Friday, March 22, 2013
Kesedaran Dalam Keseparuhan AKU
Assalamualaikum Semua...
Hai,
Hari ni aku mengubah sedikit rutin yang biasa aku jalani di Kampung Baru Ampang ni. Haha
Mungkin semangat mahu pulang ke Sabah sudah berkobar-kobar..Jadi, aku mengambil keputusan untuk mencari apa yang ingin dicari, melihat apa yang ingin dilihat dan berjalan ke tempat yang mempunyai kenangan pada sedikit masa lalu. Pagi ni aku bangun dan bersiap-siap mahu meneruskan hajat seperti yang aku dambakan semalam. Bermula dengan langkah kanan, aku membaca "Bismillah" dan tidak lupa untuk mengunci pintu rumah.hahahaha
Sambil berjalan kaki sedikit (dalam 200 meter) untuk keluar dari kawasan perumahan guru, aku sambil berfikir mahu ke mana terlebih dahulu. ke situ atau ke sinun? sambil berjalan, aku pun menoleh ke kiri dan ke kanan (mahu melintas)...haha, kereta di sini ndak macam di Sabah. Di sini lorong kecil pun, manusianya masih bernafsu lagi bawa laju-laju..Kadang-kadang aku jadi sangat penakut melintas sebab arah kereta dari mana-mana jak. Baru yang paling aku perasan di sini, sikit-sikit bunyikan hon.baru kalau ndak lama ndakpa, ni mau pecah telinga, mau gugur jantung baru berenti. Walhal kalau di fikir, bunyi sekali pun cukup suda. manusia..manusia..ada kereta pun jadi macam begitu.
Ndak tau la aku kalau ada kepal terbang.(bayangkanlah sendiri)..
Ok..ok.. aku pun sampai di stesen bas.Fikir punya fikir aku pun ambil keputusan untuk ke Masjid Jamek (tempat aku dan kawan2 praktikal dulu selalu pigi) dulu.Oleh kerana hampir tengahari, dan aku lihat jalanraya mulai sesak,aku pun turun di stesen LRT untuk meneruskan hajat.Sampai jak aku di LRT, aku tarik nafas lega sebab ndak payah berebut-rebut, aku pun masuk dan duduk dengan aman. Alhamdulillah ucap ku. Ndak sampai 2 minit, LRT pun bertolak dan aku perasan seorang budak perempuan memandang ke arah ku..Aku tengok sekeliling diri sendiri kalau ada yang ndak kenak..Ya, memang ada yang ngam antara kami.
Baju kami sama.hahahahahahaha...
Senyum-senyum jak ak sama dia.Dia buat mukak biasa dan pandang ke arah lain.haha..boleh jugak jumpa masa-masa begini..
Aku ter"matching" di dalam LRT.
Sedikit kesedaran, aku ndak mau buang masa duduk d LRT. Aku pun buka buku yg aku bawa kemudian baca. Kenapa plak, aku baru perasan ada satu sudut lawak dalam buku tu, cakap pasal ketinggalan dompet.bla..bla..bla...aku pun ketawa la.Semua orang tengok aku.aku rasa bukan sebab ak ketawa.tapi bahasa yang aku tuturkan kali membuatkan dorang sedar yang aku berasal dari Sabah.hahahaha..secara ndak langsung, aku memperkenalkan aku berasal dari mana..bla..bla..bla...
Sampai di tempat yang aku tuju, jauh disudut hati rindu dengan karenah "berlima".apakan daya kini sudah tinggal "bertiga". Macam suasana memahami perasaan ketika itu..Angin bertiup sepoi-sepoi sajaaaa, redup dan kepanasan langsung ndak terasa, macam mau menangis pun ada..Assesesesesese..aku pun ndak menyangka begini jadinya..Bila lima rasa sudah terbiasa, tinggal bertiga, lain rasanya..Dimana silapnya..
Kawan-kawan yang pernah jadi berlima(kalaulah kamu baca apa yang aku tulis ni) percayalah..saat ni aku ndak teringin pun semua jadi begini. Aku sedia memohon maaf atas kekurangan dan memaafkan jika ada yang berasa kurang!!Aduh, rasa itu datang lagi (rasa yang sudah lama aku tinggalkan)...off...!!!!!
Langkah- Demi- Langkah, aku mula mencari apa yang perlu. aku terpandang seorang lelaki tua yang berjual tisu dan matanya buta.Di sebelahnya, seorang wanita tua..JUGA BUTA!! Ya Allah, aku yang celik ni pun masih merasa susah untuk melintas jalan dan lari dari kesesakan jalan, apa kan lagi mereka yang sedia buta dan semamngnya tidak melihat bagaimana kesesakan yang ada di hadapan mereka.Tapi???Nampak lebih tenangnya mereka..Allah itu Maha Adil...Subhanallah.....
Bla..bla..bla...aku berjalan setengah daripada waktu ku, kini mula timbul kesedaran yang sedikit namun masih boleh dibuat sebagai permulaan...Persoalan ku, adakah aku masih di takuk lama atau baru mahu berubah atau sudah dalam perubahan? Ya, aku sendiri akan bercerita tentang diri sebagaimana buku terbaru daripada penulis terkenal Ramlee Awang Mursyid "AKU BERCERITA" yang semakin hangat di pasaran. Penulis dengan aura tintanya ini bakal membongkar suatu rahsia tentang dirinya..SINOPSIS la tulis macam begitu....haha..apapun, sesiapa yang berminat, bolehlah membacanya dan aku pun belum lagi meneroka hasil kali ini pencerita tersebut. Baru ku belek belakang novelnya dan ku baca sinopsisnya..Masih awal untuk ku tafsir apa yang mahu disampaikannya.
Maka, aku pun terfikir mahu mencatat tinta sedikit waktu, sebatas waktu ini kerana di kala masa ini aku tidak tahu mahu berbuat apa, maka aku lawati blog ini. Jadinya, aku pun meng "UPDATE" tajuk kali ini....
*KESEDARAN DALAM KESEPARUHAN AKU*
_Fikir selagi boleh fikir (ndak dilarang)
_Fikir yang baik-baik saja (mendatangkan penyakit kalau fikir yang ndak baik)
_Komen jika mahu komen (tandanya kamu sangat prihatin)
_Ambil iktibar jika kamu merasai ada yang patut_
Thanks to diri sendiri yang mahu menyedarkan diri sendiri..Walaupun separuh, yang hilang lagi separuh tu, akan datang pada kemudian waktu!!!..
Assalamualaikum Semua dan Selamat Beramal...
Hai,
Hari ni aku mengubah sedikit rutin yang biasa aku jalani di Kampung Baru Ampang ni. Haha
Mungkin semangat mahu pulang ke Sabah sudah berkobar-kobar..Jadi, aku mengambil keputusan untuk mencari apa yang ingin dicari, melihat apa yang ingin dilihat dan berjalan ke tempat yang mempunyai kenangan pada sedikit masa lalu. Pagi ni aku bangun dan bersiap-siap mahu meneruskan hajat seperti yang aku dambakan semalam. Bermula dengan langkah kanan, aku membaca "Bismillah" dan tidak lupa untuk mengunci pintu rumah.hahahaha
Sambil berjalan kaki sedikit (dalam 200 meter) untuk keluar dari kawasan perumahan guru, aku sambil berfikir mahu ke mana terlebih dahulu. ke situ atau ke sinun? sambil berjalan, aku pun menoleh ke kiri dan ke kanan (mahu melintas)...haha, kereta di sini ndak macam di Sabah. Di sini lorong kecil pun, manusianya masih bernafsu lagi bawa laju-laju..Kadang-kadang aku jadi sangat penakut melintas sebab arah kereta dari mana-mana jak. Baru yang paling aku perasan di sini, sikit-sikit bunyikan hon.baru kalau ndak lama ndakpa, ni mau pecah telinga, mau gugur jantung baru berenti. Walhal kalau di fikir, bunyi sekali pun cukup suda. manusia..manusia..ada kereta pun jadi macam begitu.
Ndak tau la aku kalau ada kepal terbang.(bayangkanlah sendiri)..
Ok..ok.. aku pun sampai di stesen bas.Fikir punya fikir aku pun ambil keputusan untuk ke Masjid Jamek (tempat aku dan kawan2 praktikal dulu selalu pigi) dulu.Oleh kerana hampir tengahari, dan aku lihat jalanraya mulai sesak,aku pun turun di stesen LRT untuk meneruskan hajat.Sampai jak aku di LRT, aku tarik nafas lega sebab ndak payah berebut-rebut, aku pun masuk dan duduk dengan aman. Alhamdulillah ucap ku. Ndak sampai 2 minit, LRT pun bertolak dan aku perasan seorang budak perempuan memandang ke arah ku..Aku tengok sekeliling diri sendiri kalau ada yang ndak kenak..Ya, memang ada yang ngam antara kami.
Baju kami sama.hahahahahahaha...
Senyum-senyum jak ak sama dia.Dia buat mukak biasa dan pandang ke arah lain.haha..boleh jugak jumpa masa-masa begini..
Aku ter"matching" di dalam LRT.
Sedikit kesedaran, aku ndak mau buang masa duduk d LRT. Aku pun buka buku yg aku bawa kemudian baca. Kenapa plak, aku baru perasan ada satu sudut lawak dalam buku tu, cakap pasal ketinggalan dompet.bla..bla..bla...aku pun ketawa la.Semua orang tengok aku.aku rasa bukan sebab ak ketawa.tapi bahasa yang aku tuturkan kali membuatkan dorang sedar yang aku berasal dari Sabah.hahahaha..secara ndak langsung, aku memperkenalkan aku berasal dari mana..bla..bla..bla...
Sampai di tempat yang aku tuju, jauh disudut hati rindu dengan karenah "berlima".apakan daya kini sudah tinggal "bertiga". Macam suasana memahami perasaan ketika itu..Angin bertiup sepoi-sepoi sajaaaa, redup dan kepanasan langsung ndak terasa, macam mau menangis pun ada..Assesesesesese..aku pun ndak menyangka begini jadinya..Bila lima rasa sudah terbiasa, tinggal bertiga, lain rasanya..Dimana silapnya..
Kawan-kawan yang pernah jadi berlima(kalaulah kamu baca apa yang aku tulis ni) percayalah..saat ni aku ndak teringin pun semua jadi begini. Aku sedia memohon maaf atas kekurangan dan memaafkan jika ada yang berasa kurang!!Aduh, rasa itu datang lagi (rasa yang sudah lama aku tinggalkan)...off...!!!!!
Langkah- Demi- Langkah, aku mula mencari apa yang perlu. aku terpandang seorang lelaki tua yang berjual tisu dan matanya buta.Di sebelahnya, seorang wanita tua..JUGA BUTA!! Ya Allah, aku yang celik ni pun masih merasa susah untuk melintas jalan dan lari dari kesesakan jalan, apa kan lagi mereka yang sedia buta dan semamngnya tidak melihat bagaimana kesesakan yang ada di hadapan mereka.Tapi???Nampak lebih tenangnya mereka..Allah itu Maha Adil...Subhanallah.....
Bla..bla..bla...aku berjalan setengah daripada waktu ku, kini mula timbul kesedaran yang sedikit namun masih boleh dibuat sebagai permulaan...Persoalan ku, adakah aku masih di takuk lama atau baru mahu berubah atau sudah dalam perubahan? Ya, aku sendiri akan bercerita tentang diri sebagaimana buku terbaru daripada penulis terkenal Ramlee Awang Mursyid "AKU BERCERITA" yang semakin hangat di pasaran. Penulis dengan aura tintanya ini bakal membongkar suatu rahsia tentang dirinya..SINOPSIS la tulis macam begitu....haha..apapun, sesiapa yang berminat, bolehlah membacanya dan aku pun belum lagi meneroka hasil kali ini pencerita tersebut. Baru ku belek belakang novelnya dan ku baca sinopsisnya..Masih awal untuk ku tafsir apa yang mahu disampaikannya.
Maka, aku pun terfikir mahu mencatat tinta sedikit waktu, sebatas waktu ini kerana di kala masa ini aku tidak tahu mahu berbuat apa, maka aku lawati blog ini. Jadinya, aku pun meng "UPDATE" tajuk kali ini....
*KESEDARAN DALAM KESEPARUHAN AKU*
_Fikir selagi boleh fikir (ndak dilarang)
_Fikir yang baik-baik saja (mendatangkan penyakit kalau fikir yang ndak baik)
_Komen jika mahu komen (tandanya kamu sangat prihatin)
_Ambil iktibar jika kamu merasai ada yang patut_
Thanks to diri sendiri yang mahu menyedarkan diri sendiri..Walaupun separuh, yang hilang lagi separuh tu, akan datang pada kemudian waktu!!!..
Assalamualaikum Semua dan Selamat Beramal...
Saturday, March 9, 2013
Sayang Cikgu
Sejak
menyandang jawatan tidak rasmi dan tidak disukai ramai, PENGANGGUR macam aku
bukan mudah untuk berfikir secara terbuka. Tiba masanya, aku dan orang-orang
yang senasib aku masuk ke alam sensitif.
Tanpa diduga,
permohonan demi permohonan sudah diusahakan. Bukan tinggal duduk diam dan
membuatkan diri seolah-olah tiada gunanya dalam hidup ini. Cuma,tidak perlu
menghebah-hebahkan hal-hal sebegini kerana tiada siapa pun dapat memahami di
sudut hati ini setelah banyak kali tersentap dengan adegan-adegan manusia yang
tanpa sengaja bersandiwara menghina golongan-golongan penganggur melalui
gaya,tatapan mata dan dialog yang mereka ucapkan. Mereka juga pengolah skrip, mereka
juga susun atur dan mereka juga pelakonnya. 3 dalam 1 dan tidak mustahil lebih
daripada itu. Namun, percayalah ..orang yang seperti aku masih mengharapkan
nasihat kalian semua kerana kalian lebih dahulu makan garam daripada kami…Kawan-kawan hari demi hari mengadu benda yang sama dan aku sendiri memahami apa yang sedang berlaku di dalam hidup kami. Tapi, aku percaya, Allah sedang menyediakan sesuatu yang baik untuk hambaNya.
Aamiin...
Aku mahu berkongsi dengan pembaca,
pengunjung yang melawati laman blog yang agak mengecewakan ini kerana masih
tidak mempunyai auranya tersendiri. Berbalik kepada hal yang aku ingat suku
masa yang berlalu daripada masa-masa ku ini, aku ingin bercerita kepada anda
semua tentang latihan sambilan yang telah aku jalani, itu pun kakak kandung ku
sendiri yang memberi kepercayaannya kepada aku.
haha, teka apakah ia??
Latihan untuk
menyemak buku latihan murid-murid kelasnya dan disamping itu, aku mengambil
kesempatan ini untuk mendekati kerjaya seorang guru.
Guru!Guru!Guru!
Dialah ibu, dialah bapa, dialah nenek, dialah datuk. Dia juga teman, dia juga
bos besar dan dia jugalah wira dan wirawati dalam masyarakat.
Kenapa aku
berkata demikian. Guru, pendidik paling diperlukan dalam kehidupan.Siapa kita
mahu percaya kalau bukan guru yang mampu mengajar erti kesilapan dan membetulkan
diri kita tidak kira di era sekolah rendah, sekolah menengah ataupun yang sudah
berjaya menjejak kaki ke menara gading. Jangan ingat kerjaya seorang guru
sangat senang. Oh, siapa yang berfikiran sedemikian, sila lah rujuk kepada guru
anda semula.
haha
Okeh, berbalik
kepada latihan semut aku, aku pun mula menyemak buku latihan anak murid kakak
aku. Dan satu lagi yang anda perlu tahu, sebelum aku menyemak,kakak aku pun
mula mengajar aku cara semak yang betul. Oh Tuhanku, begitu teliti dan tidak menyenangkan
seperti yang aku bayangkan. Aku semak Bahasa Melayu dalam jumlah 30 buku tetapi
kakak aku menghadap hampir 3 longgokan iaitu hampir 3 kelas yang berlainan
dalam Bahasa Inggeris. Begini, cuba bayangkan, anak murid di dalam satu kelas
sangat ramai.Sesudah itu, pelbagai kaum pula. Mestilah fikiran mereka
berbeza-beza. Masya-Allah…Indahnya jadi cikgu.
Maka, aku pun tertawa apabila
melihat pelbagai jawapan anak murid kakak aku ni. Macam-macam….yang paling aku
ingat adalah begini:
Saya ___________ apabila
mendengar cerita lucu yang diceritakan oleh abang.
a.
ketawa
b.
sedih
c.
sakit
Ada anak murid
kakak aku yang kasi bulat jawapan C.
Cerita lucu
pun dorang jadi sakit bila dengar?
hahahahahahahahahahahahaha (teruskan ketawa jika mampu)
Inilah bah
budak-budak. Akal mereka masih tidak lepas di batas fikiran. Mungkin mereka
masih tidak faham apa itu cerita lucu. Ataupun mereka tidak faham apa itu
sakit.
haha
Dan menjadi
tugas kakak aku la pulak untuk menerangkan keesokan harinya di mana aku mungkin
masih berehat dan mengenang nasib ini semula. Ingat, hormati guru anda. Sekiranya
guru yang telah banyak membantu anda masih berpeluang untuk anda temui,
ucapkanlah terima kasih dan saya sayang cikgu kepadanya kerana kerjaya seorang
guru ini bukan mudah. Orang nampak, cikgu ni balik setengahari dan mempunyai
cuti yang panjang bila tiba masanya. Tetapi,kalau anda menjadi seorang guru,
barulah anda akan faham apa sebenarnya yang menjadi tanggungjawab mereka.
Apa pun,
kepada guru-guru yang pernah mendidik aku, tidak kira di mana anda, masihkah
anda ingat kepada anak murid ini, SAYA SAYANGKAN ANDA DAN TERIMA KASIH UNTUK
DIDIKAN ANDA!
Monday, February 25, 2013
Your Best, Alhamdulillah!
Semenjak beberapa hari ini
perasaan kurang menyebelahi aku.
Apa yang aku maksudkan???
Malam hari aku begitu
santai,tetapi ada sesuatu yang berat aku tengah fikirkan. Aku pun hairan. Perubahan
apakah ini? Perubahan usia? Memang menjadi dewasa akan menanggung rasa-rasa
seperti ini?
Sunyi dan tenang pada luaran
yang membuatkan aku kembali mahu menatap blog yang beberapa hari perlukan
suapan baru. Bukan tiada masa, tapi ada sesuatu yang aku letihkan, yang mana
aku sendiri tidak pasti apakah yang sedang berlaku kepada diri ku?
“Cubaan Allah”…(bisikku kepada
diri sendiri)
Yang mempunyai mata boleh
memandang,
Yang mempunyai kaki boleh
berjalan,
Yang mempunyai mulut boleh
bercakap,
Yang mempunyai telinga boleh
mendengar,
dan
Yang mempunyai hati, boleh ?????
= fikir sendiri apa yang anda
tanggung dan lalui sekarang….
Kemalasan yang selalu datang untuk
mempengaruhi aku untuk menjadi seseorang yang terlalu lalai, harus aku buang
jauh-jauh. Masalahnya, sampai bila? Allah telah bagi aku anggota badan yang
lengkap dan akal fikiran yang sihat, ada benda lain yang aku boleh buat dan
yang pastinya mendatangkan kebaikan kepada aku serta bukan sekadar duduk goyang
kaki ataupun merenung sehingga memakan masa yang lama dan hasilnya aku menutup
mata dengan tiada apapun yang aku perolehi. Begitu sahaja?
Allah belum menemukan aku dengan
rezeki pekerjaan, tetapi Allah sudah memberi aku rezeki kehidupan (sihat,tidak
cacat,boleh makan,boleh minum,boleh bersolat,berzikir,dan apapun semua Allah
telah aturkan)! Allah menguji ku dengan satu perkara iaitu SABAR!
Kembali berfikir secara tenang,
aku mula menggerakkan tinta kaku untuk mereka sedikit catatan…LIRIK LAGU! Ia
bermain di dalam minda ku. Mengapa begitu susah untuk mengeluarkan beberapa
potong ayat tetapi amat mudah menghabiskan masa dengan begitu sahaja.
In Shaa Allah…aku cuba melakukan
sesuatu yang membawa kebaikan kepada diri sendiri walaupun sedikit tetapi lebih
baik daripada membuang masa.
Semoga anda yang mengalami
situasi yang sama seperti aku, mendapat idea !!!
Thursday, February 21, 2013
Khabar Dari Pulau (Versi Nenek Melaporkan)
Hujan
renyai-renyai di luar membuatkan aku terhenti meneruskan niat untuk keluar
mengambil barang yang telah tertinggal. Rugi bha kan suda bayar tapi tidak
memilikinya.(urm..) Aku pun tergerak untuk meneruskan agenda yang seringkali
aku buat, menghadap komputer milikku dan berfikir apa yang patut aku buat.
(Bila
masa betul2 kosong, inilah yang akan terjadi kepada ku)
Setelah
melihat dan membaca beberapa blog yang seringkali aku kunjungi, aku pun ingin
membawa sesuatu yang boleh dilihat di laman blog ku ini pula..(Biasalah
tu,kadang-kadang,mesti dapat inspirasi daripada orang lain dulu).
Berita yang
menggemparkan negeri kelahiranku, Sabah yang telah didatangi oleh 100 orang
askar daripada Filipina dan membuat tuntutan sama Malaysia semakin beransur
pulih. Alhamdulillah la ba kan.Buat apa mau menimbulkan keadaan yang
huru-hara..Nauzubillah...
Sempat
jugak aku bertanya khabar nenek dan atuk ku yang berada di Pulau. Soalan-soalan
yang aku tanya kepada nenek ku,
- Nek, kumpulan mundu tu ndak singgah di Sebatik ka?(Bonus betul soalan ku ni..Berita suda menyampaikan bahawa mereka telah berada di Lahad Datu. Aku p tanya lagi ) Aku sendiri terus bingung sebab mau tau nenek ku cakap apa??? nenek ku cakap macam ni "Ndak jugak dorang(kumpulan pengganas) tu mengacau di Sebatik ni, ndak taula plak kalau nanti" @#$%^&*(@#$#@#????? hahahahaha..aku terpenjara di dalam kebonusan sendiri!
- Aku sempat bertanya nenek ku plak, "pokok jagung, semaian tomato,semaian lada besar dan kacang-kacang yang aku tanam,MENJADI KAH?" Nenek ku dengan sukacitanya memaklumkan kepada ku "Jadi, tapi macam mau mati suda...(Hah???Kepala ku terus berfikir" Apa maksud nenek ku ni?)Aku mengiyakan saja padahal dalam hati langsung ndak faham.Mungkin nenek ku ni buat lawak kali ea..Ini la masalahnya kalau bercakap dalam telefon..
- Aku tanya lagi "Nenek sama Kaik(atok) sudah makan?Makan apa tadi?Nenek masak apalah?(Nenek ku pun menjawab, sudah..makan sup tulang kami..)Wah, ni yang selalu bikin telinga ku jadi besar.Sedapnya lauk mereka...hahaha..TERUS NENEK KU CAKAP LAGI "TAPI NENEK NDAK MASAK>>(aik?)Oh....ni kes jiran sebelah rumah la yang rajin masak dan bagi jiran tetangga ni.hahahaha..
Aku
pun mcam biasalah..Senyum-senyum sendiri kalau sudah dapat bercakap dengan
nenek ku ni.Bukan apa, pesannya selepas
tu,panjang.................................... sampai aku mau kasi tau pun ndak
banyak kredit ni ndak boleh.Terus hp mati sendiri.hahahaha...Siap aku cakap I
miss U nek, bole2 nenek ku jawab U U U Jugak.hahahahahah.....
Apapun, In Shaa Allah, aku sentiasa mendoakan kesihatan mereka, parents dan keluarga ku dipelihara oleh Allah SWT.Amin.....
Apapun, In Shaa Allah, aku sentiasa mendoakan kesihatan mereka, parents dan keluarga ku dipelihara oleh Allah SWT.Amin.....
Thursday, January 31, 2013
Satu Perpindahan Sementara
Hai Semua...
I'm at Ampang sekarang...hehe..kelmarin berada di Pulau Sebatik,tidak menyangka diri ini sudah menjejakkan kaki ke negeri orang dalam masa yang begitu singkat..Hurm..tapi itu bukanlah penting sangat yang aku mau kongsi kepada anda semua..Ternyata inilah yang dinamakan perpindahan sementara. Dalam kejauhan ini, aku rindukan nenek dan atok(kaik) dan keluarga ku yang jauh di Sabah. Sejak habis belajar, aku kadang-kadang punya masa yang sangat santai dan kerja separuh-separuh. Maka dengan itu, masa yang aku luangkan bersama dua insan (kaik dan nenek) membuatkan air mata mahu sahaja gugur. Well, aku datang ke sini menemani kakak ku yang akan berpindah ke kawasan perumahan baru dan tidak menjadi kegembiraan kepada kami apabila dia terpaksa tinggal berseorangan. Apabila dia menyarankan agar aku menemaninya, nenek dan kaik membenarkan.Begitu juga dengan bapa dan ibu. Kasihan dia tinggal sendiri-sendiri. Oleh itulah,aku berada di sini hari ini. Didalam meniti perpindahan sementara ini, banyak yang telah ku bayangi, ku fikirkan dan aku sempat mempunyai waktu untuk merenung segala-galanya bersendirian. Bermula di airport Tawau, after seorang sahabat sudi menghantar ku, walaupun masa ku tidak banyak untuk berkongsi cerita dengannya, namun aku tahu, dia mungkin faham kerisauan dan kebimbangan ku.hahaha...(jangan serius bha topiknya)
Sampai sahaja aku di Sepang, kakak ku juga terkandas di dalam jammed gila-gila dan sangat gila di kawasannya. Tambahan pula, dia baru sahaja selesai 'meeting' di saat-saat aku mahu tiba di Sepang. Cuba kamu bayangkan perasaan ku apabila kakak ku cakap, "N kena ambil bas".Okeh. Mungkin inilah masanya aku training untuk menjadi berani. Memang sebelum ni aku datang sini tapi itu ada yang ambil. Kakak pun mula bagi direction. Good direction dan bla bla bla bla bla....akhirnya aku sampai jugak ke Putrajaya Stesen dan berjumpa dia di sana. Nampak jak dia, aku pun boleh senyum semula.Bayangkan, yang aku bimbang adalah perjalanan yang begitu sunyi dan lenggang membuatkan jantung ku dup dap dup dap... Apapun, satu tunjuk arah ini membuatkan aku simpan ia di dalam kepala otak. Bila tiba masanya aku perlukan, aku sudah boleh berdiri di atas kaki sendiri. Tapi sekarang ini belum boleh lagi. Kerja masih belum dijejaki. Kalau boleh, peluang yang singkat ini aku mahu cari kerja yang biasa sahaja ok la. Yang penting, aku tidak terlalu membebankan kakak ku ni. Kasihan dia.Dia pun sebelum ini merantau jugak.Yang bezanya, dia mempunyai pekerjaan tetap manakala aku pula belum lagi.
Ok la anda semua. Macam selalu, ini perkongsian yang biasa-biasa sahaja.tapi apa yang aku lalui di dalam perpindahan sementara ini sangat luar biasa kerana aku yang merasainya. Okeh semua. Assalamualaikum dan Take Care!....
Wednesday, January 23, 2013
Pantang & Petua Mengelakkan Sihir
Susah pulak mau tidur...Biasanya, masa ni la aku paling senyap dalam rumah.hahaha
Um, selepas melayari beberapa blog-blog lain, aku pun terfikir mau kongsi dengan anda semua yang berkemungkinan pernah mendengar ataupun pernah mengamalkan petua ini. I don't think. ini sesuatu yang bole menyesatkan..Okeh?????
Suda jugak namanya petua, haha..Jangan pulak fikir aku mau mengada-ngada ya..Kalau mahu dipraktikkan,mungkin ndak berdosa, kalau tidak mahu, ya terserah..Masing-masing sudah boleh berfikir untuk diri sendiri..Asalkan, kesudahan yang diharapkan baik dan memberi kebaikan kepada orang lain jugak.Okeh,okeh...Direct jak la p tujuan asal...
Kalau Suku Kami, Banjar...begini kunun petuanya :
- Anak Dara tidak boleh tidur melentang, dikhuatiri sihir yang hendak dihantar orang senang saja masuk ke dalam tubuh.
- Kalau boleh, jangan suka mandi malam..Sihir yang orang sampaikan selalunya turun dalam air rumah kita..(ndak ngam jugak bha,malam baru mandi)
- Jangan suka jemur kain malam hari, takut-takut sihir yang orang kirim melekat di baju yang kita pakai..(nah, kasi bersihlah sama Daia)...
Hahaha..ada lagi beberapa sebenarnya, tapi aku kurang mengingat..Biasanya, otak adalah paling lembab selepas jam 12 malam (Someone pernah ingatkan aku dulu)..Jadik ni la ni ndak seberapa bole 'Refresh'..
Dan petuanya plak mudah sahaja untuk mengelak sihir..Ini dia....
- Sebelum tidur, baca surah Al-Fatihah sebanyak 4 kali (tiap satunya untuk, keluarga,diri sendiri,org yg kita sayang, dan musuh)..Benda ni sebijik pernah dicakapkan oleh pengacara WHI, Teh...
- Sebelum tidur, cuci kaki..dan bukan kaki saja,cuci pusat kita sekali..
- Lebih mujarab lagi, baca ayatul Kursi kerana nescaya kita dilindungi sehingga keesokan harinya selama tempoh daripada mula kita membacanya..(amalkanlah..baik ni)
- Ada jugak yang menyarankan, meletak sapu lidi dibelakang pintu untuk memberi kesan 'balik' kepada penyihir atas hantarannya.(Sekarang jarang guna sapu lidi a.k.a urat daun kelapa ni)
- Dipesan jugak, supaya pakaian dalam diterbalikkan ketika kita tidur..
Ini adalah perkongsian semata-mata.."Ambil Yang Keruh,Buang Yang Jernih"(kalau nak hidup sentiasa kekeruhan) dan adalah menjadi satu kebaikan apabila berhijrah kepada "Ambil Yang Jernih, Buangla Jauh-jauh Yang keruh itu"..
Apapun, bagaimanapun caranya, kita masih ada Allah untuk membantu..Segala yang kita usahakan itu, selagi membawa kebaikan, yakin sahaja..Allah pasti mengetahuinya..DIA Segala-galanya..
Okeh...Selamat Beramal..
Matahari Terbit Di Timur
Assalamualaikum semua..
"Tepuk Dada, tanyalah selera"..Ungkapan yang biasa kita dengar, samada terbit di dalam helaian kertas ataupun menjadi penegasan seseorang melalui mulut mereka..haha
Hari ini aku ingin berkongsi, di dalam sebuah perjalanan untuk aku meneruskan hidup, aku sempat menikmati pagi yang indah. Perjalanan ku yang mengambil masa hampir 1 jam 30 minit (ku anggarkan), untuk pulang menyambung tugas, memberi ruang untuk aku menikmati alam, menikmati apa yang dianugerahkan Tuhan pada waktu itu. Di awal pagi ,burung berkicauan, air laut yang tenang, angin pagi yang menyamankan...uhh, aku betul2 rasa tenang..Jarang sekali dapat menikmati saat-saat yang menenangkan ini..Serius!
Apapun, bertuah juga aku dapat hidup di bumi yang sungguh mengkagumkan ini..Ya, matahari terbit di sini..Matahari terbit di Timur! Dalam kesempatan itu, aku mengambil beberapa gambar. Masa 'capture' pun aku rasa tenang..Oh, God!Thanks!
![]() |
| Penyatuan Alam dan Lautan Yang Sebati dalam bunyi alam |

Well, perkongsian yang sangat biasa.."Aku kecik Di Dunianya"
Bubye U olls....
Sunday, January 20, 2013
Listen..Listen..Listen..
Hai Semua..
Well, untuk yang pertama sekali, terima kasih kepada admin2 blogger lain yang datang tengok dinding blog ini walaupun,maklumat tu tiadalah banyak mana,yang banyak pun, cerita sahaja. But, apapun...terima kasih la sebab ada yang sudi tinggalkan komen dan arah mana datangnya pelawat,akan tercatit di dinding blog ini. Darimana pun anda, apa yang anda cari, silalah berkongsinya dengan saya jikalau ianya membawa kebaikan.
Berbalik kepada isu saya, ataupun "Macam-macam kisah saya" ini, terima kasih kepada pelawat yang ter"CLICK" halaman blog ini walaupun tajuk berkaitan, akan tetapi bukan itu yang anda inginkan. Anda mungkin dapat mengetahui cerita di dalam blog ini walaupun anda tidak mengenali saya sebagai sahabat karib, kawan satu sekolah, kawan sekampung...dan anda sudah berjaya membuatkan diri anda menilai saya sebagai orang yang anda tidak kenali tetapi mungkin anda bersetuju dan akan membayangkan apa yang telah saya katakan sedikit-sebanyak di dalam halaman blog ini.
Ok! Mula berkongsi....
Saya agak tertarik dengan isu Listen!Listen!Listen sejak kebelakangan ini yang agak "Hot Topic" di facebook ataupun di Youtube dan mana-mana laman sosial lain. Mengaku, pada mulanya saya agak hairan, kenalan di facebook saya asyik update status dorang dengan Listen!Listen!Listen!...So, saya pun try click link yang dikongsikan di laman sosial itu..Oh, baru saya faham...itupun selepas melihatnya sehingga habis. Mungkin kaitan yang lebih besar adalah soal politik! Pasal politik, saya angkat tangan. Saya masih tidak berminat dan ingin menjalani kehidupan yang normal di sini. Tanpa ada pergaduhan, cacian, hinaan, makian, dan caci-cerca segala.Uhhhhh, bukan tidak ambil berat, tetapi masih tidak berminat..Tidak Tegar!Hohohooho... Kalau anda sudah membaca laman ini, isu ini, jom lihat sebentar link yang saya bagi di bawwah.....
Terpulang daripada anda untuk berfikir......Cuma, ada baiknya kita hidup, biarlah "JAGA DIRI" dan mengekalkan apa yang patut kita lakukan untuk hidup ini...Ok...Selamat berkongsi...
Saturday, December 15, 2012
"Filem Istanbul Aku Datang Memang Best"
Hari ini, awan mendung menemani selangkah demi selangkah yang ku atur perlahan untuk meneruskan kehidupan biasa di kampung kelahiran ku. Selepas dapat menonton Filem Istanbul Aku Datang, setelah hampir sebulan sudah ianya ditayangkan, kesempatan beginilah yang aku guna untuk bersendiri dan memahami apa yang sedang ditumpahkan oleh pengarah ataupun pencipta sesebuah filem di dalam filem mereka ini. Urm, inipun aku baru dapat "download". Setelah meneliti dan memahami, aku suka filem sebegini.Ianya tidak terlalu berat dan tidak memberatkan emosi penonton untuk merasai apa yang sedang berlaku dilayar itu.Pendek kata, "ok la"...hahaha.
Lebih-lebih lagi, watak utama telah dipegang oleh Lisa Surihani, antara pelakon kegemaran ku. Senang jak air mata ku jatuh bila masuk ke babak Lisa Surihani mengetahui yang Azad(Tomok) menipunya sedangkan masa itu, dia yang beriya-iya mahu menjelaskan apa yang terjadi dan menjadi salah faham kepada Azad (Tomok). Well, cerita ni membuatkan aku berasa bahawa, kebenaran tu, selalu akan hadir di saat-saat yang tepat..hehe..cerita ni,walaupun cerita yang memaparkan nilai-nilai cinta antara seorang gadis kepada seorang pemuda, namun ianya agak berlainan dan ianya aku anggap cerita yang berjaya.huhu..
Inilah wajah-wajah penting yang terdapat di dalam filem ini..Aku rasa, semua orang Malaysia kenal mereka ini..huhuhu...So, aku berharap sangat filem Malaysia berjaya bukan sahaja di mata peminat tetapi di dalam hati sekali..Lagi Baik!!!Entry aku kali ini mungkin agak membosankan kerana aku bercerita tentang filem yang sudah ramai meminatinya..Tapi,aku tak kisah..hehehe..Ok..Bubye..
P/S: Kepada sesiapa yang belom melihatnya, silalah menontonnya secepat mungkin..kerana ianya best!
Sunday, November 25, 2012
Lama benar rasanya tidak melihat blog sendiri. Sehingga diri sendiri terasa kebosanan menatap blog yang langsung tiada cerita baru ini. Almaklumlah, aku sendiri tidak punya masa yang panjang untuk meneliti, dan bercerita di dalam ruangan sendiri. Alhamdulillah, 'appointment' diri sendiri kian menghampiri penghujungnya dan sekarang ini tiba masa aku mengambil rehat yang agak lama. Sekarang ini, aku ingin berkongsikan tentang hari aku dirai-kan dan hari aku mendapat status "Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Kreatif".
| (Sebelum Aku Masuk Ke Dalam Dewan Canselori) |
Masa ni, aku memang gementar..Rasa mahu 'terkencing' saja setiap masa.huhu.Tapi, aku faham,semua orang akan mengalami bersama ku. Anis (My Bestfriend), sempat mahu aku bergambar..Masa ni, yang tergantung di kepala tu masih sebelah kiri (tandanya belom lagi graduat)..
![]() |
| (Thanks Allah) |
Akhirnya, aku merasa untuk meraihkan apa yang sedikit aku usahakan di dalam hidup...Meskipun akan menjadi kertas, apabila dilakarkan ilmu di atasnya, aku mampu diguna oleh sesiapapun...Tetapi, aku masih ingat pesan seorang guru bagi ku, "Jangan Kau Sombong, Jangan Kau Bongkak. Dengan nadanya ketika itu, aku masih mengingatinya.. Terima Kasih Cikgu "DON"..Ketika itu, kurang ku fahami maksudnya, In Shaa Allah, ia sangat berguna bila ku semakin memahaminya...
Tuesday, July 3, 2012
Mata Hati Siapa Yang Terluka
Hati kalau mahu dibuka dan ditayangkan?Ya Allah,sangat banyak kikisan penderitaan.Penderitaan yang Allah turunkan namun meninggalkan kesan yang mendalam tersentuh tetapi oleh orang-orang yang sangat tidak layak.!Siapa mereka yang layak menyakitkan hati?Mak yang melahirkan? Mak ku pun aku ndak jumpa ..malah ndak sempat jumpa!Tapi siapa dorang yang layak menyakitkan hati ku sampai aku menjadi seorang pendendam? Mahu kah dorang aku bisikkan di telinga dorang,yang aku sangat bencikan dorang?Dalam banyak-banyak manusia yang ada di dunia ni,tapi aku pilih dorang yang menjadi kebencian..Astagfirullah!!
Aku memang sedang belajar sabar.Tetapi,ujian sabar ini sangatlah payah.Kerana?Adanya orang yang tidak pernah puas untuk tengok hidup orang lain senang.Kenapa?Ndak puaskah lagi dorang dengan apa yang dorang ada melebihi anak-anak kurang berada seperti aku?Please K!Tuhan bagi pinjam saja semua itu.Kalau Tuhan mahu menarik balik,sesaat saja..Sekelip mata...
*Credit urself...."Jangan Sakitkan Hati Orang"
Jangan orang memandang kamu sebagai seorang yang menggunakan topeng dan menopengkan hati sendiri demi kepentingan..Slap U Face!
Monday, July 2, 2012
Tanda Lelaki Dah Mula Berubah Hati
Lelaki Berubah?
Kata orang tua-tua, egonya lagi tinggi daripada gunung.Hahaaha..boleh-bolehnya..
Urm, belajar daripada pengalaman.itulah yang terbaik hadiah daripada diri sendiri.orang lain tidak mengetahui pun apa yang kita inginkan,baik untuk diri sendiri apatah lagi untuk orang lain. Jadi,kita punya diri,kita yang tahu dan Allah sudah merancang sesuatu untuk kita. Yang penting, tidak lupa dengan siapa yang telah menciptakan kita.
.ALLAHUAKBAR!!!
- Dulu, senang saja mau wish Gud Monink, tapi sekarang, lupa dan sibuk..eh?dulu bole saja?tak sampai seminit pun...
- Sekarang fb sudah tidak aktif,twitter plak..kali la yah...(tgklah lelaki yang 'care' dgn anda).
- Handpone tinggal di rumah..Kita punya mesej,jangan-jangan 2 hari baru baca.Kalau dulu,suruh buang longkang dah handpone kita sebab lambat jawab.Sekarang kita suru dia yang buang longkang..
- Dulu cerita pasal penat dan kerja..Sekarang bila tanya,dia jawab tidak tahu,malas mahu fikir..Kalau tanya lebih-lebih nanti digelar penyibuk pulak..Sandi!
- Dulu kalau mak dia masak,tanya kita,pandai masak ka tak..Kita malu-malu jawab on the way belajar..hikhik..Dia cakap ndak apa..Sekarang lau cakap kita tak pandai masak lagi,dia cakap..Susahlah kalau begini..nanti kahwin makan megi..lepas tu tettttt..dia berani da cakap mau cari pompuan pandai masaklah..huh?
- Dulu kalau kita tanya ada perempuan minat kah dengan dia,dia cakap "kamu jak satu-satunya di hati"huhuhuhu..sekarang lau korang tanya,dia jawab apa?Kasi madu jak la kamu~toink..toink...
Sedikit perubahan ini membuatkan kita berfikir,itu bosankah atau memang perubahan biasa?Apapun,kehidupan kita mesti dirancang dengan baik meskipun kita tahu Allah yang akan menentukan..Bak kata nenek saya, "Berusaha Saja,Allah tu Ada"..atok saya plak," suda berusaha betul-betul,tawakkal saja" Allah itu Maha mengetahui.. Alhamdulillah...Jangan sia-siakan hidup kita untuk orang-orang yang menjadi pendengki.kerana,balasan itu hanya Allah yang layak....
Okeh! suda banyak mencarut,apapun,ini perkongsian yang santai-santai sahaja.Jangan ada yang menyifatkannya sebagai benar,betul-betul benar...Kita ambil yang jernih,buang yang keruh.
Friday, June 8, 2012
-Pengemis Muda-
![]() |
| _Aku Kecik Di Dunianya_ |
Monday, May 21, 2012
_Setelah 5 Tahun, Akhirnya Kami Berjumpa_
Ku katakan dengan Indah, hati ku Gumbira.
haha..kali
ni aku mau kongsi entri tentang seorang sahabat yang menjadik adik kepada ku. Yalah..tapi
lau Cu Oll mau tau, sudah 5 tahun aku ndak bertemu, bersemuka, bercerita dengan
dia. Kenapa? Kami terpisah after PLKN yang menjadi tempat kami bertemu pada mulanya. Kami ada 3 orang,
yang sangat rapat gila-gila. Aku (Sys), Baya (Kurus) n dia ni LehaQ. Aku dengan
Baya dah anggap dia AdeQ. Kemesraan kami tak dapat dibayangkan lah tyme PLKN.
Walaupun p kawad, kalu satu dah lambat, yang dua lagi buat tak tau jak…Ketua da
teriak2 bagai mau keluar anak tekak, kami 3 senyum2 saja. Bab nangis2 ni, ndak
payah ceritalah. Baya selalu jadi ratu.haha..Lau cool ni, C Adeq ni la
pemenangnya.Aku? hahaha..aku sayang dorang. Aku terpisah ‘dorm’ dengan dorang,
tapi aktiviti kami tetap berjalan bersama-sama. Selalu pakat pakai baju kaler
sama.Huh, rindu aku kenangan yang ndak dapat diulang semula. Harap dorang
ndaklah lupa dengan aku one day nanti. Dorang ni suka teriak2 aku tyme mau p
mana-mana dalam kem dulu.alaaa..dorm sebelah jak tapi suara dorang dua mcm ak
jauh 2 kilometer.haha..and, yang buat aku gembira sekarang ni, setelah 5 tahun,
aku dapat jumpa semula c Adeq (Lehaq) ni. Rasa nak menitis jak bha air mata.
Tengok dia kurus daripada 5 tahun lalu. Penat sangat mikir undang-undang tu ka
Deq? Tu pun, dia ble cakap lagi yang dia gemok..Pandai jugak dia cakap balik, “tak
cukup kurus ka lagi”..haha..Kesingkatan masa tu buatkan aku happy walaupun
sebentar. Aku busy sampai aku tak hantar dia kuar mau balik kediaman. Tuhan
hantar aku ikut p program teater di UKM tu sebab tau,yang kami akan jumpa.Thank
You Allah.. Tapi aku ni memang dasar pelupa..Rupanya aku ndak bagitau dia yang
aku ada di sekitarnya semenjak Februari g. Adoh..Bukan lupa Deq, bingung bha
sys mu ni.hahaApapun, dapat nengok dia, rasa kembali kegembiraan 5 tahun lalu.
So, dia sempat take pic kami bersama. Lau tgk profil fb dia, dia letak gambar
tu.haha..Thanks AdeQ. Ada rezeki, aku mahu jak kumpul ramai2 dengan Baya atau
dengan member2 lain.Tapi, aku ndak dapat upload gambar Baya di sini.In shaa
Allah...nanti ada, aku tambah untuk entri kami bertiga sekali.
Wednesday, May 16, 2012
Inilah yang dikatakan
‘Catatan Ku’
Aku mau kongsi cerita kali
ini pasal ‘KENTRONG’. Penah dengar kah?Bha, aku mau cerita serba-sedikit yang
aku tahu la ya. Kentrong ni merupakan alat muzik tradisional kaum Jawa yang
berada disekitar Klang, Selangor. Oleh kerana aku bingung mau pilih mini projek
tuk Latihan Ilmiah ni, aku pun amik keputusan tuk kaji Kesenian Kentrong ni di
bawah Program Perantisan oleh Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara
Selangor..Aku bagitaulah dulu,program ni bertujuan untuk mencari perantis a.k.a
pelapis baru untuk bidang kesenian ni..Bagus ba kan JKKN ni, buat program yang
membina dan menyelamatkan ‘khazanah’ berharga. Kentrong ni ala-ala kompang pun
ada, rebana pun ada.Tapi ianya dipanggil Kentrong ataupun Jawanya,
Kentrongan. Sejarah awal yang memperkatakan muzik ini telah dibawa oleh
pedagang dan penghijrahan imigran yang berasal dari Indonesia iaitu dari Jawa
Tengah. Muzik Kenterong ini telah muncul seawal tahun 1901. Perkataan Kenterong
itu sendiri merujuk kepada tempat asal irama muzik itu mula diperkenalkan iaitu
di Daerah Kendal di Jawa Tengah. Perkataan ‘KEN’ merujuk
kepada Kendal dan ‘TRONG’ merujuk kepada ketuk tong, maka
diringkaskan menjadi Kentrong.
Sinonim
dengan masyarakat Melayu berketurunan Jawa, muzik ini banyak memainkan
lagu-lagu tradisi yang bait-bait liriknya ditulis dalam Bahasa Jawi dan
bertulisan Jawi yang agak sukar difahami oleh generasi muda pada masa kini.
Menurut Tuan Haji Anuar Bin Haji Rais, generasi ketiga Kumpulan ini, lagu-lagu
yang berpandukan kepada kitab Berzanji banyak mempengaruhi muzik tradisional
ini. Kumpulan Kenterong Seni Warisan dari Kampung Meru Barat, Klang Selangor
merupakan kumpulan muzik tradisional Kenterong ini yang masih lagi bergiat
aktif. Kumpulan ini akan membuat persembahan sama ada dalam majlis perkahwinan
ataupun majlis-majlis yang menjemput mereka untuk mengadakan persembahan.
Kumpulan ini juga menerima jemputan mengadakan persembahan di dalam
seminar-seminar di sekitar Lembah Klang dan dari luar negeri Selangor ini
sendiri. Pencapaian kumpulan ini sangat besar untuk memperkenalkan seni muzik
tradisional ini. Kumpulan ini dianggotai oleh lebih kurang 12 orang ahli yang
telah berdaftar. Jika diteleti melalui usia-usia mereka yang menjadi ahli, di
antara 35 tahun sehingga 70 tahun, ahli kumpulan ini meletakkan kebimbangan
tiada perantis baharu. Kumpulan yang diketuai oleh Tuan Haji Anuar Bin Haji
Rais merupakan generasi ketiga yang mewarisi kesenian muzik tradisional ini
dengan penglibatan anaknya sebagai waris generasi yang keempat iaitu Encik
Zamri Bin Anuar.
Kenterong
mempunyai 6 buah peralatan gendang yang terdiri daripada Jidor, Kempor,
Gendang, Kempol, Kempeleng, dan Ecek-ecek. Alat muzik Kenterong ini mempunyai
pelbagai saiz dan setiap satunya mempunyai pelbagai bunyi yang berlainan. Kesemua
alat muzik ini berasaskan genjdang dan tiada satu pun alat muzik ini yang tidak
dibenarkan di dalam Islam. Selain itu, terdapat juga tambahan alat muzik iaitu
Tamborin untuk menambahkan lagi keceriaan di dalam persembahan. Dalang ataupun
lebih dikenali sebagai Ketua Kenterong akan mendendangkan lagu mengikut rentak
yang berbeza-beza seperti irama Jawa Asli, Langgam, Masri, Nasyid dan
sebagainya. Lagu-lagu moden juga terselit di dalam persembahan dan mengalami
pembaharuan dari segi persembahan jika diminta oleh pihak yang berkenaan.
Sejajar dengan itu, muzik ini memerlukan satu anjakan paradigma bagi menepati
citarasa masyarakat kini sekaligus membuatkan bidang muzik lama ini tidak
dilupakan seperti “Angin yang berlalu”, rasa sejuknya tapi dinikmati sekejap
sahaja.
Sebenarnya banyak lagi
maklumat yang aku mahu masukkan tapi rasanya semua tu nanti u oll boleh tengok
bila aku da siapkan Power Point nya..hehehehe..sekarang ni banyak lagi kerja
yang aku tangguhkan. Sebelum tu, aku mau kamu tengok gambar yang diatas tu. Semuanya
generasi tua-tua.Jadi, kepada remaja-remaja diluar sana, ada kebaikannya
mewarisi kesenian begini. Apa pun, semuanya mesti siap b4 Julai..Aku ndak sabar
da mahu balik Sabah...hahahahaha..
_Merantau Buat Aku Terasa Sangat Diduga_
By: Nadia Othman
Tuesday, May 15, 2012
HandPhone Rusak!!!!!
Ya Allah….Besarnya dugaan yang mendatang. Benar dan
sungguh-sungguh benar, benda yang kita biasa buat, akan jadi sesuatu yang
hilang dan ibarat kita punya langkah tak stabil.Mau dipendekkan cerita, aku
punya satu ‘handphone’ a.k.a telefon bimbit kesayangan dan aku percaya semua
orang pun memiliki satu benda kesayangan..Selain anak patung Brownie dan
Junior, handphone ni salah satu benda kesayangan ku lah..Walaupun hp ni dah
berkhidmat lama dengan aku, keserasian tu terasa. Bila dia buat hal,macam skrin
tiba-tiba putih dan tak mahu sudah hidup, aku betul rasa sedihlah..yalah,dala
jauh daripada keluarga,kalo hp ku buat hal,maka akan terputuslah sementara
hubungan ku komunikasi ku bersama nenek ku d kampung, family ku, dan
kawan-kawan yang selalu kontek-kontek dengan aku. Apalagi
si..tuuuu..hahahaha..faham-faham sajalah..3 hari aku tanpa hp ditangan, tidur
malam ku terus jadi sangat awal..bangun pagi ku tiada bunyi jam loceng
dah..selama dia bersama ku, walaupun ku tinggal-tinggalkan(kalo ada
urusanlah), sekarang dia dah ndak mahu hidup,mencari
sangat.hahahaha...Akhirnya,aku terpaksa berdiam dan merindui hp itu. Mungkin
nanti dia dapat diperbaiki ataupun, dia mempunyai madu dan dia terpaksa
bersara..So,korang jagalah hp korang baik2 ya..Cerita ni sekadar mahu memberitahu
anda semua “JANGAN BANTING HP ANDA BILA ANDA MARAH”...Sila bagi kepada
saya..kan lebih baik..hahahahaha..Peace No War>>>Sunday, March 4, 2012
Skrip Oh Skrip
hahahahaha....
Aku suka ketawa..tapi ketawa berpada-pada lah ya kawan-kawan.
Urggggghh..ndak sedar jam 2 am lebih sudah. Toningt, aku dengan kawan-kawan mahu menyiapkan skrip tuk Encik Na'im.Ni la keja kami yang aku senangi, berjaga lewat malam sebab mau ambil suasana santai...kan..kan...
Habis jak skrip oh skrip, aku pun duduk sendiri-sendiri..tIme2 gini, rindu zaman kuliah. Datang lambat, terlari-lari...terinjut-injut..terhampus-hampus..hahahaha..sambil hati pun berlagu riang.Wah..rupanya zaman tu semakin hari semakin menjadi kenangan. Indahnya, aku pulak suda semakin meningkat usia dek hari demi hari yang mendatang. Kalaulah kehidupan boleh diceritakan semudah skrip oh skrip, terlalu banyak yang ingin aku tuliskan untuk dipentaskan.
..aw..aw..jangan jugak telampau kalau sampai semua..penonton jadi tegar sebab kebosanan
hahahahaha.
Tapi pengajaran yang aku ingin kongsikan malam ni, sebenarnya,setiap masa yang kita lalui, kita sedang mempelajari sesuatu yang baru. Cuma, kita sedar dan tidak sedar saja.hahahaha..macamana tu yah? urmmmm..aku pun kurang faham sebab ianya pandai datang-datang sendiri..Macam idea mau tulis skrip....kadang ada, kadang ndakda. Apapun, hargai masa yang ada..
Monday, February 27, 2012
_Oh Enam Bulan!!
SELAMAT DATANG KE TEMPAT BARU DENGAN JIWA BARU
Aiseseh…baru ada masa meng ‘Update’ ni blog. Ndak kemana, disini juga. Cuma, masa yang ndak mengizinkan. Kesibukan berpraktikal membuatkan aku lupa seketika. Untuk meluangkan masa dengan blog aku sendiri. Aku ditempat baru..dikampung halaman orang lain.Tetapi dalam hati tetap merindukan tanah air tercinta. Namun ujian selama 6 bulan membuatkan aku perlu sedar yang aku mesti berhadapan dengan cabaran kecil yang membawa kejayaan besar satu hari nanti. Amin Ya Allah..
Mau dipendekkan cerita, aku dengan kawan-kawan menjejakkan kaki ke sini pada 4 Februari.
Perasaan ku, ndak dapat aku gambarkan betapa sedihnya (menangis dalam hati) sebab rindukan
nenek yang kini jauh melebihi 2 Marhala daripada aku. Menjejakkan kaki ke rumah sewa, menahan mata yang sudah berat sangat minta ditutup. Waktu malam begitu singkat ku rasakan. Cepatnya pagi.hahaha..Hidup berdikari!! itulah pesan nenek…Jangan lupa diri!! pesan atok…Jangan lupa makan!!!pesan bapa..Takda duit bagitau kami!!Kata ibu…
huhu…
Now..aku menjalankan hari-hari yang macam-macam aku tengok ditempat baru..Kata pelawak no 1 Malaysia, “Macam-macam ada”..
_Aku kecik DiduniaNya_
Sunday, February 12, 2012
KEYAKINAN HATI
Aku hanyalah orang biasa
Punya perasaan yang lemah
Menghadapi pahit hidupku
Seperti puing yang berserakan
Batu berdiri kokoh
Seperti batu karang
Badai datang takkan menggoyahkan
Karena Kau besertaku (besertaku)
Ya Tuhan tolonglah aku
Ampunilah aku
Ya Tuhan tolonglah aku
Kuatkanlah aku
Biar semua menghancurkan aku
Tapi aku tak akan takut
Biar semua membenci diriku
Tapi Engkau ‘kan memihakku
Biar semua menghancurkan aku
Tapi aku tak akan takut
Biar semua membenci diriku
Tapi Engkau ‘kan memihakku
Nikita Willy Song,
_Keyakinan Hati_
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)

.jpg)


.jpg)
