, parents dan keluarga ku dipelihara oleh Allah SWT.Amin.....


Thursday, January 31, 2013

Satu Perpindahan Sementara

Hai Semua...
I'm at Ampang sekarang...hehe..kelmarin berada di Pulau Sebatik,tidak menyangka diri ini sudah menjejakkan kaki ke negeri orang dalam masa yang begitu singkat..Hurm..tapi itu bukanlah penting sangat yang aku mau kongsi kepada anda semua..Ternyata inilah yang dinamakan perpindahan sementara. Dalam kejauhan ini, aku rindukan nenek dan atok(kaik) dan keluarga ku yang jauh di Sabah. Sejak habis belajar, aku kadang-kadang punya masa yang sangat santai dan kerja separuh-separuh. Maka dengan itu, masa yang aku luangkan bersama dua insan (kaik dan nenek) membuatkan air mata mahu sahaja gugur. Well, aku datang ke sini menemani kakak ku yang akan berpindah ke kawasan perumahan baru dan tidak menjadi kegembiraan kepada kami apabila dia terpaksa tinggal berseorangan. Apabila dia menyarankan agar aku menemaninya, nenek dan kaik membenarkan.Begitu juga dengan bapa dan ibu. Kasihan dia tinggal sendiri-sendiri. Oleh itulah,aku berada di sini hari ini. Didalam meniti perpindahan sementara ini, banyak yang telah ku bayangi, ku fikirkan dan aku sempat mempunyai waktu untuk merenung segala-galanya bersendirian. Bermula di airport Tawau, after seorang sahabat sudi menghantar ku, walaupun masa ku tidak banyak untuk berkongsi cerita dengannya, namun aku tahu, dia mungkin faham kerisauan dan kebimbangan ku.hahaha...(jangan serius bha topiknya)
   
   Sampai sahaja aku di Sepang, kakak ku juga terkandas di dalam jammed gila-gila dan sangat gila di kawasannya. Tambahan pula, dia baru sahaja selesai 'meeting' di saat-saat aku mahu tiba di Sepang. Cuba kamu bayangkan perasaan ku apabila kakak ku cakap, "N kena ambil bas".Okeh. Mungkin inilah masanya aku training untuk menjadi berani. Memang sebelum ni aku datang sini tapi itu ada yang ambil. Kakak pun mula bagi direction. Good direction dan bla bla bla bla bla....akhirnya aku sampai jugak ke Putrajaya Stesen dan berjumpa dia di sana. Nampak jak dia, aku pun boleh senyum semula.Bayangkan, yang aku bimbang adalah perjalanan yang begitu sunyi dan lenggang membuatkan jantung ku dup dap dup dap... Apapun, satu tunjuk arah ini membuatkan aku simpan ia di dalam kepala otak. Bila tiba masanya aku perlukan, aku sudah boleh berdiri di atas kaki sendiri. Tapi sekarang ini belum boleh lagi. Kerja masih belum dijejaki. Kalau boleh, peluang yang singkat ini aku mahu cari kerja yang biasa sahaja ok la. Yang penting, aku tidak terlalu membebankan kakak ku ni. Kasihan dia.Dia pun sebelum ini merantau jugak.Yang bezanya, dia mempunyai pekerjaan tetap manakala aku pula belum lagi.

     Ok la anda semua. Macam selalu, ini perkongsian yang biasa-biasa sahaja.tapi apa yang aku lalui di dalam perpindahan sementara ini sangat luar biasa kerana aku yang merasainya. Okeh semua. Assalamualaikum dan Take Care!....

Wednesday, January 23, 2013

Pantang & Petua Mengelakkan Sihir

Susah pulak mau tidur...Biasanya, masa ni la aku paling senyap dalam rumah.hahaha
Um, selepas melayari beberapa blog-blog lain, aku pun terfikir mau kongsi dengan anda semua yang berkemungkinan pernah mendengar ataupun pernah mengamalkan petua ini. I don't think. ini sesuatu yang bole menyesatkan..Okeh?????
  Suda jugak namanya petua, haha..Jangan pulak fikir aku mau mengada-ngada ya..Kalau mahu dipraktikkan,mungkin ndak berdosa, kalau tidak mahu, ya terserah..Masing-masing sudah boleh berfikir untuk diri sendiri..Asalkan, kesudahan yang diharapkan baik dan memberi kebaikan kepada orang lain jugak.Okeh,okeh...Direct jak la p tujuan asal...


Kalau Suku Kami, Banjar...begini kunun petuanya :

  • Anak Dara tidak boleh tidur melentang, dikhuatiri sihir yang hendak dihantar orang senang saja masuk ke  dalam tubuh.
  • Kalau boleh, jangan suka mandi malam..Sihir yang orang sampaikan selalunya turun dalam air rumah kita..(ndak ngam jugak bha,malam baru mandi)
  • Jangan suka jemur kain malam hari, takut-takut sihir yang orang kirim melekat di baju yang kita pakai..(nah, kasi bersihlah sama Daia)...
Hahaha..ada lagi beberapa sebenarnya, tapi aku kurang mengingat..Biasanya, otak adalah paling lembab selepas jam 12 malam (Someone pernah ingatkan aku dulu)..Jadik ni la ni ndak seberapa bole 'Refresh'..
Dan petuanya plak mudah sahaja untuk mengelak sihir..Ini dia....

  • Sebelum tidur, baca surah Al-Fatihah sebanyak 4 kali (tiap satunya untuk, keluarga,diri sendiri,org yg kita sayang, dan musuh)..Benda ni sebijik pernah dicakapkan oleh pengacara WHI, Teh...
  • Sebelum tidur, cuci kaki..dan bukan kaki saja,cuci pusat kita sekali..
  • Lebih mujarab lagi, baca ayatul Kursi kerana nescaya kita dilindungi sehingga keesokan harinya selama tempoh daripada mula kita membacanya..(amalkanlah..baik ni)
  • Ada jugak yang menyarankan, meletak sapu lidi dibelakang pintu untuk memberi kesan 'balik' kepada penyihir atas hantarannya.(Sekarang jarang guna sapu lidi a.k.a urat daun kelapa ni)
  • Dipesan jugak, supaya pakaian dalam diterbalikkan ketika kita tidur..
Ini adalah perkongsian semata-mata.."Ambil Yang Keruh,Buang Yang Jernih"(kalau nak hidup sentiasa kekeruhan) dan adalah menjadi satu kebaikan apabila berhijrah kepada "Ambil Yang Jernih, Buangla Jauh-jauh Yang keruh itu"..
Apapun, bagaimanapun caranya, kita masih ada Allah untuk membantu..Segala yang kita usahakan itu, selagi membawa kebaikan, yakin sahaja..Allah pasti mengetahuinya..DIA Segala-galanya..

Okeh...Selamat Beramal..


Matahari Terbit Di Timur

Assalamualaikum semua..

"Tepuk Dada, tanyalah selera"..Ungkapan yang biasa kita dengar, samada terbit di dalam helaian kertas ataupun menjadi penegasan seseorang melalui mulut mereka..haha
Hari ini aku ingin berkongsi, di dalam sebuah perjalanan untuk aku meneruskan hidup, aku sempat menikmati  pagi yang indah. Perjalanan ku yang mengambil masa hampir 1 jam 30 minit (ku anggarkan), untuk pulang menyambung tugas, memberi ruang untuk aku menikmati alam, menikmati apa yang dianugerahkan Tuhan pada waktu itu. Di awal pagi ,burung berkicauan, air laut yang tenang, angin pagi yang menyamankan...uhh, aku betul2 rasa tenang..Jarang sekali dapat menikmati saat-saat yang menenangkan ini..Serius!
   Apapun, bertuah juga aku dapat hidup di bumi yang sungguh mengkagumkan ini..Ya, matahari terbit di sini..Matahari terbit di Timur! Dalam kesempatan itu, aku mengambil beberapa gambar. Masa 'capture' pun aku rasa tenang..Oh, God!Thanks!

Penyatuan Alam dan Lautan Yang Sebati dalam bunyi alam




   







Well, perkongsian yang sangat biasa.."Aku kecik Di Dunianya"

Bubye U olls....

Sunday, January 20, 2013

Listen..Listen..Listen..

Hai Semua..
Well, untuk yang pertama sekali, terima kasih kepada admin2 blogger lain yang datang tengok dinding blog ini walaupun,maklumat tu tiadalah banyak mana,yang banyak pun, cerita sahaja. But, apapun...terima kasih la sebab ada yang sudi tinggalkan komen dan arah mana datangnya pelawat,akan tercatit di dinding blog ini. Darimana pun anda, apa yang anda cari, silalah berkongsinya dengan saya jikalau ianya membawa kebaikan.
    
     Berbalik kepada isu saya, ataupun "Macam-macam kisah saya" ini, terima kasih kepada pelawat yang ter"CLICK" halaman blog ini walaupun tajuk berkaitan, akan tetapi bukan itu yang anda inginkan. Anda mungkin dapat mengetahui cerita di dalam blog ini walaupun anda tidak mengenali saya sebagai sahabat karib, kawan satu sekolah, kawan sekampung...dan anda sudah berjaya membuatkan diri anda menilai saya sebagai orang yang anda tidak kenali tetapi mungkin anda bersetuju dan akan membayangkan apa yang telah saya katakan sedikit-sebanyak di dalam halaman blog ini.

     Ok! Mula berkongsi....
Saya agak tertarik dengan isu Listen!Listen!Listen sejak kebelakangan ini yang agak "Hot Topic" di facebook ataupun di Youtube dan mana-mana laman sosial lain. Mengaku, pada mulanya saya agak hairan, kenalan di facebook saya asyik update status dorang dengan Listen!Listen!Listen!...So, saya pun try click link yang dikongsikan di laman sosial itu..Oh, baru saya faham...itupun selepas melihatnya sehingga habis. Mungkin kaitan yang lebih besar adalah soal politik! Pasal politik, saya angkat tangan. Saya masih tidak berminat dan ingin menjalani kehidupan yang normal di sini. Tanpa ada pergaduhan, cacian, hinaan, makian, dan caci-cerca segala.Uhhhhh, bukan tidak ambil berat, tetapi masih tidak berminat..Tidak Tegar!Hohohooho... Kalau anda sudah membaca laman ini, isu ini, jom lihat sebentar link yang saya bagi di bawwah.....



Terpulang daripada anda untuk berfikir......Cuma, ada baiknya kita hidup, biarlah "JAGA DIRI" dan mengekalkan apa yang patut kita lakukan untuk hidup ini...Ok...Selamat berkongsi...

Saturday, December 15, 2012

"Filem Istanbul Aku Datang Memang Best"

Hari ini, awan mendung menemani selangkah demi selangkah yang ku atur perlahan untuk meneruskan kehidupan biasa di kampung kelahiran ku. Selepas dapat menonton Filem Istanbul Aku Datang, setelah hampir sebulan sudah ianya ditayangkan, kesempatan beginilah yang aku guna untuk bersendiri dan memahami apa yang sedang ditumpahkan oleh pengarah ataupun pencipta sesebuah filem di dalam filem mereka ini. Urm, inipun aku baru dapat "download". Setelah meneliti dan memahami, aku suka filem sebegini.Ianya tidak terlalu berat dan tidak memberatkan emosi penonton untuk merasai apa yang sedang berlaku dilayar itu.Pendek kata, "ok la"...hahaha.


Lebih-lebih lagi, watak utama telah dipegang oleh Lisa Surihani, antara pelakon kegemaran ku. Senang jak air mata ku jatuh bila masuk ke babak Lisa Surihani mengetahui yang Azad(Tomok) menipunya sedangkan masa itu, dia yang beriya-iya mahu menjelaskan apa yang terjadi dan menjadi salah faham kepada Azad (Tomok). Well, cerita ni membuatkan aku berasa bahawa, kebenaran tu, selalu akan hadir di saat-saat yang tepat..hehe..cerita ni,walaupun cerita yang memaparkan nilai-nilai cinta antara seorang gadis kepada seorang pemuda, namun ianya agak berlainan dan ianya aku anggap cerita yang berjaya.huhu..

                   

Inilah wajah-wajah penting yang terdapat di dalam filem ini..Aku rasa, semua orang Malaysia kenal mereka ini..huhuhu...So, aku berharap sangat filem Malaysia berjaya bukan sahaja di mata peminat tetapi di dalam hati sekali..Lagi Baik!!!Entry aku kali ini mungkin agak membosankan kerana aku bercerita tentang filem yang sudah ramai meminatinya..Tapi,aku tak kisah..hehehe..Ok..Bubye..
P/S: Kepada sesiapa yang belom melihatnya, silalah menontonnya secepat mungkin..kerana ianya best!


Sunday, November 25, 2012

Lama benar rasanya tidak melihat blog sendiri. Sehingga diri sendiri terasa kebosanan menatap blog yang langsung tiada cerita baru ini. Almaklumlah, aku sendiri tidak punya masa yang panjang untuk meneliti, dan bercerita di dalam ruangan sendiri. Alhamdulillah, 'appointment' diri sendiri kian menghampiri penghujungnya dan sekarang ini tiba masa aku mengambil rehat yang agak lama. Sekarang ini, aku ingin berkongsikan tentang hari aku dirai-kan dan hari aku mendapat status "Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Kreatif".

(Sebelum Aku Masuk Ke Dalam Dewan Canselori)
Masa ni, aku memang gementar..Rasa mahu 'terkencing' saja setiap masa.huhu.Tapi, aku faham,semua orang akan mengalami bersama ku. Anis (My Bestfriend), sempat mahu aku bergambar..Masa ni, yang tergantung di kepala tu masih sebelah kiri (tandanya belom lagi graduat)..


(Selepas aku menerima Skrol Ijazah)
Masa ni pulak, sebaik jak aku keluar dari pintu, aku terus mencari dimana keluarga ku yang datang sedang menunggu. Dari kejauhan aku lihat jak mereka, aku pun p la salam durang. Honestly, aku terharu sangat bila aku nampak, bapa ku mahu menangis dan saat itu sempat kawan baik ku rakamkan.Ha..kalau diamati,memang gambar ni, nampak sangat bapak ku mau nangis..hehehehe.....Thanks To Allah..Engkau sahaja yang mengetahui perasaan ku ketika itu...


My Bestfriend, Penasihat, Guru, & Pembebel saya..( Hehehehe)
Dia ni yang selalu saya susahkan semenjak kenal dia melalui seorang kawan dan kami mulai rapat. Susah senang kami kongsi bersama 5 yang lain..Tapi, saya agak kecewa dan malu, ada yang langsung tidak mengenang dia..Tapi xpa, dengan kejayaan saya pada hari ini, itu baru permulaan katanya..(Dia tidak jemu mengingatkan saya)
Terima Kasih Anis!


Bersama Kawan Satu Kos ( Zairul Azurin)

Okeh, yang ni pulak, antara kawan lelaki yang satu kos aku rapat. Yang lain, tak ku jumpa pada hari konvo ni.. ( Budi, Husni, Yap, Jef, & yang lain ) masing-masing sibuk dengan keluarga masing-masing.. Dia ni pun kebetulan terjumpa..Dia kalau mau cita, memang aku tak cukup cerita.Banyak yang aku buat dia kecik hati..hahaha..kami pernah gaduh besar sebab masing-masing 'stress' dengan projek sekolah yang mau disiapkan...Aku ingat lagi tu! Hahaha...Minta Maaf la dengan ko Zairul...Jauh dah dia balik Kelantan..Bubye....


My Lovely Friend (Sayang Kamu)
All the Best untuk diorang berdua ni..Banyak suda yang kita kongsi sama-sama...Hanya pelu simpan dan ingat sahaja kan? Apapun, diorang berdua ni yang memperlihatkan bahawa dorang menerima kekurangan ku seadanya..Tidak mudah meleting bila aku buat salah dan 'always' memaafkan aku kalau aku terbuat silap..Yang paling best, langsung tidak menghukum orang yang sensitif macam aku...Thanks Siti, Sahara!
(Thanks Allah)
Akhirnya, aku merasa untuk meraihkan apa yang sedikit aku usahakan di dalam hidup...Meskipun akan menjadi kertas, apabila dilakarkan ilmu di atasnya, aku mampu diguna oleh sesiapapun...Tetapi, aku masih ingat pesan seorang guru bagi ku, "Jangan Kau Sombong, Jangan Kau Bongkak. Dengan nadanya ketika itu, aku masih mengingatinya.. Terima Kasih Cikgu "DON"..Ketika itu, kurang ku fahami maksudnya, In Shaa Allah, ia sangat berguna bila ku semakin memahaminya...
      


                              

Tuesday, July 3, 2012

Mata Hati Siapa Yang Terluka


Hati kalau mahu dibuka dan ditayangkan?Ya Allah,sangat banyak kikisan penderitaan.Penderitaan yang Allah turunkan namun meninggalkan kesan yang mendalam tersentuh tetapi oleh orang-orang yang sangat tidak layak.!Siapa mereka yang layak menyakitkan hati?Mak yang melahirkan? Mak ku pun aku ndak jumpa ..malah ndak sempat jumpa!Tapi siapa dorang yang layak menyakitkan hati ku sampai aku menjadi seorang pendendam? Mahu kah dorang aku bisikkan di telinga dorang,yang aku sangat bencikan dorang?Dalam banyak-banyak manusia yang ada di dunia ni,tapi aku pilih dorang yang menjadi kebencian..Astagfirullah!!
Aku memang sedang belajar sabar.Tetapi,ujian sabar ini sangatlah payah.Kerana?Adanya orang yang tidak pernah puas untuk tengok hidup orang lain senang.Kenapa?Ndak puaskah lagi dorang dengan apa yang dorang ada melebihi anak-anak kurang berada seperti aku?Please K!Tuhan bagi pinjam saja semua itu.Kalau Tuhan mahu menarik balik,sesaat saja..Sekelip mata...
*Credit urself...."Jangan Sakitkan Hati Orang"
Jangan orang memandang kamu sebagai seorang yang menggunakan topeng dan menopengkan hati sendiri demi kepentingan..Slap U Face!

Monday, July 2, 2012

Tanda Lelaki Dah Mula Berubah Hati



Lelaki Berubah?

Kata orang tua-tua, egonya lagi tinggi daripada gunung.Hahaaha..boleh-bolehnya..

Urm, belajar daripada pengalaman.itulah yang terbaik hadiah daripada diri sendiri.orang lain tidak mengetahui pun apa yang kita inginkan,baik untuk diri sendiri apatah lagi untuk orang lain. Jadi,kita punya diri,kita yang tahu dan Allah sudah merancang sesuatu untuk kita. Yang penting, tidak lupa dengan siapa yang telah menciptakan kita.
.ALLAHUAKBAR!!!
Entry kali ni, mau kongsi sedikit,secubit,pengetahuan yang diketahui dan dirasai yang boleh dikongsi kepada anda semua.Tetapi,kesilapan rasa dan kekurangan logik, saya serahkan kepada anda semua untuk memikirkannya..Terbuka~hehe..Ada beberapa perkara yang menjadi tanda lelaki ataupun orang yang kita "Care" berubah hati ataupun mungkin berubah hati..Yang was-was itu memang akan ada,tapi jangan biarkan ianya menjadi lama..Sebab hidup kita belum tentu panjang..Okeh!dibawah adalah beberapa perkara yang berkaitan seperti yang dikatakan di atas.

  • Dulu, senang saja mau wish Gud Monink, tapi sekarang, lupa dan sibuk..eh?dulu bole saja?tak sampai seminit pun...
  • Sekarang fb sudah tidak aktif,twitter plak..kali la yah...(tgklah lelaki yang 'care' dgn anda).
  • Handpone tinggal di rumah..Kita punya mesej,jangan-jangan 2 hari baru baca.Kalau dulu,suruh buang longkang dah handpone kita sebab lambat jawab.Sekarang kita suru dia yang buang longkang..
  • Dulu cerita pasal penat dan kerja..Sekarang bila tanya,dia jawab tidak tahu,malas mahu fikir..Kalau tanya lebih-lebih nanti digelar penyibuk pulak..Sandi!
  • Dulu kalau mak dia masak,tanya kita,pandai masak ka tak..Kita malu-malu jawab on the way belajar..hikhik..Dia cakap ndak apa..Sekarang lau cakap kita tak pandai masak lagi,dia cakap..Susahlah kalau begini..nanti kahwin makan megi..lepas tu tettttt..dia berani da cakap mau cari pompuan pandai masaklah..huh?
  • Dulu kalau kita tanya ada perempuan minat kah dengan dia,dia cakap "kamu jak satu-satunya di hati"huhuhuhu..sekarang lau korang tanya,dia jawab apa?Kasi madu jak la kamu~toink..toink...
Sedikit perubahan ini membuatkan kita berfikir,itu bosankah atau memang perubahan biasa?Apapun,kehidupan kita mesti dirancang dengan baik meskipun kita tahu Allah yang akan menentukan..Bak kata nenek saya, "Berusaha Saja,Allah tu Ada"..atok saya plak," suda berusaha betul-betul,tawakkal saja" Allah itu Maha mengetahui.. Alhamdulillah...Jangan sia-siakan hidup kita untuk orang-orang yang menjadi pendengki.kerana,balasan itu hanya Allah yang layak....
Okeh! suda banyak mencarut,apapun,ini perkongsian yang santai-santai sahaja.Jangan ada yang menyifatkannya sebagai benar,betul-betul benar...Kita ambil yang jernih,buang yang keruh.

Friday, June 8, 2012



-Pengemis Muda-
_Aku Kecik Di Dunianya_
Selalu kita lihat pengemis berjalan-jalan mencari hasil daripada belas kasihan orang ramai.     Tetapi, bukan semudah itu sahaja. Kalau berjumpa dengan orang yang luur, maka duit yang   diberikan menjadi lah rezeki mereka. Tetapi, kalau berjumpa dengan orang yang suka mencaci lebih-lebih, macam-macamlah rezeki kalau begitu. Kadang-kadang, kalau kita berjalan, terutamanya di tempat-tempat makan, mesti ada pengemis. Yang membuatkan aku hairan, bukan sekadar ibu bapa, malah anak yang baru menjengah dunia pun turut hadir. Aku jalan di tepi-tepi laluan jalanraya menuju ke Plaza Alam Sentral, aku sempat melihat pengemis-pengemis muda ini berkeliaran. Di suatu sudut yang lain, emak dorang duduk bersama adik yang masih kecil. Dengan cuaca yang panas, pengemis muda ini berusaha meminta dengan orang yang lalu-lalang. Mungkin dahaga dan mungkin ingin mengisi perut yang lapar. Jauh disudut hatiku, aku bersyukur dilahirkan di dalam keluarga yang cukup bahagia walaupun aku tidak merasa belaian seorang ibu daripada kecil. Pengemis muda ini akan memungut apa sahaja yang mereka nampak. Makanan yang dibuang, pakaian yang dibuang, permainan budak-budak yang dibuang. Bagaimana agaknya rumah mereka? Ada sesetengah pihak mengatakan dengan aku, rumah mereka jauh lebih mewah daripada kita..Macamana? Mereka sanggup berlapar? Sanggup berpakaian compang-comping? Tetapi rumah tersergam mewah? Kenapa tidak duduk sahaja berdingin? Makan KFC? Makan McdonalD? Aku terfikir, mengapa begitu mahu merendahkan martabat diri kalau sudah berharta? Sudah kaya? Apa tidak mempunyai rasa malu? Huh, keluhan berat untuk pengemis-pengemis muda. Mereka tidak mahu maju dengan pendidikan jika mereka benar-benar mampu? Mengapa mahu meniarap di sampah dan tidak mahu duduk di bangku sekolah? Apakah status mereka daripada negara luar tidak layak? Mungkinlah kan...Kehidupan ini bila difikir, macam-macam yang kita mampu nampak, tetapi belum tahu merasa nya. Seperti dalam filem KL Gangster, ada satu babak, Edy Putera memasukkan duit ke dalam poket kanak-kanak yang tidur di tepi-tepi kaki lima. Gangster pun punya hati dan perasaan. Luluh hati tengok pengemis muda ini berkeliaran tanpa menghiraukan kehidupan yang panjang. Buntu....Allah sahaja yang Maha Mengetahui.....Allahualam.










Monday, May 21, 2012

_Setelah 5 Tahun, Akhirnya Kami Berjumpa_

Ku katakan dengan Indah, hati ku Gumbira.
haha..kali ni aku mau kongsi entri tentang seorang sahabat yang menjadik adik kepada ku. Yalah..tapi lau Cu Oll mau tau, sudah 5 tahun aku ndak bertemu, bersemuka, bercerita dengan dia. Kenapa? Kami terpisah after PLKN yang menjadi tempat  kami bertemu pada mulanya. Kami ada 3 orang, yang sangat rapat gila-gila. Aku (Sys), Baya (Kurus) n dia ni LehaQ. Aku dengan Baya dah anggap dia AdeQ. Kemesraan kami tak dapat dibayangkan lah tyme PLKN. Walaupun p kawad, kalu satu dah lambat, yang dua lagi buat tak tau jak…Ketua da teriak2 bagai mau keluar anak tekak, kami 3 senyum2 saja. Bab nangis2 ni, ndak payah ceritalah. Baya selalu jadi ratu.haha..Lau cool ni, C Adeq ni la pemenangnya.Aku? hahaha..aku sayang dorang. Aku terpisah ‘dorm’ dengan dorang, tapi aktiviti kami tetap berjalan bersama-sama. Selalu pakat pakai baju kaler sama.Huh, rindu aku kenangan yang ndak dapat diulang semula. Harap dorang ndaklah lupa dengan aku one day nanti. Dorang ni suka teriak2 aku tyme mau p mana-mana dalam kem dulu.alaaa..dorm sebelah jak tapi suara dorang dua mcm ak jauh 2 kilometer.haha..and, yang buat aku gembira sekarang ni, setelah 5 tahun, aku dapat jumpa semula c Adeq (Lehaq) ni. Rasa nak menitis jak bha air mata. Tengok dia kurus daripada 5 tahun lalu. Penat sangat mikir undang-undang tu ka Deq? Tu pun, dia ble cakap lagi yang dia gemok..Pandai jugak dia cakap balik, “tak cukup kurus ka lagi”..haha..Kesingkatan masa tu buatkan aku happy walaupun sebentar. Aku busy sampai aku tak hantar dia kuar mau balik kediaman. Tuhan hantar aku ikut p program teater di UKM tu sebab tau,yang kami akan jumpa.Thank You Allah.. Tapi aku ni memang dasar pelupa..Rupanya aku ndak bagitau dia yang aku ada di sekitarnya semenjak Februari g. Adoh..Bukan lupa Deq, bingung bha sys mu ni.hahaApapun, dapat nengok dia, rasa kembali kegembiraan 5 tahun lalu. So, dia sempat take pic kami bersama. Lau tgk profil fb dia, dia letak gambar tu.haha..Thanks AdeQ. Ada rezeki, aku mahu jak kumpul ramai2 dengan Baya atau dengan member2 lain.Tapi, aku ndak dapat upload gambar Baya di sini.In shaa Allah...nanti ada, aku tambah untuk entri kami bertiga sekali.


Wednesday, May 16, 2012




     Inilah yang dikatakan ‘Catatan Ku’

Aku mau kongsi cerita kali ini pasal ‘KENTRONG’. Penah dengar kah?Bha, aku mau cerita serba-sedikit yang aku tahu la ya. Kentrong ni merupakan alat muzik tradisional kaum Jawa yang berada disekitar Klang, Selangor. Oleh kerana aku bingung mau pilih mini projek tuk Latihan Ilmiah ni, aku pun amik keputusan tuk kaji Kesenian Kentrong ni di bawah Program Perantisan oleh Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Selangor..Aku bagitaulah dulu,program ni bertujuan untuk mencari perantis a.k.a pelapis baru untuk bidang kesenian ni..Bagus ba kan JKKN ni, buat program yang membina dan menyelamatkan ‘khazanah’ berharga. Kentrong ni ala-ala kompang pun ada, rebana pun ada.Tapi ianya dipanggil Kentrong ataupun Jawanya, Kentrongan. Sejarah awal yang memperkatakan muzik ini telah dibawa oleh pedagang dan penghijrahan imigran yang berasal dari Indonesia iaitu dari Jawa Tengah. Muzik Kenterong ini telah muncul seawal tahun 1901. Perkataan Kenterong itu sendiri merujuk kepada tempat asal irama muzik itu mula diperkenalkan iaitu di Daerah Kendal di Jawa Tengah. Perkataan ‘KEN’  merujuk kepada Kendal dan ‘TRONG’  merujuk kepada ketuk tong, maka diringkaskan menjadi Kentrong. 
            Sinonim dengan masyarakat Melayu berketurunan Jawa, muzik ini banyak memainkan lagu-lagu tradisi yang bait-bait liriknya ditulis dalam Bahasa Jawi dan bertulisan Jawi yang agak sukar difahami oleh generasi muda pada masa kini. Menurut Tuan Haji Anuar Bin Haji Rais, generasi ketiga Kumpulan ini, lagu-lagu yang berpandukan kepada kitab Berzanji banyak mempengaruhi muzik tradisional ini. Kumpulan Kenterong Seni Warisan dari Kampung Meru Barat, Klang Selangor merupakan kumpulan muzik tradisional Kenterong ini yang masih lagi bergiat aktif. Kumpulan ini akan membuat persembahan sama ada dalam majlis perkahwinan ataupun majlis-majlis yang menjemput mereka untuk mengadakan persembahan. Kumpulan ini juga menerima jemputan mengadakan persembahan di dalam seminar-seminar di sekitar Lembah Klang dan dari luar negeri Selangor ini sendiri. Pencapaian kumpulan ini sangat besar untuk memperkenalkan seni muzik tradisional ini. Kumpulan ini dianggotai oleh lebih kurang 12 orang ahli yang telah berdaftar. Jika diteleti melalui usia-usia mereka yang menjadi ahli, di antara 35 tahun sehingga 70 tahun, ahli kumpulan ini meletakkan kebimbangan tiada perantis baharu. Kumpulan yang diketuai oleh Tuan Haji Anuar Bin Haji Rais merupakan generasi ketiga yang mewarisi kesenian muzik tradisional ini dengan penglibatan anaknya sebagai waris generasi yang keempat iaitu Encik Zamri Bin Anuar.
            Kenterong mempunyai 6 buah peralatan gendang yang terdiri daripada Jidor, Kempor, Gendang, Kempol, Kempeleng, dan Ecek-ecek. Alat muzik Kenterong ini mempunyai pelbagai saiz dan setiap satunya mempunyai pelbagai bunyi yang berlainan. Kesemua alat muzik ini berasaskan genjdang dan tiada satu pun alat muzik ini yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Selain itu, terdapat juga tambahan alat muzik iaitu Tamborin untuk menambahkan lagi keceriaan di dalam persembahan. Dalang ataupun lebih dikenali sebagai Ketua Kenterong akan mendendangkan lagu mengikut rentak yang berbeza-beza seperti irama Jawa Asli, Langgam, Masri, Nasyid dan sebagainya. Lagu-lagu moden juga terselit di dalam persembahan dan mengalami pembaharuan dari segi persembahan jika diminta oleh pihak yang berkenaan. Sejajar dengan itu, muzik ini memerlukan satu anjakan paradigma bagi menepati citarasa masyarakat kini sekaligus membuatkan bidang muzik lama ini tidak dilupakan seperti “Angin yang berlalu”, rasa sejuknya tapi dinikmati sekejap sahaja.

Sebenarnya banyak lagi maklumat yang aku mahu masukkan tapi rasanya semua tu nanti u oll boleh tengok bila aku da siapkan Power Point nya..hehehehe..sekarang ni banyak lagi kerja yang aku tangguhkan. Sebelum tu, aku mau kamu tengok gambar yang diatas tu. Semuanya generasi tua-tua.Jadi, kepada remaja-remaja diluar sana, ada kebaikannya mewarisi kesenian begini. Apa pun, semuanya mesti siap b4 Julai..Aku ndak sabar da mahu balik Sabah...hahahahaha..




                                               




                                                                      



_Merantau Buat Aku Terasa Sangat Diduga_
By: Nadia Othman



Tuesday, May 15, 2012

HandPhone Rusak!!!!!


Ya Allah….Besarnya dugaan yang mendatang. Benar dan sungguh-sungguh benar, benda yang kita biasa buat, akan jadi sesuatu yang hilang dan ibarat kita punya langkah tak stabil.Mau dipendekkan cerita, aku punya satu ‘handphone’ a.k.a telefon bimbit kesayangan dan aku percaya semua orang pun memiliki satu benda kesayangan..Selain anak patung Brownie dan Junior, handphone ni salah satu benda kesayangan ku lah..Walaupun hp ni dah berkhidmat lama dengan aku, keserasian tu terasa. Bila dia buat hal,macam skrin tiba-tiba putih dan tak mahu sudah hidup, aku betul rasa sedihlah..yalah,dala jauh daripada keluarga,kalo hp ku buat hal,maka akan terputuslah sementara hubungan ku komunikasi ku bersama nenek ku d kampung, family ku, dan kawan-kawan yang selalu kontek-kontek dengan aku. Apalagi si..tuuuu..hahahaha..faham-faham sajalah..3 hari aku tanpa hp ditangan, tidur malam ku terus jadi sangat awal..bangun pagi ku tiada bunyi jam loceng dah..selama dia bersama ku, walaupun ku tinggal-tinggalkan(kalo ada urusanlah), sekarang dia dah ndak mahu hidup,mencari sangat.hahahaha...Akhirnya,aku terpaksa berdiam dan merindui hp itu. Mungkin nanti dia dapat diperbaiki ataupun, dia mempunyai madu dan dia terpaksa bersara..So,korang jagalah hp korang baik2 ya..Cerita ni sekadar mahu memberitahu anda semua “JANGAN BANTING HP ANDA BILA ANDA MARAH”...Sila bagi kepada saya..kan lebih baik..hahahahaha..Peace No War>>>

Sunday, March 4, 2012

Skrip Oh Skrip

hahahahaha....
Aku suka ketawa..tapi ketawa berpada-pada lah ya kawan-kawan.
Urggggghh..ndak sedar jam 2 am lebih sudah. Toningt, aku dengan kawan-kawan mahu menyiapkan skrip tuk Encik Na'im.Ni la keja kami yang aku senangi, berjaga lewat malam sebab mau ambil suasana santai...kan..kan...
 
Habis jak skrip oh skrip, aku pun duduk sendiri-sendiri..tIme2 gini, rindu zaman kuliah. Datang lambat, terlari-lari...terinjut-injut..terhampus-hampus..hahahaha..sambil hati pun berlagu riang.Wah..rupanya zaman tu semakin hari semakin menjadi kenangan. Indahnya, aku pulak suda semakin meningkat usia dek hari demi hari yang mendatang. Kalaulah kehidupan boleh diceritakan semudah skrip oh skrip, terlalu banyak yang ingin aku tuliskan untuk dipentaskan.

..aw..aw..jangan jugak telampau kalau sampai semua..penonton jadi tegar sebab kebosanan
hahahahaha.

Tapi pengajaran yang aku ingin kongsikan malam ni, sebenarnya,setiap masa yang kita lalui, kita sedang mempelajari sesuatu yang baru. Cuma, kita sedar dan tidak sedar saja.hahahaha..macamana tu yah? urmmmm..aku pun kurang faham sebab ianya pandai datang-datang sendiri..Macam idea mau tulis skrip....kadang ada, kadang ndakda. Apapun, hargai masa yang ada..

Monday, February 27, 2012

_Oh Enam Bulan!!

SELAMAT DATANG KE TEMPAT BARU DENGAN JIWA BARU


Aiseseh…baru ada masa meng ‘Update’ ni blog. Ndak kemana, disini juga. Cuma, masa yang ndak mengizinkan. Kesibukan berpraktikal membuatkan aku lupa seketika. Untuk meluangkan masa dengan blog aku sendiri. Aku ditempat baru..dikampung halaman orang lain.Tetapi dalam hati tetap merindukan tanah air tercinta. Namun ujian selama 6 bulan membuatkan aku perlu sedar yang aku mesti berhadapan dengan cabaran kecil yang membawa kejayaan besar satu hari nanti. Amin Ya Allah..

Mau dipendekkan cerita, aku dengan kawan-kawan menjejakkan kaki ke sini pada 4 Februari. Disambut dengan beberapa orang saudara, hahahaha (tumpang saudara orang). Kami sampai tepat 11 malam sebab kapal yang mau terbang itu buat hal time d KK plak..

Perasaan ku, ndak dapat aku gambarkan betapa sedihnya (menangis dalam hati) sebab rindukan
nenek yang kini jauh melebihi 2 Marhala daripada aku. Menjejakkan kaki ke rumah sewa, menahan mata yang sudah berat sangat minta ditutup. Waktu malam begitu singkat ku rasakan. Cepatnya pagi.hahaha..Hidup berdikari!! itulah pesan nenek…Jangan lupa diri!! pesan atok…Jangan lupa makan!!!pesan bapa..Takda duit bagitau kami!!Kata ibu…
huhu…

Now..aku menjalankan hari-hari yang macam-macam aku tengok ditempat baru..Kata pelawak no 1 Malaysia, “Macam-macam ada”..

_Aku kecik DiduniaNya_

Sunday, February 12, 2012

KEYAKINAN HATI

Aku hanyalah orang biasa
Punya perasaan yang lemah
Menghadapi pahit hidupku
Seperti puing yang berserakan
Batu berdiri kokoh
Seperti batu karang
Badai datang takkan menggoyahkan
Karena Kau besertaku (besertaku)
Ya Tuhan tolonglah aku
Ampunilah aku
Ya Tuhan tolonglah aku
Kuatkanlah aku
Biar semua menghancurkan aku
Tapi aku tak akan takut
Biar semua membenci diriku
Tapi Engkau ‘kan memihakku
Biar semua menghancurkan aku
Tapi aku tak akan takut
Biar semua membenci diriku
Tapi Engkau ‘kan memihakku
Nikita Willy Song,
_Keyakinan Hati_

Thursday, November 10, 2011

Sami Yusuf _ You Came To Me


Assalamualaikum semua...
Aku sarankan anda dengar ni lagu....InsyaAllah ada rasa satu ketenangan yang datang...Penyanyi yang bersuara lembut dan syahdu ni takkan korang tak kenal kan? Dialah Sami Yusuf, penyanyi seangkatan dengan Maher Zain....Lagu-lagu Sami Yusuf ni banyak merungkai sesebuah perasaan terhadap kehidupan dan membuatkan kita berfikir sejenak tentang kehidupan.... Ni la salah satu lagu yang menjadi kegemaran ku...Dengarlah..Luangkanlah masa korang untuk dengar sekejap...@_@Y....

Tuesday, November 1, 2011


Berpijak Di Dunia Nyata

Selalunya kita memerlukan tempat untuk berpaut kukuh bagai daun dengan tangkainya,
begitu juga ku harap dalam kehidupan ini.
Kisah kanak-kanak yang terlalu bahagia ingin aku kecapi di zaman remaja ku. Tapi aku akui semuanya tidak mungkin berulang macam yang kita impikan. Tuhan itu Maha Mengetahui..sekalipun sekecil kuman rasa di hati. Aku punya impian yang sangat besar. Walaupun aku bukan hidup di dalam kesenangan, aku pernah merasa apa itu bahagia. Sangat bahagia. Susah mahu aku gambarkan tersenyum sendiri bila mengenangkan. 

Sumpah aku tak pernah lupa senyum insan yang aku sayang..Aku tidak pernah merungut selepas aku tahu bahawa murninya hati orang yang patut aku sayang.




Aku pernah melihat dunia ini sedang melalui manusia di dalamnya dengan pelbagai ragam. 
Dunia oh Dunia. Engkau tidak merungut sekelumit pun dengan pelbagai ragam manusia yang sedang ko kandung. Ahh…hebatnya perasaan itu ketika aku diberi rasa ingin melaluinya.
Satu hari aku mencuba untuk tidur semahu-mahunya..aku fikir mungkin dunia tidak menemani ku selepas aku buka mata. 

Uh…aku terlalu mencabar dunia..aku pernah berjalan di khalayak ramai dengan memakai sebelah saja selipar. Beberapa saat kemudian, orang yang melalui ku, melihat dan mempamerkan muka hairan kerana aku berpakaian lengkap tetapi tidak memakai selipar pada sebelah kaki ku. 
Manusia memandang aku gila mungkin. Manusia, manusia, 

cis,aku pun manusia juga.haha…ntahlah, dalam hati setiap orang, 
tiada siapa yang dapat faham..susah…
Kita kembali kepada Yang Satu itu>
aku kecik,di dunia ciptaanNya..